Jumaat, 5 Disember 2014

POKOK AVOCADO

Pokok avocado yang ditanam selama 6 tahun kini sudah mengeluarkan pucuk bunga secara konsisten selama 2 bulan dah (Mulai Okt 14 - Sekarang ).  Tidak pasti sama ada buah akan jadi ke tak sebab sekarang telah masuk musim hujan.  Harap-harap dengan adanya pendebungaan daripada lebah madu dan serangga lain, buah avocado akan jadi.

Tinggi pokok sekarang adalah lebih kurang 1 tingkat 1/2 dan menunjukkan kecenderungan untuk tinggi lagi.  Bagi sesiapa yang ingin menanam pokok ini, pastikan ditanam berjauhan daripada rumah, jangan dekat sangat.

Pokok ini jarang-jarang dijumpa di Semenanjung Malaysia tapi banyak terdapat di Sabah.  Ketika saya melancong di Bali, orang Bali telah menanam pokok ini bagi memberi naungan kepada pokok kopi mereka.

Di sini saya kongsikan gambar bunga avocado dari pokok avocado saya.







Sehingga hari ini, 14/2/15, iaitu hari valentine, pokok ini masih mengeluarkan bunga dari dahan dan pucuknya.

Gambar bunga lagi...


Percubaan untuk mengetutkan pokok avocado ini, namum daun di bahagian yang ditut telah gugur dan tinggal daun muda saje,  harap-harap boleh hidup.  24/2/15

Pandangan bunga secara dekat 14/3/15

Buah avocado yang telah muncul.  14/3/15

Buah avocado pada 24/3/15

Percubaan untuk air layering pokok avocado

Percubaan cara layering  terus ke dalam polibag.

Pada semalam, 6/4/2015, masih terdapat lagi bunga-bunga pada pokok, cuma dalam bilangan yang kecil, mungkin dah sampai penghujung untuk musim bunga yang panjang.

Buah Avocado pada 18/4/15.  Beberapa hari kemudian, buah ini telah menjadi hitam dan gugur.  Saya tak perasan ada lagi buah yang melekat pada pokok.  :( Barangkali kena tunggu musim bunga pada tahun ini baru saya akan dapat merasa buahnya.   

Pemerhatian saya sepanjang beberapa bulan ini adalah daripada beribu-ribu bunga avocado, nak harapkan avocado lekat sebiji pun susah, barangkali baru belajar bunga ....

Pada tahun ini, iaitu 2015, pokok ini telah mula berbunga pada bulan Nov 2015.  Moga-moga ada buah yang lekat.
Keadaan pokok yang penuh dengan pucuk bunga. (13/11/15)



 Buah avocado yang dah menjadi di tengah-tengah bunga. (29/1/2016)




Bunga avocado yang sedang berkembang. (29/1/2016)

Update pada 1 April 2016

Tahun ini, walaupun bunganya lebat dan memang dah nampak ada buah yang jadi, tapi, malangnya semua gugur, kemungkinan besar disebabkan oleh musim kemarau yang melampau di Melaka yang panas dan tiada hujan.  Rasanya kena tunggu lagi setahun untuk pokok ini berbunga.

Update 2/2/2017
Pokok avocado yang ditanam di pejabat lama di Melaka tetap berbunga pada hujung tahun lepas.  Cuma tak tahu tahun ni buahnya jadi tak?
Sementara menunggu buahnya untuk menjadi, saya kongsikan gambar avocado yang telah dibeli dari pasar Batu tiga Kuching Sarawak dengan harga RM12 /kg.

Menurut penjual, buah adalah dari pokok yang sama, sebiji lebih kurang dalam 250gram.

Buah yang dibeli masih terlalu mentah semasa dipetik.  Bila makan ketika kulit masih hijau, rasanya kelat dengan sedikit pahit, isinya pun masih kertas. Bila kulit telah bertukar kepada warna unggu, isi pula dah rosak.

76 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam, nak Tanya pokok ni disemai Dari buah Atau di graft?

Terima kasih

Weekend Farmer berkata...

Salam sejahtera, Tuan,

Saya semai dari biji benih, itu sebab sampai 7-8 tahun baru belajar bunga. :)

rusdi espy berkata...

selamat petang tuan...yang tut hidup tak?kat aman boleh dapat benih ye?

Weekend Farmer berkata...

Salam sejahtera, En Rusdi espy, yang tut memang boleh hidup, cuma pokok avocado ni susah sangat nak berakar apabila ditutkan, kebanyakan tut yang saya buat memang tak jadi, lepas 2-3 bulan, dahan ditut akan layu dan mati. Sehingga kini, hanya satu benih yang berjaya berakar. Saya pernah nampak ada nursery yang menjualkan pokok ini masa Hari Peladang di Melaka, tetapi disemai dari biji benih. Rasanya kalau nak senang, cuba En Rusdi cari benih ini masa ekspo pertanian di mana semua nursery berkumpul.

Tanpa Nama berkata...

Bidang pertanian perlu sangat kesabaran dan semangat yang tinggi. Terkesan dengan perhatian yang diberi kepada proses pembuahan pokok avokado dari setahun ke setahun tu. Innsyaallah semoga segala usaha dan kesabaran dibalasNya jua dengan hasil yang melimpah ruah nanti.

SLY1977 berkata...

asslm tuan..

tuan tahu x kat mana nk dapatkan anak pokok avocado ni kt Melaka? saya nak cuba amalkan minum air daunnya utk rawat darah tinggi & kolestrol..

kalau tuan ada info wasapp saya di 0137784842 ye.. tqvm

Weekend Farmer berkata...

Salam sejahtera, Puan,

Saya rasa puan boleh cuba cari di nusery yang ada jualkan benih pokok buah-buahan, kadang-kadang mereka ada jual. Pada pendapat saya, sekiranya puan sekadar nak daunnya, elok puan belikan sebiji avocado dari supermarket, makan isinya dan bijinya disemai, dalam masa sebulan, benih akan tumbuh dan jika dijaga dengan betul, barangkali dalam masa enam bulan dah boleh dapat daun yang dewasa.

Weekend Farmer berkata...

Salam sejahtera Tuan tanpa nama,

Ribuan terima kasih atas galakan tuan. Sekarang saya dah bertukar ke tempat lain, dah tak dapat melakukan pemerhatian terhadap pokok avocado dah. Bagi saya, pengalaman melakukan pemerhatian memang amat menyeronokkan dan menambahkan pemahaman kita terhadap sesuatu bidang.

Unknown berkata...

Info yg sy dpt pokok ni xbleh tut

Weekend Farmer berkata...

Salam sejahteram, Tuan Alif Idris,

Kebanyakan infor kalau dari internet memang tidak akan menyebut tentang tut acovado memandangkan cara ini memang susah sangat untuk mengakarkan avocado dan bagi saya adalah tidak ekonomi sekiranya ingin melakukan penanaman avocado secara besar-besaran seperti yang berlaku di luar negara. Rasanya saya amat bernasib baik kerana dapat mengakarkan 1 batang dahan avocado daripada banyak kali percubaan yang dibuat. Tuan boleh rujuk ke web site ini untuk makluman lanjut mengenai avocado dan cara pembiakan avocado di https://www.hort.purdue.edu/newcrop/morton/avocado_ars.html. Ribuan terima kasih kerana berkongsi pendapat.

Unknown berkata...

Salam..sy ada beli anak pokok avocado...tinggi lebih kurang 4 kaki..ingt nk tanam tepi rumah...makan space byk ke utk berbuah? Lama ke nk
makan hasil? 2, 3 tahun x berbuah lg ke?

Weekend Farmer berkata...

Salam sejahtera, tuan,

Sekiranya pokok yang dibeli merupakan pokok yang digraftkan, barangkali tuan akan dapat merasa hasilnya lebih awal, samada ia akan berbuahkan hasil dalam masa 2-3 tahun saya kurang pasti. Untuk yang ditanam daripada yang biji seperti pokok yang saya tanam itu, ia mengambil masa 6 tahun baru belajar berbunga bagi salah satu pokok, satu lagi pokok sehingga ia ditebang orang pada bulan September 2016 ini pun belum berbunga lagi. Keluasan pokok yang saya tanam itu lebih kurang dalam lingkungan diameter 8 - 10 kaki, tinggi lebih kurang dalam 2 tingkat. Harap tuan mendapat infor yang diingini. Ribuan terima kasih kerana melawat ke blog saya.

