Selasa, 28 April 2015

PENANAMAN LOBAK PUTIH DALAM SFG

Biji benih lobak putih telah disemai pada 12/4/15 pada SFG yang telah ditanam dengan kailan, mustard dan purple giant mustard.

Biji benih telah bercambah beberapa hari kemudian.  Gambar diambil pada 18/4/15 (Day 6)



Benih pada 17/5/15 (Day 35).





Lobak putih pada  27/6/15.  Lobak Putih sudah boleh diperhatikan.


Hahaha, lobak yang dicabut keluar pendek saje.  Sebabnya tanah dalam sfg cetek dan tanah dibawahnya padat dan keras. 23/7/15.



Saya akan update bila ada kelapangan untuk mengambil gambar lagi.

Ahad, 12 April 2015

KUMBANG GENUS AULACOPHORA YANG MINAT MAKAN DAUN LABU, KUNDUR, ROCK MELON & TIMUN

Kumbang genus Aulacophhora  species tak pasti samaada adalah femoralis yang minat untuk makan daun labu, kundur, rock melon & timun yang dianggap sebagai perosak.  Namun, saya rasa ia juga merupakan agen pendebungaan untuk tumbuhan tersebut sebab pernah tengok kumbang yang makan bunga labu penuh dengan debunga labu dan rock melon yang disembur dengan racun serangga tidak menghasilkan buah bagi mengelakkan kumbang ini.




PENANAMAN BORAGE

Saya telah membeli biji benih sayur dan bunga daripada internet, antaranya adalah bunga borage.  Menurut sumber internet, borage merupakan tumbuhan herba yang diminati oleh lebah madu.  Saya telah cuba menanamnya, namun, disebabkan oleh penjagaan yang kurang, borage saya hidup taklah subur sangat, sekadar hidup, keluarkan bunga dan lepas tu ghaib dari mata saya bila saya pergi tengok ia lagi pada Februari 2015..  Huhuhu.....

Saya kongsikan gambar borage yang ditanam.
Biji benih disemai pada 15/10/2014

Biji benih sudah mula bercambah  pada 20/10/14

4 Biji benih telah berjaya bercambah daripada 15 biji benih yang disemai.

Saya telah alihkan ke square foot garden saya yang telah ditanam dengan keladi.  Hanya 1 pokok borage saja yang berjaya hidup sampai berbunga.  Kutum bunga mula diperhatikan pada 19/12/14 dan mula berbunga pada 28/12/14.  Saiz pokok kecik comel, tak sampai sekaki pun.  Bunga biru kecik  lebih kurang saiz 5 sen saje.

Bunga borage .

Pokok borage lagi.

Khamis, 9 April 2015

PERCUBAAN UNTUK SEMAI KERATAN FIG DALAM BILIK AIR

Ini merupakan percubaan entah kali ke berapa untuk menyemai keratan fig, nampak mudah namun mencabar.  Suhu bilik air di tingkat bawah rumah saya adalah sentiasa dalam linkungan 31-32oC dengan kelembapan relatif dalam linkungan 70%.  Memandangkan 2 parameter penting iaitu suhu dan kelembapan relatif  (RH) adalah agak stabil dan tak lah seperti di luar rumah dengan julat yang tinggi (suhu di luar rumah berubah dari 25 oC pada sebelah malam ke 35oC pada tengahari dan RH berubah dari 40% -70% ) dan dengan keadaan berangin.   Jadi, saya telah memilih bilik air tersebut sebagai tapak semaian keratan tin setelah asyik gagal di luar rumah.

Kebaikan menggunaan bilik air adalah saya cuma perlu monitor satu parameter sahaja, iaitu RH bagi memastikannya adalah pada paras 70% dan ke atas.  Kalau orang rumah ada cuci baju atau kain dalam bilik air, biasanya akan mencapai 80%, bila rendah daripada 70%, saya cuma perlu simbahkan air pada lantai sahaja untuk meningkat RH.  Saya juga telah menakungkan air dalam bekas bagi menstabilkan RH, so far, nampak ok, ada yang dah tumbuh akar, ada yang dah tumbuh daun baru.

Keburukan menggunakan bilik air adalah pencahayaan adalah kurang,  jadi kena sentiasa hidupkan lampu, bagi meningkatkan pencahayaan.  Jadi, saya rasa bil elektrik saya bulan ini mesti naik harga.  Saya telah pasangkan lampu akuarium lama yang dulu beli semasa membela ikan laut .  Daripada sumber internet, lampu kalimantan biasa memang dah mencukupi untuk pertumbuhan tumbuhan dalam rumah, cuma kita perlu merapatkan lampu kalimantan kepada tumbuhan.  Jarak  yang saya gunakan adalah lebih kurang 4-5".  Bagi menambah lagi pencahayaan, saya telah menampalkan kertas aluminium mematul cahaya pada dinding seperti apa yang dicadang dalam internet.  Kertas aluminium adalah daripada beg bungkus kerepek dan tepung susu  yang tidak lagi diperlukan.

Disini, saya kongsikan gambar-gambar setup saya di bilik air, mudah saje.

Setting telah dibuat di tepi mangkuk tandas.  Sinki telah digunakan untuk menadah air untuk menstabilkan lagi RH. 

Keratan yang telah tumbuh daun baru.  Di tepi adalah termohygrometer RM5 yang dibeli di Daiso.  Simple dan murah .


Percambahan akar dan tunas.  Gambar diambil pada 5/4/15.  Daun pada keratan ini telah layu pada 9/4/15 dan dapati sebahagian akar telah reput.  Telah tukarkan kepada cup plastik yang lagi besar dan daun terus gugur dan tunas telah kering. :(.......

Bacaan suhu dan RH pada termohygrometer.

Satu lagi gambar pencambahan akar pada keratan.

Percubaan untuk semai keratan tanpa perlu sentiasa siram.  Cara lebih kurang sama dengan cara buat air layering/tut pokok.


Akar telah mula tumbuh pada keratan. 18/04/15.  Keratan ini telah dipindahkan ke dalam pasu pada 4/5/15.  Keratan telah berkulat dan reput akibat terlebih air apabila diperiksa pada 17/5/15.  Keratan memang sensitif sangat terhadap keadaan terlebih air, akar senang nak reput.


Keratan fig yang diperam dalam bag plastik lembap untuk menpercepatkan proses pertumbuhan akar.

Keratan black mission yang diperam telah mengeluarkan akar. 18/04/15.

Keratan dan tut yang disemai pada 22/6/2015.  Tut yang daunnya dikerat merupakan BTM6 yang baru dikerat dan ditanam dalam cawan plastik.

 
Keratan tut yang telah disemai dan diletakkan di dalam bilik air. 30/6/2015