Ahad, 10 April 2016

PERKONGSIAN CARA MEMBUAT TAG TUMBUHAN DIY MUDAH

Tag biasanya digunakan untuk menuliskan nama variati pokok yang ditanam supaya kita tidak keliru terhadap variati pokok apabila terlupa.  Kebiasaannya , selain nama variati pokok, saya juga akan menuliskan tarikh ditanam atau tarikh ditukarkan pasu supaya saya senang nak tahu dah berapa lama saya tanam pokok tersebut.  Hari ini, saya nak kongsikan cara saya membuatkan tag DIY yang mudah dengan bahan yang mudah didapati.  Bahannya hanya melibatkan paper tape 1" dan gunting. Tag ini merupakan pengubahsuaian daripada tag luggage yang biasanya syarikat penerbangan akan lekatkan pada luggage apabila kita check in luggage.

Beginilah cara saya:

 1.  Tarik paper tape dalam anggaran panjang 3-4x ganda ukur lilit batang pokok yang akan ditag. Yang ini merupakan bahagian 1.

 2.  Ambil muncung paper tape dan lekatkan pada pangkalnya untuk membahagikan paper tape tadi kepada 2 bahagian yang sama panjang.

 3.  Lipat dan lekatkan paper tape tadi sesama diri supaya wujudnya dua muka yang tidak melekat.  Bahagian 1 ini akan digunakan untuk melilit pada batang pokok, jadi saiznya kena lagi panjang daripada ukur lilit batang pokok.

 4.  Tarik lagi paper tape dalam panjang 6".  Bahagian ini dikenali sebagai bahagian 2.

 
  5.  Lipatkan dan lekatkan bahagian 2 ini seperti yang dibuat pada bahagian 1.  Bahagian 2 akan digunakan untuk menuliskan nama pokok.

 6.  Keadaan tape setelah kedua-dua bahagian dilipat dan dilekat.

 
 7.  Tuliskan nama pokok dan tarikh tanam pada Bahagian 2 seperti gambar diatas dengan permanent marker.

 8.  Tarik keluar bahagian 3 dengan panjang 1"-2".  Bahagian ini akan digunakan untuk melekatkan bahagian 1 pada pokok.

 
 9.  Gunting keluar bahagian 3 dengan gunting.

  10.  Lingkungkan bahagian 1 pada batang pokok supaya bertemu pada bahagian 3.  Selaraskan tag dan lekatkan bahagian 3 pada bahagian 1.

 
11.  Tag yang telah siap ditag pada batang pokok dengan bahagian 1 yang agak longgar bagi memberi ruang untuk batang pokok untuk membesar.

Sekian cara membuat tag DIY mudah untuk melabelkan pokok kesayangan dan selamat mencuba.

2 ulasan:

kepala2desa berkata...

Menarik idea ni tuan.. Tkasih kongsi semoga bermenfaat kpd ramai lagi org.

Weekend Farmer berkata...

Sama-sama. Tuan.