Selasa, 25 Oktober 2016

PENGALAMAN MENANAM POKOK KIWI

Pokok kiwi merupakan pokok yang asalnya dari negera China dan dikembang dan dimajukan di New Zealand dengan nama buah kiwi.  Dan sukacita  dimaklumkan bahawa pokok kiwi memang boleh hidup di Malaysia dan saya sendiri telah menanamkan pokok kiwi ini daripada biji benih, pokok-pokok kiwi saya yang bertahan paling lama adalah pokik yang ditanam pada tahun 2008, dan pokok-pokok tersebut telah bertahan lama 3 tahun sebelum mati akibat terlebih air semasa musim perayaan ketika saya balik kampung.

Pokok kiwi yang saya tanam disemai daripada biji benih buah kiwi yang dibeli dari supermarket.  Benihnya akan mula bercambah selepas sebulan disemai.  Pokok kiwi merupakan sejenis pokok yang menjalar dengan daun berbulu dan saiz daun boleh sebesar tapak tangan orang dewasa.  Saya menanam pokok kiwi tersebut di bawah teduhan bumbung dengan pancaran matahari pada sebelah pagi.  Daripada pemerhatian saya, daun pokok ini sensitif sedikit dan kadang kadang senang nak melecur jika kita tanam di luar dengan keadaan terbuka dan terkena hujan dan panas.

Menurut internet, pokok kiwi kena ditanam lebih daripada satu pokok sebab bagi memboleh pendebungaan berlaku, kena ada pokok jantan dan pokok betina.  Memandangkan pokok yang saya tanam hanya bertahan selama 2-3 tahun, maka, saya memang tidak berpeluang untuk melihatkannya berbunga dan berbuah, jadi, sama ada pokok kiwi yang ditanam di Malaysia akan menghasilkan buah atau tidak masih menjadi tanda soal bagi saya.  

Jadi, bagi sesiapa yang ingin cuba menanam, bolehlah mencuba nasib, mana tahu satu hari nanti akan dapat makan buah kiwi tanaman sendiri.


PERCUBAAN UNTUK MENYEMAI POKOK PEACH

Pokok peach merupakan pokok buah dari negara temperate.  Daripada apa yang dilayari di dunia maya, saya dapati di Malaysia memang terdapat ramai peminat yang menyemai dan menanam pokok buah-buahan temperate di Malaysia.  Atas keinginan nak mencuba, saya telah mencuba untuk menyemai biji benih pokok peach daripada peach yang dibeli dari supermarket.  Setelah mendapat infor mengenai cara untuk membuatkan biji benih peach bercambah daripada internet, saya pun mulakan experiment saya.  Inilah cara saya:
  1. Mula-mula, kulit keras biji benih peach dipecahkan dengan plyer untuk mendapatkan biji benihnya di dalam walaupun ada sumber yang menyatakan kita tidak perlu berbuat demikian.
  2. Lepas tu, sediakan bekas plastik yang dialas dengan kertas tisu lembap.
  3. Masukkan biji benih ke dalam bekas plastik dan tutup dengan plastik clig wrap lutsinar.
  4. Catatkan tarikh biji benih dimasukkan dalam peti sejuk pada bekas plastik.
  5. Masukkan bekas plastik ke dalam peti sejuk di bahagian chiller.  Menurut internet, biji benih temperate kena melalui rawatan sejuk (cold treatment) untuk menipunya musim sejuk sudah sampai.
  6. Lakukan pemerhatian pada setiap minggu atau apabila ada kelapangan.  Sekiranya tisu telah kering, lembapkan semula tisu tersebut.
  7. Tunggu sehingga biji benih bercambah.
  8. Pindahkan biji benih yang sudah bercambah ke dalam polibag.

Pada hari ini, 25/10/2016, saya baru menyemaikan 2 biji benih peach yang telah bercambah ke dalam polibag, harap-harap akan terus bercambah dan membesar.  Mengikut rekod saya, saya telah masukkan biji benih tersebut ke dalam peti sejuk pada 27/8/2016 atau pada tarikh sebelumnya yang saya tidak catatkan.  


 Keadaan biji benih pada 18/10, mula menunjukkan tanda-tanda nak bercambah.  Biji benih kecil merupakan biji benih sweet cherry yang belum bercambah walaupun telah lama dimasukkan ke dalam peti sejuk.

       Keadaan pada 22/10/16.

Keaadaan pada 25/10 sebelum disemai ke dalam polibag.

Update pada 16/12/2016
Daripada 5 pokok yang bercambah dan hidup, tinggal 2 pokok saja yang masih hidup, yang lain telah mati akibat kekurangan air apabila saya outstation.


 
Anak pokok peach pada 16/12/2016.
Update 2/1/2017



Update 9/2/2017
Pokok peach masih Sama seperti dulu, seolah olah macam tidak membesar.

Jumaat, 7 Oktober 2016

MASALAH PENYAKIT MEREPUT PADA POKOK FIG

Saya telah mengalami masalah kematian pokok fig sejak berpindah ke Johor Bahru.  Saya telah kehilangan pokok fig Lisa dan Guotte D'or yang telah berbuah selain satu pokok BTM 6 yang digraftkan dengan pelbagai jenis fig variati.   

Pemerhatian yang didapati adalah penyakit akan bermula dari luka pada permukaan pokok seperti permukaan dicantas/ permukaan yang digraft apabila graft tidak menjadi/ lokasi dilukakan untuk tut.  Mula-mula, tunas atau daun pada salah satu dahan akan layu dengan tiba-tiba tanpa sebab, bila diperiksa kulit pokok, didapati teksture atau konsistensi kulit dah berlainan, boleh dirasakan kulit pokok telah menjadi lembut dan boleh dikopek dengan mengunakan kuku sahaja.  Bila dikopek, dahan tu dah tak keluarkan getah putih dan warna bahagian dalam yang berkayu adalah seolah-olah dah lama direndam air.  Dan keadaan ini akan merebak dengan lajunya ke pangkal pokok.  Selepas itu, diperhatikan pula tumbuhnya kulat hitam pada kulit pokok yang dijangkiti dan akhirnya pokok akan mati. 

Saya telah cuba kaedah mencantas bahagian yang telah dijangkiti dan sembur dengan anti fungal organik namun tiada perubahan ketara pada pokok, akhirnya pokok tersebut telah mati.  Saya mengesyaki keadaan ini adalah berpunca daripada keadaan lembap yang menyebabkan kulat dapat tumbuh pada permukaan yang telah luka tanpa disedari, apabila pokok telah menunjukkan tanda- tanda penyakit, pokok tersebut sudah tidah dapat diselamatkan akibat penyakit telah merebak ke seluruh pokok.

Pokok yang telah mati dengan keadaan kulit terkopek dan kulat hitam tumbuh atas kulit pokok.


Barangkali ini adalah salah satu lagi cabaran yang kena dihadapi apabila telah berpindah tempat baru.  Rasanya modus operandi untuk penanaman fig saya kena berubah sedikit supaya tidak berlaku lagi masalah ini.

Update 24/12/2016
Didapati pokok induk fig yang telah ditut dan tidak diteduh hujan pun boleh mengalami masalah ini.  Dahan yang ditut akan mati dari pucuk sampai ke pangkal.  Keaadaan ini berlaku ketika musim hujan ini.  Kemungkinan besar media tut yang tidak diikat dengan elok telah menyerap terlampau banyak air hujan dan menyebabkan keadaan kulit pokok mereput dan akhirnya merebak ke seluruh pokok.

Update 19/1/2017



Keadaan pokok dimana sebahagian ranting atau batang pokok telah rosak dan lembik dan sebagian masih elok yang menyebabkan penyakit ini tidak dikenalpasti pada peringkat awal jika pemerhatian yang teliti tidak dilaku.  Saya telah kehilangan pokok fig Brunswick dan blaquila kerana tidak mengambil tindakan untuk memangkas batang yang telah terjangkit sebab pada ketika tu masih nampak ada dahan dan dan yang masih hijau.

Barangkali jika berlakunya penyakit ini, saya perlu memangkas jatuh ke Tangkak walaupun masih ada dahan dan daun yang diperhatikan sihat. Pangkasan perlu dibuat sehingga batang yang boleh mengeluarkan gerak putih.