Isnin, 1 Ogos 2022

PENGALAMAN MENANAM POKOK TIN VARIATI BLACK GENOA

 Pokok tin variati Black Genoa merupakan salah satu variati yang dimiliki saya pada peringkat awal menceburi dalam bidang penanaman pokok tin pada tahun 2014.  Pada peringkat mula tanam, kebanyakan pokok tin saya memang rajin berdaun sahaja akibat salah guna baja.  Hanya setelah mula menetap di Johor Bahru saya mula membela pokok ini balik dari induk yang pernah ada.  Dan sekarang black Genoa ini merupakan salah satu pokok yang paling produktif.  

Disebabkan oleh kawasan yang terhad, semua pokok tin saya termasuk pokok ini ditanam dalam pasu plastik dengan kedalaman sekaki dan bukanya juga sekaki. Sumbu atau wick akan  dipasang di bawah tapak pasu bagi membolehkan pokok menyerap air dari bekas plastik yang disarungkan pada pasu dengan kaedah hydropot.  Media yang digunakan merupakan tanah yang dibeli dari Mr DIY.  Saya tidak menggunakan tanah biasa yang dibeli dari nursery sebab pernah terjadi pokok dijangkiti nematode yang dipercayai dari tanah yang telah tercemar.


Baja AB digunakan pada kebiasaannya apabila air dalam bekas telah kering dengan kepekatan kurang daripada yang dicadangkan, iaitu biasanya saya akan tabah lebih air sebab baja AB ini saya akan tambahkan apabila didapati bekas plastik kering.  Pada setiap hujung minggu, saya akan memberi baja seaweed extract kepada pokok.  

Kemungkinan kaedahan pembajaan saya ini bersesuaian dengan black Genoa, jadi, pada musim ini, buahnya agak banyak, disebabkan ditanam dalam pasu yang kecil, saya menjangka saiz buahnya akan menjadi kecil apabila berbuah dengan banyak.  Buah black Genoa apabila sudah ranum berwarna hitam di luar dengan isinya berwarna putih kekuningan.

Black Genoa merupakan salah satu pokok tin yang senang untuk tumbuh dan senang untuk dijaga kalau berbanding dengan variati Martinenca Rimada.  Saya juga mendapati black Genoa senang untuk tumbuh dengan keratan kalau berbanding dengan variati seperti Panachee Tiger.

Bagi saya, black Genoa merupakan antara pokok tin senang tumbuh yang boleh dicuba oleh sesiapa yang ingin memulakan minat dalam dunia penanaman pokok tin.



Buah musim lepas yang mula ranum.





Buah musim ini yang masih hijau.

Benih black Genoa yang tumbuh dari keratan