Rabu, 6 Mei 2015

POKOK FIG PERCUMA

Hari pekerja dan Hari Wesak yang lepas memang merupakan hari yang bertuah untuk saya sebab saya telah mendapat satu pokok fig secara percuma.  Ceritanya macam ni, apabila saya ke Skudai pada minggu lepas, saya telah pergi membeli grow light sebelum ke rumah mertua di kedai ikan, anak saya pun kata nak pergi tengok ikan, memandangkan hari telah lewat, maka, saya telah berjanji untuk membawa mereka pergi tengok ikan pada keesokkan hari, jadi, pada keesokkan hari, seperti yang dijanji, saya telah membawa anak untuk tengok ikan, kedai ikan kat Tun Aminah Skudai memang cukup hebat, bukan sekadar jual ikan, semua jenis haiwan kesayangan pun ada, arnab, tupai, sugar glider, ayam ,itik angsa, burung dsbnya.


Setelah puas menengok, saya pun membawa anak balik, bila nak jalan ke kereta,saya telah tengok satu pokok yang yang serupa daun fig tumbuh di tepi longkang depan kaki lima kedai, sekali pergi dekat, memang merupakan pokok fig, jadi, saya terus cabutnya, malangnya akar melekat kat dinding dengan kuat, hanya batang yang patah, jadi saya pun bawalah balik batang keratan fig yang terpatah itu.

Fig ini tumbuh besar kemungkinan daripada tahi burung yang memakan fig di sekitar kawasan ini.  Setahu saya memang ada orang yang menanam fig di sekitar taman Tun Aminah.

Sekarang keratan itu telah dikerat dua dan disemai dalam bilik air, harap-harap akan tumbuh dan menghasilkan buah.  Harap-harap bukan fig jantan .  :).  Bagi siapa-siapa yang ingin mendapatkan fig percuma, sila rajin-rajin jalan-jalan kat kawasan yang diketahui memang ada penanam fig, mana tahu ada rezeki mendapatkan fig.

Keratan yang disemai dalam beg plastik bagi mengelakkan tangan gatal saya untuk siram air.  Namun disebabkan campuran terlampau basah, seluruh keratan telah reput. huhuhu.........

Keratan dalam cawan plastik.

Tiada ulasan: