Ahad, 25 Januari 2015

KESAN TERLEBIH BAJA PADA ANAK POKOK MANGGA

Saya telah membelikan anak pokok cantuman variati Melaka Delight dan Golden dari Pusat Pertanian Pulau Gadong dan telahpun ditanam dalam pasu besar dengan harapan pokok boleh dipindahkan ke mana-mana apabilah saya berpindah.  Dengan hati yang tak sabar-sabar, saya rajin membajakan 2 anak pokok tersebut kejap dengan baja kimia, kejap dengan baja tahi ayam dengan harapan cepat berbuah.  Pada suatu hari, saya telah meletakkan baja tahi ayam dengan terlampau banyak.  Kesannya adalah daun anak pokok mangga telah menunjukkan kesan hangus dan lama -lama Melaka Delight telah pun mati.  Di sini, saya kongsikan gambar pokok yang terlebih baja, harap kawan-kawan semua jangan ikut jejak saya, ya.  Kasian kat pokok tu....

                                                         Daun yang telah hangus sebelah.

 Semua daun pada pokok menjadi kering dan berwarna perang secara perlahan-lahan.
Daun yang telah hangus.

Sabtu, 24 Januari 2015

UPDATE MENGENAI KERATAN FIG DISEMAI

Bagi membolehkan semaian keratannyang berjaya, pembelian keratan fig daripada pembekal yang boleh membungkus keratan dalam keadaan yang mengekalkan kesegarannya ketika penghantaran melalui pos adalah amat penting, kalau bungkus tidak elok, keratan yang datang telah berkulat, kering atau reput akan tidak dapat ditanam.  Cara bungkusan yang paling saya minat adalah balutkan seluruh keratan dengan kitchen towel lembap,  dalam masa 2 minggu penghantaran, keratan akan mula mengeluarkan akar dan bila kita terima, kita dah boleh terus semai.

 Seruluh keratan dibungkus dengan kitchen towel lembap sebelum dimasukkan ke dalam bag plastik.
                                   Keratan sudah menunjukkan kesan nak berakar ketika diterima.
Satu lagi keratan yang dibungkus dengan kitchen towel lembap dan telah menunjukkan pertumbuhan tunas dan akar.
Keratan yang hanya dibungkus dengan bag zip lock tanpa kitchen towel lembap yang sampai ke tangan saya dengan selamat.

Berikut adalah perkembangan terkini keratan fig yang disemai:

Dottato telah mati :( , setelah 4 bulan dan fikir balik, saya rasa ia mati pasal terlebih angin kuat yang menyebabkan ia kering, layu dan mati.

Petrovacha pun telah mati:( , angin kuat, suhu tinggi merupakan punca utama kematian.

Dwarf honey fig : nyawa nyawa ikan.......entah masih boleh keluar tunas baru ke tidak, suhu tinggi menyebabkan daun telah layu terus.

Panache Tiger Fig - hanya satu keratan berjaya dihidupkan sekarang masih dalam peringkat percambahan tunas, keratan lain telah berkulat dan dibuang.  Pertumbuhan  memang lambat, amat sensitif terhadap suhu tinggi.  Daun telah gugur.  Telah dibuang pada  29/1/15 akibat mati dan berkulat.  :(

Turkish green fig - penghantaran pertama telah menjadi jeruk semasa terima, pembekal telah membungkus dalam zip lock bag, dengan air dan sedikit tisu,  bila sampai dan buka, bau jeruk pun dah dicium.  Langsung tidak boleh disemai.  Pembekal telah membuat penghantaran kedua hanya sebahagian boleh diguna untuk semaian, mula keluar tunas baru, kena suhu tinggi, daun muda gugur dan pucuk tunas menjadi hitam.

Green fig yang telah menjadi jeruk ketika diterima, boleh diperhatikan pucuk telah menjadi warna perang.  Untuk keratan yang segar, pucuk seharusnya hijau.

Fig Dari Cyprus, tidak tahu variati ; pembekal hanya menghantar dengan memasukkan keratan dalam zip lock bag tambah dengan sedikit air.  Masa terima, semua keratan masih segar dan hijau. Telah semai selama 3- 4 minggu baru ada keratan yang telah mengeluarkan akar, tunas dan daun. Sekarang,  suhu tinggi telah menyebabkan daunnya gugur.

LSU gold- sampai dalam keadaan yang berbau kulat, tidak dapat dihidupkan, semua mati :(

Reina N4- telah berjaya berakar dan mengeluarkan tunas baru, terkena suhu tinggi, sebahagian daun layu.  Sekarang semua dibalut dengan beg plastik lutsinar.

Goutte D'or - berakar dan tumbuh dengan ok sehingga sekarang ( 1 bulan  6 hari )  perlu lebih menjaga keadaan suhu, maklumlah suhu Melaka adalah tidak menentu, kejap rendah dan sejuk, kejap panas dan kering.


Desert king - masih dalam peringkat semaian, kuat mengeluarkan akar.



Conadria - masih dalam peringkat semaian.  Tiada akar tumbuh lagi.

Hasil pembelajaran setelah 4 bulan,

1.  Suhu menyemai seharusnya konsisten, tidak boleh tinggi sangat.  Pemerhatian saya, suhu tinggi lebih dari 30 Celcius memang akan menyebabkan daun fig layu dan gugur.  Daun fig pelik sikit, bukannya layu, bila suhu turun, ia kembang balik, ia akan terus layu dan gugur selepas 2-3 hari.  Rasanya akar baru adalah sikit sangat untuk menyokong daunnya yang besar.

2.  Terdapat variati fig yang senang nak berakar dan ada yang memang menguji kesabaran kita, secara purata, lebih kurang sebulan diperlukan untuk pokok fig berakar.  Kalau masa penghantaran, pembekal bungkus dengan kitchen towel lembap, proses itu akan dipendekkan sedikit.

3.  Tapak semaian kena dalam keadaan tanpa angin kencang, suhu konsisten dan tidak terlampau tinggi. 

4.  Kaedah percambahan dengan membungkuskan keratan fig dengan kitchen towel lembap/ kertas lembap dan disimpan dalam beg palstik zip lock / botol plastik merupakan kaedah menggalakkan percambahan akar yang senang untuk digunakan bagi mencambahkan akar keratan fig tanpa memerlukan ruang yang besar.  Pastikan suhu tidak terlampau tinggi (> 30 celcius),  keratan akan jadi masak dengan wap udara kat dalam.  (kaedah yang diajar di web fig4fun)

5.  Penggunaan botol plastik/ cawan plastik lutsinar untuk menyemai keratan merupakan kaedah yang bagus untuk kita mengetahui perkembangan akar pokok fig.  Boleh beli yang baru, atau cari yang terpakai kat mana-mana. Saya hanya menggunakan yang terpakai.  (kaedah yang diajar di web fig4fun)

6. Jangan rajin sangat siram, biar betul betul perlu, iaitu apabila kita perasan tanah mula menunjukkan kesan mula kering.  Basah sangat, akar akan reput walaupun daunnya masih nampak segar seperti biasa.

7.  Point yang terpenting sekali, jangan sesekali tangan gatal suka-suka pergi usik keratan yang sedang tumbuh atau ubah posisi dsbnya, perubahan mikro climate akan memberi kesan kepada keratan dan mungkin juga merupakan salah satu penyebab kematian keratan saya.