Rabu, 6 Mei 2015

GROW LIGHT UNTUK TUMBUHAN

Pada cuti hari pekerja dan hari wesak yang lepas, saya sekeluarga telah ke Skudai Johor Bahru untuk ke rumah bapa mertua.  Saya telah berjaya mendapatkan grow light untuk lampu akuarium yang saya gunakan untuk menyemai keratan fig dengna harga RM12 sebatang, panjang 17".  Memandangkan panjangnya khas untuk akuarium 2' dan bukannya saiz standard untuk lampu kalimantan biasa, memang susah nak cari lampu ini di Masjid Tanah setelah menanyakan beberapa kedai ikan dan juga 1 kedai hardware.  Daripada kajian internet, grow light ini terdapat warna putih, warna merah dan warna biru.  Warna putih yang saya beli mengandungi semua spektrum cahaya dan sesuai untuk semua .  Warna merah kalau tak silap untuk menggalakkan tumbuhan berbunga dan yang biru untuk menggalakkan pertumbuhan daun.

Spesifikasi lampu grow light yang dibeli.

Black mission fig yang disemai di bawah grow light.

Keratan fig cyprus yang disemai di bawah grow light.


Menurut kajian dari internet, sebenarnya kita tidak perlu menggunakan grow light  pun boleh membela tumbuhan di dalam rumah.  Ada orang hanya menggunakan lampu kalimantan biasa saja untuk tumbuhan dan menurutnya, kesannya pun ok.  Cuma kita perlu menyelaraskan ketinggian lampu supaya ia dekat dengan tumbuhan dan bukannya digantung atas siling macam lampu yang kita guna untuk pencahayaan.  Kalau boleh, pakai 2 jenis warna lampu kalimantan supaya tumbuhan mendapat pencahayaan yang sempurna, iaitu lampu jenis putih day light dan jenis warm.

Dan sekarang, grow light terbaru yang digunakan adalah daripada jenis LED.

Tiada ulasan: