Selasa, 25 Oktober 2016

PENGALAMAN MENANAM POKOK KIWI

Pokok kiwi merupakan pokok yang asalnya dari negera China dan dikembang dan dimajukan di New Zealand dengan nama buah kiwi.  Dan sukacita  dimaklumkan bahawa pokok kiwi memang boleh hidup di Malaysia dan saya sendiri telah menanamkan pokok kiwi ini daripada biji benih, pokok-pokok kiwi saya yang bertahan paling lama adalah pokik yang ditanam pada tahun 2008, dan pokok-pokok tersebut telah bertahan lama 3 tahun sebelum mati akibat terlebih air semasa musim perayaan ketika saya balik kampung.

Pokok kiwi yang saya tanam disemai daripada biji benih buah kiwi yang dibeli dari supermarket.  Benihnya akan mula bercambah selepas sebulan disemai.  Pokok kiwi merupakan sejenis pokok yang menjalar dengan daun berbulu dan saiz daun boleh sebesar tapak tangan orang dewasa.  Saya menanam pokok kiwi tersebut di bawah teduhan bumbung dengan pancaran matahari pada sebelah pagi.  Daripada pemerhatian saya, daun pokok ini sensitif sedikit dan kadang kadang senang nak melecur jika kita tanam di luar dengan keadaan terbuka dan terkena hujan dan panas.

Menurut internet, pokok kiwi kena ditanam lebih daripada satu pokok sebab bagi memboleh pendebungaan berlaku, kena ada pokok jantan dan pokok betina.  Memandangkan pokok yang saya tanam hanya bertahan selama 2-3 tahun, maka, saya memang tidak berpeluang untuk melihatkannya berbunga dan berbuah, jadi, sama ada pokok kiwi yang ditanam di Malaysia akan menghasilkan buah atau tidak masih menjadi tanda soal bagi saya.  

Jadi, bagi sesiapa yang ingin cuba menanam, bolehlah mencuba nasib, mana tahu satu hari nanti akan dapat makan buah kiwi tanaman sendiri.


2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Semoga saudara terus mencuba lg menanam pokok kiwi ini krn saudara telah ada pengalaman sblm ini. Mana tau ianya berbuah nanti.

Weekend Farmer berkata...

Salam sejahtera, tuan, buat masa sekarang saya memang tiada perancangan nak menanam balik pokok kiwi atas kekangan ruang. Ribuan terima kasih kerana melawat blog saya yang semakin tidak aktif ini.