Khamis, 4 Februari 2016

KOLEKSI POKOK FIG YANG TELAH BERBUAH

Saje untuk dikongsi sama gambar pokok fig saya yang telahpun berputik dan berbuah.
 Pokok fig varieti Goutte D'or yang telah berputik.  Pokok ini disemai dari keratan dan mengambil masa lebih kurang dalam 7 bulan untuk mengeluarkan putik.

Update pada 23/3/16:


Buah fig Goutte D'or yang telah ranum pada 28/2/16.  Warnanya kekuningan dan rasanya manis.  Saiz buah fig ini lagi kecil kalau banding dengan buah fig Reina.



 

 
Fig Goutte D'or yang telah ranum atas pokok.  20/2/16.

 
Isi fig Goutte D'or yang berwarna putih kekuningan dan berasa manis.


Pokok fig Reina ini mengambil masa 4 bulan sahaja daripada semaian keratan ke keadaan berputik.  Boleh dikatakan di setiap mata tu ada putik buah fig.

Update pada 23/3/16.
  Reina pertama yang telah ranum. Warna isi adalah merah macam jam strawberry.  Bila dimakan, rasanya manis dan macam kaki pisang.  

 Perbandingan buah fig Reina dengan lighter, saiznya bukanlah besar sangat.



BTM 6 yang buahnya leper.


BTM6 yang dekat ranum.  Namun bila dimakan, rasanya tawar sahaja, kemungkinan belum cukup masak apabila dipetik dari pokok.






  Black genoa (gambar diambil pada 22/7/2016)

Black Mission (gambar diambil pada 22/7/2016)



Australia Fig (gambar diambil pada 22/7/2016)- yang dipercayai adalah variati Preston's Prolific


Buah yang dipetik pada 15/10/16.  Variati ini mempunyai saiz buah yang paling besar berbanding dengan variati lain yang saya ada.

Brunswick (gambar diambil pada 22/7/2016)


Inca Gold (gambar diambil pada 22/7/2016)


2 ulasan:

kepala2desa berkata...

Masya Allah.. berbuah!
Tahniah!

Weekend Farmer berkata...

Terima kasih, tuan.