Jumaat, 7 Oktober 2016

MASALAH PENYAKIT MEREPUT PADA POKOK FIG

Saya telah mengalami masalah kematian pokok fig sejak berpindah ke Johor Bahru.  Saya telah kehilangan pokok fig Lisa dan Guotte D'or yang telah berbuah selain satu pokok BTM 6 yang digraftkan dengan pelbagai jenis fig variati.   

Pemerhatian yang didapati adalah penyakit akan bermula dari luka pada permukaan pokok seperti permukaan dicantas/ permukaan yang digraft apabila graft tidak menjadi/ lokasi dilukakan untuk tut.  Mula-mula, tunas atau daun pada salah satu dahan akan layu dengan tiba-tiba tanpa sebab, bila diperiksa kulit pokok, didapati teksture atau konsistensi kulit dah berlainan, boleh dirasakan kulit pokok telah menjadi lembut dan boleh dikopek dengan mengunakan kuku sahaja.  Bila dikopek, dahan tu dah tak keluarkan getah putih dan warna bahagian dalam yang berkayu adalah seolah-olah dah lama direndam air.  Dan keadaan ini akan merebak dengan lajunya ke pangkal pokok.  Selepas itu, diperhatikan pula tumbuhnya kulat hitam pada kulit pokok yang dijangkiti dan akhirnya pokok akan mati. 

Saya telah cuba kaedah mencantas bahagian yang telah dijangkiti dan sembur dengan anti fungal organik namun tiada perubahan ketara pada pokok, akhirnya pokok tersebut telah mati.  Saya mengesyaki keadaan ini adalah berpunca daripada keadaan lembap yang menyebabkan kulat dapat tumbuh pada permukaan yang telah luka tanpa disedari, apabila pokok telah menunjukkan tanda- tanda penyakit, pokok tersebut sudah tidah dapat diselamatkan akibat penyakit telah merebak ke seluruh pokok.

Pokok yang telah mati dengan keadaan kulit terkopek dan kulat hitam tumbuh atas kulit pokok.


Barangkali ini adalah salah satu lagi cabaran yang kena dihadapi apabila telah berpindah tempat baru.  Rasanya modus operandi untuk penanaman fig saya kena berubah sedikit supaya tidak berlaku lagi masalah ini.

Update 24/12/2016
Didapati pokok induk fig yang telah ditut dan tidak diteduh hujan pun boleh mengalami masalah ini.  Dahan yang ditut akan mati dari pucuk sampai ke pangkal.  Keaadaan ini berlaku ketika musim hujan ini.  Kemungkinan besar media tut yang tidak diikat dengan elok telah menyerap terlampau banyak air hujan dan menyebabkan keadaan kulit pokok mereput dan akhirnya merebak ke seluruh pokok.

Update 19/1/2017



Keadaan pokok dimana sebahagian ranting atau batang pokok telah rosak dan lembik dan sebagian masih elok yang menyebabkan penyakit ini tidak dikenalpasti pada peringkat awal jika pemerhatian yang teliti tidak dilaku.  Saya telah kehilangan pokok fig Brunswick dan blaquila kerana tidak mengambil tindakan untuk memangkas batang yang telah terjangkit sebab pada ketika tu masih nampak ada dahan dan dan yang masih hijau.

Barangkali jika berlakunya penyakit ini, saya perlu memangkas jatuh ke Tangkak walaupun masih ada dahan dan daun yang diperhatikan sihat. Pangkasan perlu dibuat sehingga batang yang boleh mengeluarkan gerak putih.

Tiada ulasan: