Rabu, 13 Mei 2015

TROPICAL FRUIT FARM SUNGAI UDANG

Disebabkan anak nak tengok ayam, jadi, saya telah membawa anak saya ke Tropical fruit farm Sungai Udang untuk tujuan tersebut.  Ini merupakan kali kedua saya melawat ke Tropical Fruit Farm.  Tropical fruit farm Sungai Udang terletak dekat dengan simpang jalan nak ke Cheng dan bersebelahan dengan Kem Terendak.  Kawasan memang luas dan ditanam dengan pelbagai jenis pokok buah-buahan dan mempunyai mini zoo.  Tiket masuk murah saje, hanya RM4 untuk dewasa, RM 2 untuk kanak-kanak. Saya telah bayar RM10.50 untuk 2 dewasa dan 3 kanak-kanak.  Sebab dah dianggap murah, saya pun taklah tanya kenapa ada extra charge RM0.50.  Bila masuk pintu saje, anak pun dah suka, sebab ada arnab yang boleh pegang dan main seperti di petting zoo. Terdapat 3-4 jenis arnab yang diternak untuk tujuan ini di tepi kaunter tiket.

 Disebabkan kawasan yang luas, pelawat adalah dibenarkan membawa kereta seolah-olah pergi Safari, saya rasa memang sesuai bagi sesiapa yang malas nak jalan kaki untuk melawat, kita boleh singgah mana-mana saje bila jumpa benda yang kita minat. Memandangkan Tropical fruit farm ini bukannya favourite spot untuk kebanyakan orang, jadi, masa saya pergi, memang relax saje, boleh singgah dan rehat kat mana-mana ikut suka hati saje, langsung tak ada pelawat pun.

Ia mempunyai chalet untuk disewakan dan boleh diaturkan untuk program team building.  Fasiliti yang didapati untuk team building adalah seperti flying fox.

Pokok ganjus yang ditanam.  Mengikut papan tanda, pokok ganjus boleh dimakan sebagai ulam.

Tupai manja yang dijumpai dalam reban ayam.

Jinak dan nak saja datang dekat orang.

Gambar terakhir sebelum tupai manja lompat ke atas tangan saya dan mula bermanja.  Dengan cengkaman kuku dan gigitan giginya, walalupun gentle, tangan saya tetap habis tercalar, tetapi luka tu hanyalah sekadar pada permukaan kulit saje.  Bagi mengelakkan kecederaan atau kemalangan, pastikan tengok tupai ini dari jarak yang selamat sebab walaupun ia jinak dan manja, ianya tetap liar bila main dan tidak tahu untuk mengawal kekuatannya.  


Anak ayam kampung di dalam reban ayam.

Ayam selasih gergasi yang dijumpa di dalam reban ayam.

Lembu bali dalam kandang. 

Burung unta dalam kandang.

Kuda yang diikat di tepi pokok.

Belibis dalam tasik.

Pokok buah rambai yang sedang berbuah.

Buah rambai.

Buah rambai lagi.

Pokok buah mentega.  


Comel dan pelik. 


Selain pokok-pokok di atas, ia juga mempunyai pokok buah-buahan lain seperti buah nam-nam, buah manga dan lain-lain yang saya tidak perasan/ papan tanda tidak dijumpai sebab membawa kereta.  Cuma satu yang rasa sayang sekali, iaitu pokok anggur yang ditanam tak dapat dimaintain , cuma tinggal rotan saje yang ada.  Kalau dimaintain, saya pasti buahnya mesti lebat dan boleh dijual kat pintu masuk dengan keluasan yang ditanam dengan anggur.

Bagi saya, sesiapa yang ingin berkelah, bawa anak untuk tengok ternakan, tidak mau pergi jauh, nak ekonomik, bolehlah singgah di sini, memang sesuai untuk seisi keluarga dengan pemandangan hijau dan udara segarnya. 

Tiada ulasan: