Sabtu, 20 Disember 2014

PEMERHATIAN MENGENAI PENYEMAIAN KERATAN FIG

Saya telah membeli keratan fig dan menyemai keratan fig sejak mula berminat dengan fig dan mula membeli keratan fig dari internet pada 2 bulan lepas.  Daripada pemerhatian terhadap penyemaian keratan yang saya beli, saya dapati bahawa :


  1. Keratan adalah amat sensitif terhadap kelembapan tanah, terlampau basah, keratan akan lemas dan layu.  Akar-akar akan menukar warna daripada akar muda warna putih kepada akar berwarna hitam dan seterusnya terurai.  
  2. Kalau terlampau kering, panas dan terkena aliran angin yang kuat, tunas baru akan layu dan sekiranya keadaan teruk sangat, keratan akan layu, gugur daun, tunas menjadi kering dan mati.
  3. Sekiranya air tidak cukup, daun baru akan gugur walaupun daun kelihatan sihat dan hijau.
  4. Pertumbuhan tunas adalah amat lambat, kena ambil masa lebih kurang 1 bulan baru tunas baru akan muncul.
  5. Pertumbuhan tunas dan daun baru tidak bermaksud akar telahpun tumbuh.  Hasil daripada gali dan tanam semula keratan saya telah menunjukkan walaupun dah berdaun, namun, masih terdapat keratan yang tidak berakar, kalau adapun 1-2 akar kecil sahaja.  
  6. Keratan adalah amat sensitif kepada keadaan sekeliling, kena semai di kawasan yang kurang kena angin, dengan pengudaraan yang baik, air yang disiram dikawal supaya tanah tidak terlampau basah.
  7. Keratan fig adalah amat berbeza daripada keratan pokok lain yang biasa kita cucuk, jirus air dan dibiarkan hidup.
Keratan berdaun adalah keratan yang disemai 11/11/14, masih tiada akar lagi pada 13/12/14.  Keratan yang di depan sekali merupakan keratan yang telah layu kering akibat cuaca panas.

Keratan disemai pada 11/11/14 telah layu terkena angin kuat dan keadaan kering panas.  Daun telah layu dan gugur.

Keratan disemai pada 11/11/12 yang telah dipindahkan ke polibag besar, hanya 2 batang akar kecil ditemui ketika memindahkannya ke polibag besar ini pada 13/12/14.


PERCUBAAN PENANAMAN CELERY YANG DIBELI DARI SUPERMARKET

Saya telah membuat percubaan untuk menanam celery yang dibeli daripada superamarket.  Setelah apa yang boleh dimakan telah diambil, pangkal celery tanpa akar dengan mata tunas baru telah dibiarkan di dalam peti ais (tingkat bawah - chilller) selama beberapa minggu bagi membolehkan pangkalnya kering sepenuhnya sebelum ditanam.  Rooting powder telah dibubuh pada pangkal celery dan ditanam dalam polibag pada 16/11/14.  sehingga hari ini, iaitu hari ke-34, pangkal yang ditanam masih menunjukkan tanda-tanda untuk berkembang walaupun dengan saiz yang kecil berbanding dengan celery yang dibeli.

 18/11/14 (D 3)

22/11/14 (D7)

29/11/14 (D 14)


4/12/14 ( D 18)

20/12/14 (D 34)

Harap-harap celery ini boleh membesar dan dimakan seperti celery yang dibeli.


31/1/2015  ( D 75 ) 
 Celery telah menjadi daun sup dan dah pun mula digunakan untuk masak sup.  :)

Bagi peminat daun sup, sekiranya daun sup tak ada, bolehlah gantikannya dengan celery ini, tak perlu modal pun, lepas habis makan boleh ditanam dan dimakan lagi.

Dibawah merupakan celery yang disimpan dalam peti ais dalam beg milo refill 2kg, telah dilupai dan disimpan dalam peti ais selama beberapa bulan.  Hasilnya adalah celery berdaun kuning yang telah tumbuh akar baru.


Celery ini telah disemai dalam polibag dan diletak di bawah pokok supaya boleh tumbuh sepenuhnya.

Jumaat, 5 Disember 2014

POKOK AVOCADO

Pokok avocado yang ditanam selama 6 tahun kini sudah mengeluarkan pucuk bunga secara konsisten selama 2 bulan dah (Mulai Okt 14 - Sekarang ).  Tidak pasti sama ada buah akan jadi ke tak sebab sekarang telah masuk musim hujan.  Harap-harap dengan adanya pendebungaan daripada lebah madu dan serangga lain, buah avocado akan jadi.

Tinggi pokok sekarang adalah lebih kurang 1 tingkat 1/2 dan menunjukkan kecenderungan untuk tinggi lagi.  Bagi sesiapa yang ingin menanam pokok ini, pastikan ditanam berjauhan daripada rumah, jangan dekat sangat.

Pokok ini jarang-jarang dijumpa di Semenanjung Malaysia tapi banyak terdapat di Sabah.  Ketika saya melancong di Bali, orang Bali telah menanam pokok ini bagi memberi naungan kepada pokok kopi mereka.

Di sini saya kongsikan gambar bunga avocado dari pokok avocado saya.