Unknown berkata...

Salam Tuan,

Tahniah! Bukan senang nak cari pokok avocado di semenanjung. Saya pun sudah mula mencuba menyemai biji-biji benih avocado. Cuma satu dari species avocado indonesia (kulit licin - agak cepat membesar) dan satu dari avocado hass (kulit berkerutu). Saya nak tengok species mana yg bagus sistem akarnya. Nanti saya share perkembangannya.

Pokok avocado Tuan ni dari species yg mana? Kalau di Melaka, boleh saya minta (atau beli) tunas pucuk dari avocado Tuan. Saya bercadang nak buat grafting keatas anak-anak pokok avocado saya nanti. InsyaAllah, cepat sikit dapat hasilnya nanti.

Weekend Farmer berkata...

Terima kasih, En Sufian,

Tuan boleh ambil sahaja tunas tersebut apabila saya ke Melaka lagi pada bulan oktober, tuan terlambat sedikit, hari ini baru sahaja balik dari Melaka, kalau tak, bolehlah pergi ambilkan. Dan harap-harap pokok itu tidak ditebang oleh kakitangan pejabat lama saya memandangkan saya tanam di belakang kuarters. Saya kurang pasti daripada variati mana, rasanya hass, dulu tidak terfikir untuk labelkan pokok, itu yang menjadi masalah. Saya ada 2 pokok, kalau tak silap satu variati dari Sabah dan satu biji benih tu saya bawa balik daripada Australia (hass). Satu pokok telah pun ditebang ketika saya ke kuarters lama saya ketika Raya Haji. Tuan boleh tinggalkan no contact atau email untuk senang dihubungi sekiranya saya dah ambilkan pucuk tunas pokok tersebut.

Unknown berkata...

Nombor saya 0193834757. Nanti bila tuan bercadang nak pergi ke melaka, beritahu saya. Saya pun nak tengok pokok avocado hasil tanaman tuan tu.

Terima kasih

mimienaz berkata...

salam..saya bercadang nak tanam ke dalam tanah pokok avocado saya..selepas dsemai melalui kaedah biji nya..variety apa..saya pun x labelkan jgak..hihi..
cuma saya ada tgok video dngara barat..dorg prun kan pkok tu..spaya rendang..dan saya pun telah buat mcm tu kat pokok saya..mjur panjang umur..hihi..so far saya just tanam dalam pasu melalui kaedah hidroponik(hidroponik tegar)hehe..tinggi pokok saya dlm 3kaki kut..saya rasa macam pokok ni agak kpanasan untuk tinggal dngara kita x..tu psl pkok tuan ssah nak lekat buah..tp 6 tahunnn..lama nyerrrr..

Weekend Farmer berkata...

Salam sejahtera, Tuan, kalau tanam dari biji, memang kena banyak bersabar saje. Hahaha... Moga tuan punya pokok membuahkan hasil dalam masa yang lagi singkat.😁

Weekend Farmer berkata...

Salam sejahtera, Tuan, kalau tanam dari biji, memang kena banyak bersabar saje. Hahaha... Moga tuan punya pokok membuahkan hasil dalam masa yang lagi singkat.😁

Hj.Shah berkata...

Pasar Batu 3 Kuching tu apa landmark dia ye??

Weekend Farmer berkata...

Pasar batu 3 terletak di batu 3, persimpangan hendak ke batu kawa dan menghala ke bandar kuching, berdekatan dengan seventh day aventist church atau sekolah sunny hill. Jualan adalah di tepi pasar awam. Di jual oleh penjaja di tepi pasar tersebut.

