Isnin, 4 April 2016

PERCUBAAN UNTUK MENYEMAI BIJI BENIH BUAH FIG

Biji benih buah fig yang disemai merupakan biji benih daripada buah fig kering yang dibeli oleh isteri saya dari kedai senshei untuk dijadikan ubat batuk dengan campuran herba lain, maka, saya telah memintakan sedikit biji benih tersebut untuk mencuba disemaikan.  Pengalaman menyemai biji benih fig dulu telah menunjukkan bahawa dengan cara yang betul, biji benih fig ini memang senang nak bercambah, masalah saya sebelum ini adalah lepas bercambah, biji benih tersebut akan layu mati disebabkan media yang terlalu lembap.  Kali ini saya telah terus semaikan biji benih ini dalam pasu pokok fig black jack saya. 

Kaedah saya adalah:
1. Rendam biji benih fig dalam air semalaman.  Biji benih yang tenggelam merupakan biji benih yang     akan bercambah dan yang terapung merupakan biji benih yang rosak.
2.  Lepas tu dengan air sekali dituangkan ke dalam media semaian dan dalam kes ini dalam pasu  
     black jack.
3.  Lepas tu, tunggu selama 2 minggu sebelum biji benih mula bercambah.
4.  Air kena dikawal supaya tidak terlampau basah sangat.

 
 
 
 

 
Keadaan benih yang bercambah selepas 2 minggu disemai. Gambar diambil pada 26/3/2016

Keadaan benih pada 4/4/2016, iaitu minggu ke-3 selepas disemai.

Benih dalam pasu black jack telah mati kekeringan apabila saya pindah ke Johor Bahru.  Jadi, saya telah semaikan biji benih yang baru apabila dah stabil di JB. 


 
 
 Benih yang disemai pada kali kedua, ini merupakan benih lebih kurang 2 bulan.  Masa tanam, tarikh tidak dicatatkan, jadi, cuma ingat disemai masa dekat puasa/ semasa puasa.



Benih yang telah dialih ke pasu kecil.



Biji benih pokok tin pada 28/8/2016.  Biji benih yang dialihkan didapati tumbuh dengan lebih perlahan dan kurang subur berbanding dengan benih yang dikekalkan dalam pasu besar.

Update 9/2/2017



Anak pokok fig daripada biji benih setelah lebih kurang 7 bulan ditanam.  Ada yang sudah dialih ke tanah.

9 ulasan:

kepala2desa berkata...

Alhamdulillah..
Boleh share anak pokok nanti..
Saya ada juga cuba haritu buah tin kering anak beli drp jepun. Tapi tak timbul timbul! Mungkin sbb saya tanam dlm sangat..

Tahniah tuan..!

Sahal
Tmn Kosas, Ampang

Weekend Farmer berkata...

Terima kasih tuan. Tak ade masalah tuan, boleh saje, cuma yang batch itu dah mati kering selepas saya outstation tambah dengan kemarau pada bulan lepas. Sekarang saya tengah semai lagi, harap-harap boleh hidup.

Tanpa Nama berkata...

amik drpd fig kering boleh ke ? yg kering terus mkn tu ke?

Weekend Farmer berkata...

Salam sejahtera,

Tuan tanpa nama,

Saya memang ambik daripada fig kering yang terus makan tu. Yang daripada buah fig segar pun pernah cuba, tetapi tidak hidup.

Tanpa Nama berkata...

ohhh begitu..nnti saya try jadi ke tak..terima kasih

Tanpa Nama berkata...

kene tabur atas tanah je kan..tanah apa yang sesuai?

Weekend Farmer berkata...

Tuan tanpa nama,

Saya gunakan tanah yang dibeli dari nusery, kelembapan yang memainkan peranan, terlampau lembap basah, benih akan lemas dan mati.

Tanpa Nama berkata...

kene rendam x dulu ke terus tabur.., berapa hari pencambahan? haha banyak tanya pulak

Weekend Farmer berkata...

Salam sejahtera tuan tanpa nama,

Tuan boleh rujuk dalam catatan saya. Terima kasih.