Selasa, 19 Julai 2016

PERCUBAAN UNTUK MENANAM AFRICAN VIOLET DARI BIJI BENIH

Semasa saya pergi belanja di MR DIY, saya telah jumpa starter kit untuk tumbuhan herba dan sayur seperti tomato,thyme, cili, pokok semalu dan african violet.  Setiap satu dijual dengan harga RM2.50.  Atas keinginan dan godaan harga yang murah, saya telah membelikan 2 jenis starter kit, iaitu thyme dan african violet.  Ingin nak mencuba nasib, mana tahu dapat hidup.



Saya mengikut arahan yang telah dicetak atas pasu kecil starter kit tersebut, iaitu, mula-mula, rendamkan biji benih dalam air selama 1 malam, dan pada keesokan harinya baru disemai di dalam pasu kecil yang dibekalkan.  Dan selepas 2 hari, biji benih african violet sudah mula bercambah.


Biji benih yang telah bercambah.  Tarikh semaian adalah 15/7/16.

Benih african violet pada 28/8/2016, tetapi, saya rasa benih ini bukan african violet dari segi rupa bentuknya.  Mungkin kena tunggu benih ini besar sedikit lagi baru boleh kenalpasti.

PERCUBAAN UNTUK MENYEMAI BIJI EPAL

Atas keinginan hendak tahu, saya telah cuba untuk menyemai biji benih epal yang telah dibeli dari kedai.  Daripada 5 biji yang disemai, sebiji telah mula tumbuh dan 1 biji telah layu dan mati.  3 lagi tidak nampak adanya kesan bercambah.   Saya memang berharap sangat untuk benih epal ini bertumbuh dan membesar dengan sihat sebab setahu saya melalui internet surfing, memang ada orang yang menanam pokok epal ini secara minat di Malaysia.

 Gambar pada 15/7/2016:  Mula bercambah

Gambar pada 15/7/16

Gambar pada 18/7/16

Benih epal yang telah bercambah telah mati kemungkinan tanah terlampau basah pada awal  bulan Ogos.