Sabtu, 14 Februari 2015

PENANAMAN KOBIS

Penanaman kobis merupakan salah satu favorite saya memandangkan kobis ni memang senang nak ditanam dan senang nak diuruskan.
Antara langkah-langkah penanaman:

1.  Belikan benih kobis.  Benih boleh didapatkan dari mana-mana kedia jual barang-barang pertanian, nusery ataupun supermarket.  Biasanya saya beli kat supermarket saja.  Kualiti benih bergantung, kadang-kadang akan dapat kobis besar, kadang-kadang kecik saje. Sebab saya pun tidak tahu variati apa yang besar dan apa yang kecil.  Mungkin lain kali kena beli dari internet yang betul-betul besar dan try.

Benih kobis yang dibeli dari supermarket.

2. Sediakan tapak dengan mengemburkan tanah, campurkan dengan baja tahi ayam dan biarkan selama 2 minggu.  Jiruskan air sekiranya cuaca panas dan tidak hujan supaya baja boleh diserap dan diuraikan dalam tanah.

3.  Pada masa yang sama, bolehlah semaikan biji benih kobis dalam pasu dan menunggu ia bercambah.  Siram dengan air dan biarkan tanah dalam pasu betul-betul basah.  Benih akan mula bercambah dalam tempoh masa 1 hari ( yang terawal) dan terus bercambah dalam masa 4-5 hari lagi.  Biasanya saya akan menyemai bilangan yang diperlukan sahaje. Jadi, satu pek biasanya akan bertahan 1-2 tahun sekiranya kuantiti yang ditanam tidak banyak.  Lepas pakai, benih disimpan dalam peti ais (chiller).

Anak kobis yang telah bercambah.

3.  Bila tapak dah bersedia, iaitu selepas 2 minggu, dan anak kobis dah bercambah dan tumbuh dengan baik, kita dah boleh mula pindahkan anak kobis.  Buatkan anggaran keperluan saiz untuk setiap kobis sebelum kita semai.  Biasanya saya akan memberikan ruang sebanyak 2 kaki untuk 1 pokok.

  Anak kobis yang telah cukup besar untuk dipindahkan. 26/10/14

4.  Bila dah pindahkan, pastikan siram air banyak-banyak supaya anak kobis tidak stress dan layu.  Saya tidak memberi teduhan/ perlindungan terhadap matahari kepada anak kobis, cuma siram banyak-banyak sehari 2 kali, pagi 1 kali dan petang 1 kali.

5.  Bila anak kobis dah well establish, akar dah tumbuh kuat, bolehla mulakan program membaja secara konsisten, 2 minggu sekali, saya pakai baja tahi ayam ( bila rajin dan ada sumber) campur dengan baja kimia (bila nak cepat).

Anak kobis  yang dipindahkan sedang membesar. 17/12/14



4.  Lepas tu, tunggu la selama tempoh 3 bulan lebih sementara mengulangi step yang sama, iaitu siram dan baja setiap 2 minggu.  Dan sampai masa kita tuaikan hasil.

Kobis sudah bersedia untuk dituai.  03/02/2015.
Kobis yang telah dituaikan.  Sebiji lebih kurang dalam 1 kg. 7/2/15