Sehingga hari ini, 14/2/15, iaitu hari valentine, pokok ini masih mengeluarkan bunga dari dahan dan pucuknya.

Gambar bunga lagi...


Percubaan untuk mengetutkan pokok avocado ini, namum daun di bahagian yang ditut telah gugur dan tinggal daun muda saje,  harap-harap boleh hidup.  24/2/15

Pandangan bunga secara dekat 14/3/15

Buah avocado yang telah muncul.  14/3/15

Buah avocado pada 24/3/15

Percubaan untuk air layering pokok avocado

Percubaan cara layering  terus ke dalam polibag.

Pada semalam, 6/4/2015, masih terdapat lagi bunga-bunga pada pokok, cuma dalam bilangan yang kecil, mungkin dah sampai penghujung untuk musim bunga yang panjang.

Buah Avocado pada 18/4/15.  Beberapa hari kemudian, buah ini telah menjadi hitam dan gugur.  Saya tak perasan ada lagi buah yang melekat pada pokok.  :( Barangkali kena tunggu musim bunga pada tahun ini baru saya akan dapat merasa buahnya.   

Pemerhatian saya sepanjang beberapa bulan ini adalah daripada beribu-ribu bunga avocado, nak harapkan avocado lekat sebiji pun susah, barangkali baru belajar bunga ....

Pada tahun ini, iaitu 2015, pokok ini telah mula berbunga pada bulan Nov 2015.  Moga-moga ada buah yang lekat.
Keadaan pokok yang penuh dengan pucuk bunga. (13/11/15)



 Buah avocado yang dah menjadi di tengah-tengah bunga. (29/1/2016)




Bunga avocado yang sedang berkembang. (29/1/2016)

Update pada 1 April 2016

Tahun ini, walaupun bunganya lebat dan memang dah nampak ada buah yang jadi, tapi, malangnya semua gugur, kemungkinan besar disebabkan oleh musim kemarau yang melampau di Melaka yang panas dan tiada hujan.  Rasanya kena tunggu lagi setahun untuk pokok ini berbunga.

Update 2/2/2017
Pokok avocado yang ditanam di pejabat lama di Melaka tetap berbunga pada hujung tahun lepas.  Cuma tak tahu tahun ni buahnya jadi tak?
Sementara menunggu buahnya untuk menjadi, saya kongsikan gambar avocado yang telah dibeli dari pasar Batu tiga Kuching Sarawak dengan harga RM12 /kg.

Menurut penjual, buah adalah dari pokok yang sama, sebiji lebih kurang dalam 250gram.

Buah yang dibeli masih terlalu mentah semasa dipetik.  Bila makan ketika kulit masih hijau, rasanya kelat dengan sedikit pahit, isinya pun masih kertas. Bila kulit telah bertukar kepada warna unggu, isi pula dah rosak.

PEMBELIAN ANAK POKOK MANGGA DARI PUSAT PERTANIAN PULAU GADONG

Pusat Pertanian Pulau Gadong berada di kawasan Pulau Gadong, Melaka.  Saya telah mengambil kesempatan untuk melawat ke pusat tersebut apabila mengetahui bahawa pusat tersebut menjualkan benih pokok mangga dengan harga yang murah sekali.  Di sini, ada menjual anak pokok mangga Melaka Delight dengan cara cantuman baji.  Harga hanya RM3/ pokok.  Ada pokok yang dah siap berbunga, namun, menurut kakitangan sana, mereka nasihatkan supaya membeli pokok yang belum berbunga sebab apabila kita tanamkan anak pokok yang dah bunga, pertumbuhan baru akan menyebabkan bunga dan buahnya gugur. Dan ini akan menyebabkan kita terpaksa menunggu pusingan baru untuk pokok mangga tersebut berbunga lagi.  Dengan membeli anak pokok tanpa bunga bermaksud anak pokok memang dalam keadaan persiapan untuk berbunga dan apabila kita tanamkannya, akar baru akan tumbuh dan pucuk dengan bunga akan berkembang matang, sampai masa ia akan keluarkan berbunga terus dari pucuk tunas lama.  

Saya telah membeli anak pokok Melaka Delight (a.k.a Chukonan) dan golden mangoes dari pusat tersebut bagi tujuan tanam dalam pasu bunga besar. Menurut kakitangannya lagi, jika kita tanam pokok mangga dalam pasu bunga, kita kena rajin siram supaya pokok mendapat air yang mencukupi sebab akarnya tidak dapat keluar dari pasu untuk mencari air, jadi kita kena rajin siram supaya pokok tidak kering layu akibat cuaca panas.   

Di sini juga ada menjualkan anak pokok ciku yang telah ditutkan.  Juga dengan harga RM3/ pokok.  

Bagi sesiapa yang berminat untuk mananam pokok mangga dan ciku, bolehlah ke Pusat Pertanian Pulau Gadong bagi mendapatkan benih yang murah.  Borong pun tak apa, stok banyak.

Kemaskini 20/06/2016

Jualan benih hanya dimulakan pada 2.30pm pada hari bekerja sebab pada sebelah pagi, kakitangan pusat kena menguruskan ladang.

Kemaskini 9/2/2017
Harga jualan satu pokok mangga Melaka Delight telah dinaikkan ke RM4.50.