Khamis, 4 Februari 2016

TANDA-TANDA TERLEBIH SIRAM AIR PADA POKOK TIN ???

Hari ini saya nak kongsikan sedikit masalah yang dihadapi oleh saya.  Anak pokok tin yang ditanam telah menunjukkan tanda tanda seolah-olah macam kesan terbakar/ melecur dan mengering pada hujung dan tengah daun  dan kemudian daun tersebut akan gugur.   Saya mengesyaki bahawa saya telah memberi air yang terlebih dengan tangan gatal saya yang  rajin sangat menyiram akibat cuaca panas di Melaka.  Saya mengesyaki akar pokok dah mula mereput dan menyebabkan air tidak dapat diserap dengan baik setelah melakukan sedikit kajian internet.  Sekarang saya telah henti menyiram dan harap-harap dapat menyelamatkan pokok -pokok tersebut.

Saya kongsikan gambar pokok- pokok tu disini.

 
 
 
 Pokok ni dah gugur daunnya sampai tinggal 1 daun saja.






 Tanda -tanda yang didapati pada pokok yang disyaki terlebih siram air.  Daun akan dalam keadaan begini selama beberapa hari sebelum gugur.


4 ulasan:

kepala2desa berkata...

Wah.. Tak mcm sawi kena banyak air lagi subur..
Tangan saya pun gatal selalu nak menyiram bila hari panas takut pokok haus.

Weekend Farmer berkata...

Tuan, biasalah tu, sindrom tangan gatal. :-)

azwanmeru berkata...

Kelihatannya pokok tin tuan terkena penyakit "Karat Daun".Karat Daun nie biasanya disebabkan oleh serangan perosak

Weekend Farmer berkata...

Ya, bagi saya karat daun tu memang perkara biasa untuk penanaman tanpa penggunaan racun kulat.