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum tuan,
Mujur saya jumpa blog tuan, dapatlah saya bertanya pengalaman dan pendapat mengenai penanaman pokok avokado yang telah saya mulakan sejak bulan Mei tahun lepas. Untuk pengetahuan tuan, saya mula menyemai biji avokado jenis Hass yang saya beli dari pasaraya. Disebabkan banyak khasiat dan harganya yang agak mahal, saya mengambil keputusan untuk melakukan semaian biji avokado. Setelah 5 bulan disemai, saya pindahkan ke atas tanah gambut untuk proses pertumbuhan seterusnya. Walau bagaimanapun, setelah 3 bulan berada di atas tanah, daun mula mengering dan gugur. Beberapa minggu kemudian, batang pula menjadi kehitaman dan mengering. Adakah ini disebabkan penggunaan tanah yang tidak sesuai atau faktor cuaca yang panas di pulau pinang? saya mohon bantuan dan pengalaman tuan untuk berikan sedikit nasihat. Sekarang saya masih ada 5 pokok yang direndam di dalam air. Ketinggian sekarang mencecah 15-20 cm dan saya simpan di dalam rumah. Saya merasa was-was untuk memindahkan pokok2 ni ke atas tanah, takut kesemuanya akan mengering dan mati. Harap tuan dapat tolong.
Sekian, terima kasih.
Haikal (Pulau Pinang)

Weekend Farmer berkata...

Salam sejahtera, Tuan Haikal,

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog saya. Saya cuba menjawab apa yang saya rasa saya tahu (tak semestinya betul sebab bukannya pakar bidang ni pun) dan oleh sebab saya tidak berada di tempat kejadian, maka, saya cuba membuat andaian atau kemungkinan yang saya fikir mungkin berlaku sekiranya pokok tersebut tidak diserang penyakit, iaitu tanah gambut yang tuan maksudkan itu berkeadaan terlampau lembap sehingga menyebabkan akarnya mereput perlahan-lahan apabila lama terkena air, kalau dalam kes ini, mungkin tuan boleh buatkan saliran ataupun sediakan batas yang tinggi sedikit untuk menanam pokok tersebut. Kalau panas layu, sepatutnya pokok akan segar balik pada awal pagi apabila kelembapan adalah tinggi. Berdasarkan pengalaman saya menanam pokok avokado di Melaka yang panasnya pun boleh tahan juga dengan kawasan ditanam adalah kira di atas kawasan bukit yang telah diratakan, saya tak pernah perasan pokok avokado tersebut layu pada peringkat awal pokok ditanam. Jadi, pada pendapat saya tuan boleh cuba untuk membuatkan batas untuk cuba menanam satu pokok lagi sementara pokok lain disemai dalam polibag yang besar. Dulu saya pun semai dalam polibag besar sehingga pokok betul betul dah tumbuh sebelum ditanam atas tanah. Sekiranya tanah tersebut masih tidak mempunyai saliran, dicadangkan untuk menggali saliran bagi menngalir keluar air yang biasa bertakung dalam tanah gambut tersebut. Sekadar pendapat saya, harap dapat memberi sedikit idea kepada tuan dan harap tuan dapat menyelesaikan masalah ini.

Tanpa Nama berkata...

Salam sejahtera,
Terima kasih atas nasihat dan bantuan tuan. Saya akan cuba ubah 4 lagi anak pokok yang ada ini ke dalam polibag. Mungkin apa yang tuan nyatakan itu benar, saya sebenarnya selalu sangat menyiram pokok-pokok tersebut setelah ia dipindahkan. Mungkin disebabkan tanah yang terlalu lembap, maka kesemuanya mati. Sekali lagi, terima kasih tuan. Saya akan update mengenai keadaan pokok-pokok ini kepada tuan nanti selepas ini.
Haikal(PP)

Weekend Farmer berkata...

Sama-sama Tuan, semoga pokok avocado yang lain akan tumbuh dengan sihat dan membuahkan hasil pada masa akan datang.

kim berkata...

As salam tuan saya ada tnm biji avocado hidup ada beberapa pkk cuma kecil sja. blh kah tnm dlm pasu. ada tak benih tut avocado dan berapa harga dia.
buah avocado ni byk khasiat dia sedap di mkn blh mkn sja mcm tu.
terima kasih tuan sudi shrare.

Weekend Farmer berkata...

Salam sejahtera, tuan kim,
Bagi pendapat saya, pada peringkat awal, memang boleh tanam dalam pasu, cuma bila pokok tersebut makin membesar, saya tak pasti sama ada pasu boleh menampung keperluan pokok atau tidak. Dan untuk benih tut, pokok ini memang susah sangat nak ditutkan hidup, yang saya buat pun hanya sekali saja berjaya berakar. Jadi, memang tiada stok benih tut yang boleh dijualkan. Terima kasih tuan kerana sudi melawat ke blog saya.

Iman Husni berkata...

Assalamualaikum. Saya baru terbaca blof ni. Saya tdk sangka ramai yg nak tahu ttg pokok avocado ni. Di rumah saya mmg ada banyak pokok avocado. Dan mudah hidup. Ada dua pokok telah ditebang tahun lepas kerana pembinaan rumah. Sudah byk kali berbuah. Dan pokok avocado ni sebenarnya boleh ditanam dlm pasu. Mmg kena byk bersabar. Kami juga telah menanam daru hasil biji. Mungkin disebabkan tanah di sini merupakan tanah sungai dimana byk mata air, pokok avocado sangat sesuai. Dan dua bulan lepas saya ada cuba menyemai biji avocado dan alhamdulillah sudah tumbuh. Drp hasil kajian saya melalui google, saya, biji avocado ditanam selepas dia mengeluarkan akar dan tunas kemudian dialih ke polibag.

Hanep berkata...

Assalamualaikum saya juga seorang pgemar pokokk buah ni. Skg ade ditanam guna biji dan dh stinggi peha ..dan skg ade buat taji guna dahang yg dh bbuah ambil dr umah sblah opis di kg laloh kuala krai . . Dirumah dia byk anak n poko yg besar dn skg bbunga. Selalu jg makn buah dr pokok dia. . Skg mcuba utk tanam kt umah sdri. Tadi baru selesai buat cantuman...serta pokok mangga ...

Weekend Farmer berkata...

Salam sejahtera Tuan Iman Husni,
Saya memang peminat avocado, cuma sekarang dah duduk kat bandar, dah tidak boleh main tanam tanam pokok besar ni dah. Saya memang ada planning nak tanam dalam polibag besar, sekarang benih masih dalam polibag kecil. Terima kasih kerana melawat blog saya.

Weekend Farmer berkata...

Salam sejahtera tuan Ogoku85,
Seronok dengan boleh makan buah avocado percuma. Harap cantuman tuan berjaya dan membuahkan hasil. Terima kasih kerana melawat blog saya.

Intan Syuhada berkata...

Assalamualaikum tuan,

Dalam posting ni ada tuan bagitahu harga avocado rm12/kg. Di mana boleh saya dapatkan avocado dalam 5kg macam tu ye? Nak beli untuk kegunaan keluarga. DI pasaraya boleh tahan mahal jugak untuk harga sebiji.

Hanep berkata...

Sama2 tuan... nmpk gayanye byk2 cantuman 1 ja yg bjya 😬 ini krna masa cntumn pokok iduk sedang bbunga... ssh nk jmpa yg ade pucuk. Yg tut semua ssah tumbuh akar... tu cubaan utk dahan y tua..lpas ni mahu cuba dahan yg muda n kecik..

Weekend Farmer berkata...

Taniah, tuan , paling kurang satu cantuman dah jadi, saya biasa buat cantuman memang yang tak jadi banyak daripada yand jadi. Untuk yang tut, yang menjadi tu adalah saya hanya buangkan separuh daripada kulit dan mengambil masa pun lama juga sebelum bahagian yang dibuang kulit membengkak dan akhirnya mengeluarkan akar. Selamat mencuba, tuan.

Weekend Farmer berkata...

Puan Intan Syahuda

Saya beli dekat pasar Sg Maong batu tiga Kuching Sarawak, kalau Pn berpeluang ke sana, bolehlah cuba nasib untuk mencari sekiranya tengah musim. Terima kasih kerana melawat ke blog sama.

Unknown berkata...

