Hari ini saya nak kongsikan sedikit masalah yang dihadapi oleh saya. Anak pokok tin yang ditanam telah menunjukkan tanda tanda seolah-olah macam kesan terbakar/ melecur dan mengering pada hujung dan tengah daun dan kemudian daun tersebut akan gugur. Saya mengesyaki bahawa saya telah memberi air yang terlebih dengan tangan gatal saya yang rajin sangat menyiram akibat cuaca panas di Melaka. Saya mengesyaki akar pokok dah mula mereput dan menyebabkan air tidak dapat diserap dengan baik setelah melakukan sedikit kajian internet. Sekarang saya telah henti menyiram dan harap-harap dapat menyelamatkan pokok -pokok tersebut.
4 ulasan:
Wah.. Tak mcm sawi kena banyak air lagi subur..
Tangan saya pun gatal selalu nak menyiram bila hari panas takut pokok haus.
Tuan, biasalah tu, sindrom tangan gatal. :-)
Kelihatannya pokok tin tuan terkena penyakit "Karat Daun".Karat Daun nie biasanya disebabkan oleh serangan perosak
Ya, bagi saya karat daun tu memang perkara biasa untuk penanaman tanpa penggunaan racun kulat.
Catat Ulasan