Khamis, 26 Ogos 2021

PENGALAMAN MENANAM BLACK BERRY

Saya telah membeli benih Blackberry variati black butte secara atas talian dengan penjual dari sebelah Kelantan.  Setelah pokok sampai pada 28 Julai 2020, saya telah mendapatkan tunjuk ajar dari penjual berkenaan dengan kaedah penjagaan dan jenis tanah yang sesuai.  Menurut penjual, dia menggunakan tanah yang dibeli dari MR DIY dan kena siram apabila medium kering, kerap sangat siram akar akan rosak.  

Setelah mendapatkan maklumat yang diperlukan, maka bermulalah projek tanam pokok Blackberry saya.  Saya menanam Blackberry dengan kaedah nutripot.  Saya menggunakan pasu yang boleh dimuatkan dan sangkut pada botol air mineral 9L .  Tali wick jenis yang boleh serap air telah dipasang pada lubang pasu bagi tujuan menyerap air dalam botol air mineral.  Panjang tali wick mencecah ke tapak botol supaya boleh menyerap air walaupun air sudah tinggal sedikit.  Setelah semua persiapan selesai, maka benih black berry telah ditanam dalam pasu dan digantung di atas pagar di balkoni yang tidak kena hujan tetapi akan kena cahaya matahari pada sebelah petang.  Air yang digunakan merupakan air baja AB yang digunakan untuk hydroponik.  Air akan diisi apabila air dalam botol mineral telah kering. 

Pokok black berry tersebut telah tumbuh dan menjalar sepanjang pagar dan kena diikat supaya boleh terus tumbuh.  Jenis black butte merupakan black berry jenis menjalar dan berduri.  Batang berduri, ranting berduri dan daun juga berduri.

Black berry ini telah mula berbutik dan berbuah setelah 8 bulan ditanam. Bunganya berwarna putih merupai bunga strawberry.  Apabila buahnya dah bertukar warna menjadi hitam, buah telah dipetik dan dimakan.  Rasanya masam masam dengan tekstur biji dalam isinya.  Apabila menanya seller, dia beritahu kena bagi baja organik supaya buahnya manis.  Bagi saya, kemungkinan buah tidak manis adalah disebabkan mungkin kurang baja organik atau kemungkinan berry saya tidak mendapat cahaya matahari penuh sebab hanya mendapat cahaya terus pada sebelah petang.  Selain itu, pasu kecil sangat dan tidak dapat menampung keperluan pokok black berry dengan jumlah dahan menjalar yang banyak.  Ini boleh diperhatikan dengan adanya pucuk mudah yang hanya berwarna hijau pudar selain daun tua yang telah menunjukkan tanda kering dan terbakar.

Kini, pokok black berry tengah ditutkan sebelum dicantas.   Proses untuk Tut mengambil masa 1 bulan untuk akar tumbuh.  Pada masa yang sama, benih baru juga tumbuh dari tepi pokok asal.  

Sehingga hari ini, hanya satu pokok benih yang berjaya disemai hidup oleh saya. Percubaan untuk semai keratan dan menyemai tut semua gagal.  Faktor kegagalan adalah berpunca dari tanah yang terlampau basah dan menyebabkan akar mereput.

Buat masa sekarang, usaha tutkan pokok masih dijalankan lagi memandangkan dalam facebook ada juga penanam black berry yang menyatakan black berry senang untuk hidup dan dibiakan.  Jadi, sebagi newbie dalam penanaman black berry yang masih tidak dapat memahiri keperluan black berry, pelbagai percubaan akan dilakukan bagi memastikan black berry saya terus kekal hidup subur.

Di sini, saya kongsikan sedikit gambar black berry saya yang telah berbuah untuk tatapan semua.