Ogoku85,
Saya akan ke Kota Bharu sebentar lagi, pokok avocado yang di tanam di kg laloh, krai tu sebelah mana dekat masjid atau kedai laloh ? Mohon pencerahan kerana saya sedang mencuba menanam avocado, ada sepohon dari anak biji dah setinggi 2 meter.Saya ada terserempak buah avocado di jual kat pasar Ahad Raub, Pahang dan Cina tua yang jual.

Hanep berkata...

Maaf baru tbuka email...
pokok tu sbalah SPK laloh jpj ...n tmpat checkin balak. Pokok dia dpan pintu jpj timbang tu... dah bbuah n dah punggut..skg ade buah kecik dh. .. Pokok tu ditanam mcam biasa saja.. yg penting cukup air n chya n baja . Dulu sya ada 3 pokok n skg tggal 2 ...1 lagi mati sbb tak menjadi sya kahwinkan.. dh skg tgah semai biji pula. Whsap ja sya 0165880885

Deasy berkata...

Sy sudah banyak pokok advocado dari biji yg sy bawa dari bandung, bogor, sumatera barat, alhamdulillah semua sy tanam dalam pasu dan semua menjadi, 3 bln lepas sy coba2 potong pucuk sepanjang 25 cm, kemudian sy buang beberapa daunnya dan kemudian sy cucukkan dahannya dan sy tinggal pergi ke dubai dan minggu lepas pucuk yg sy jadikan uji coba ternyata berhasil, sekarang batang itu sudah mempunyai 5 lembar daun baru, 2 hari lepas sy uji coba lagi potong batang sepanjang 60 cm dan sy jadikan 3 potongan batang dan sy cucukkan kepasu sedia ada, harap2 berhasil seperti 2 bln lepas,
Sekarang sy juga mencoba tanam dalam pasu biji al pukat dari jenis negara kenya dan mexico, Inshaa Allah berhasil

Tanpa Nama berkata...

Johor baru di mana tuan....

Unknown berkata...

Asalamualaikum..saya nordin dari pokok sena. Kedah.
Saya ada tanam avacado dlm pasu. 4 tahun. Tapi tak nampak pun nak berbunga .benih dari biji. Kalau tuan ada pokok dari ibu pokok yg telah brrbuah. Saya berhajat nak beli. Wasap saya 0125855552.

Unknown berkata...

Wah...ramai yg share pengalaman. Saya dah lama tak check blog tuan weekend farmer ni. Last saya communicate dgn tuan weekend farmer ni, rasanya dah lebih setahun.

Dalam masa setahun ni, saya juga ada beberapa pemerhatian dan juga apa yg saya belajar dari Prof Gugel dll...
1. Saya guna biji avocado dari Indonesia sebagai pokok asas utk cantum pucuk kemudian hari. Anak avocado dari Indonesia lebih cepat membesar dan bagus utk grafting. Guna biji Hass....anak dia lambat nak besar dan cantuman senang mati (pengalaman)
2. Kalau tanam pokok avocado dari biji, kalau benih tu hidup, belum tentu jenis pokok itu...kalau biji hass, belum tentu pokok yg tumbuh itu hass (pengalaman).
3. Pokok yg tumbuh dari biji mungkin berbuah selepas 6 -7 tahun atau mungkin tak berbuah langsung walaupun pokok dia dah besar (Prof Gugel).

Dalam masa setahun dua ni, saya belajar bagaimana nak buat cantuman (grafting) dan cari pucuk utk cantuman. Saya dah berjaya bikin anak benih graft :
1. Hass (pucuk dari pokok yg sudah berbuah di Indonesia)
2. Hawaiian Marcus (atau di Indonesia dipanggil Kendil (pucuk dari pokok yg sudah berbuah di Indonesia)
3. Wertz atau dipanggil Little Cado - sesuai tanam dalam pasu besar (pucuk saya dapat dari Indonesia, tetapi pokok induknya dari Australia)
4.Shepard (pucuk dari Indonesia, tetapi pokok induknya dari Australia). Buah banyak dijual di Australia, selepas Hass.
5. Fuerte (pucuk dari Indonesia, tapi pokok induknya dari Australia). Buah banyak dijual di Australia dan Fuerte ni dijadikan partner pendebungaan bunya pokok Hass
6. Gem Hass - antara jenis avocado terbaru. Banyak ditanam di Afrika Selatan dan Prof Gugel kata bakal menggantikan Hass kerana beberapa sifat2 buahnya (pucuk dari Malaysia dgn pokok induk di Vietnam yg sudah berbuah). Pokoknya kecil berbanding dgn pokok avocado hass, kendil, dll
7. Jenis Seedless (sejenis avocado yg "cacat" lalu mengeluarkan buah dgn bijinya kecil atau tiada biji langsung...macam "mutant" avocado :-)...(pucuk dari Vietnam)

