Ahad, 28 Ogos 2016

CARA MENYEMAI BIJI BENIH AVOCADO

Hari ini saya ingin berkongsikan cara menyemai biji benih pokok avocado yang senang dan muda.   Cara ini sesuai untuk sesiapa yang ingin menjadikan benih avocado sebagai pokok perhiasan di rumah.

1.  Dapatkan biji avocado daripada buah avocado.

2.  Bersihkan biji avocado supaya tiada isi avocado yang melekat pada biji avocado.

3.  Sediakan pasu kecil yang cantik lawa untuk tujuan perhiasan.  Untuk tujuan demo, saya telah      
     menyemaikan biji avocado dalam cawan plastik yang bawahnya ditebok lubang.

4.  Isikan tanah ke dalam cawan plastik sehingga dekat penuh.

5.  Letakkan biji avocado dengan bahagian muncung yang lebih kecil menghala ke langit.

Muncung kecil biji avocado perlu menghala ke arah langit supaya proses pencambahan boleh diperhatikan dan menambahakn nilai estetik.

Bahagian muncung yang besar sedikit ini mempunyai warna yang berbeza sedikit dengan bahagian lain.  Akar dan tunas akan tumbuh dari bahagian ini dan bahagian ini perlu diletakan menghala ke tanah.

6.  Jiruskan air supaya tanah menjadi lembap.

7.  Tunggu selama sebulan supaya pokok avocado bercambah.

Selamat mencuba dan saya akan uploadkan gambar avocado bercambah sekiranya saya ada masa mengambilkan gambar.

Benih pokok avocado pada 16/12/16.  Biji ini mengambil masa lebih daripada 1 bulan untuk bercambah.