Selasa, 28 Jun 2016

PENGALAMAN MENANAM POKOK MULBERRY

Pokok mulberry (Morus nigra) merupakan salah satu daripada saudara pokok fig dalam keluarga moraceae.  Saya telah mengenali pokok mulbery pada zaman saya masih belajar di universiti, , iaitu agak-agak pada tahun 2002, cuma ia kurang popular dan harga jualan taklah tinggi seperti pokok fig.  Masa tu, saya telah dimaklumkan bahawa UPM sedang cuba menanam mulberry dan ingin menggunakan daunnya sebagai makanan lembu sebagai salah satu kajian.

Pokok mulberry merupakan pokok yang senang untuk disemai hidup.  Apa yang perlu kita buat adalah hanya mengambil keratan mulberry dan pacakkan keratan tersebut pada tanah dan keratan tersebut akan tumbuh dengan sendiri tanpa memerlukan penjagaan yang rapi.  Melalui pengalaman, saya dapati bahawa terdapat 2 jenis pokok mulberry, sejenis yang rajin berbuah dan sejenis yang susah nak berbuah.  Yang susah nak berbuah rajin keluarkan daun, saya pernah ambil jenis tu di kilang silk worm yang menternak silk worm untuk penghasilan sutera.  Memang buahnya tidak lebat dan kurang berbuah.  Sekiranya ingin mendapatkan daunnya sebagai teh, bolehlah tanam jenis ni, sekiranya ingin merasa buah mulberry, elok tanam jenis yang buahnya lebat.

Untuk jenis yang buah lebat, dahannya boleh dicantas untuk menggalakkan pertumbuhan dahan baru untuk berbuah ataupun membuangkan daunnya supaya pucuk tunas cepat bercambah untuk mempercepatkannya berbuah walaupun ia tetapkan akan berbuah sekiranya kita tidak buatkan apa-apa kat pokok.  Untuk pokok mulberi, saya jarang membajakannya memandangkannya boleh hidup dengan elok tanpa pembajaan secara berkala.  

Seperti biasa, saya kongsikan gambar pokok mulberry yang saya tanam.








Buah yang warnanya hitam keungguan merupakan buah yang paling masak dan manis.  Buah dengan warna merah lagi tu masih ada rasa masam.