Kalau ada yg berminat utk beli anak2 avocado, boleh je whatsapp saya 0193834757

Jamil berkata...

Saya,, ada menanam pokok avocado dalam 50pokok,,semua nya hidup n tumbuh subur,,, ada benih sya bwa dr Uganda, Medan, Bkt tinggi, Padang,,,

Weekend Farmer berkata...

Ribuan terima kasih kepada tuan- tuan yang sudi melawat ke blog saya yang semakin tidak aktif ini, terima kasih kerana sudi berkongsi pengalaman masing - masing mengenai pokok ini, harap-harap pokok yang bermanfaat ini dapat dikembangkan lagi di negara kita. Sekadar untuk makluman semua, pokok avocado yang saya tanam dan dah berbunga tu dah tumbang akibat kerja tanah di tempat kerja lama saya.

Kepada tuan Deasy,
Tahniah dan terima kasih kerana berkongsi kaedah semai pokok avocado menggunakan keratan, rupakan boleh berakar juga keratannya, menyesal tidak ambil keratan pokok saya dan cucuk untuk cuba.

Kepada tuan tanpa nama,
Saya sekarang duduk JB area persiaran tanjung. Memang tiada tanah untuk bercucuk tanam. Hahaha

Kepada tuan Unknown,
Cuba tuan deal dengan tuan Sofian Mohamed, rasanya macam-macam varieti tuan Sofian ada dalam koleksi beliau.

Kepada Tuan Sofian Mohamad,
Tahniah tuan kerana mempunyai macam-macam varieti dan telah memahiri teknik grafting. Semoga pokok-pokok tersebut dapat membuahkan hasil di Malalysia. Tuan bukalah nursery untuk jual pokok avocado, saya rasa memang akan mendapat sambutan hangat.

Kepada Tuan Jamil ,
Terima kasih kerana berkongsi pengalaman dan varieti pokok avocado dari koleksi tuan, moga-moga semua menghasilkan buah.

Idin berkata...

Saya ada menanam avocado sebanyak 10 pokok. Kemudiannya membuat cantuman baji dari pokok yang sudah mengeluarkan hasil.
Yang menarik perhatian saya iaitu pokok avocado ini berbunga dan berbuah sepanjang tahun. Tak ada rehat. Maksudnya sentiasa berbunga, berbuah dan menjadikan ia satu perniagaan yang baik.
Saya tidak tahu dari jenis apa.. buahnya bujur telur. Berat anggaran 300gram.
Ianya mula mengeluarkan buah seawal 2 tahun setelah dipindahkan ke kebun.
Daripada 10 pokok 7 pokok mula menampakkan hasil serentak dalam tempoh 3 bulan.
Nampaknya walau tanam serentak, hasilnya takkan sama. Bagi yang berminat buat penyelidikan, silakan hubungi di talian 0128058343

Weekend Farmer berkata...

Wau,memang hebat tuan Idin, terbaik. Tentang varieti avocado saya pun tak arif tetapi bagi saya, tak kisah variati apa pada peringkat sekarang, yang penting boleh membuahkan hasil. Harap harap lepas ini harga avocado di pasaran akan menjadi murah dan senang untuk dibeli.

Broery berkata...

Saya baru saja memindahkan 5 anak benih Avocado yang saya semai dari biji yang saya bawa pulang dari negara Laos. Mulanya saya semai di polibag selama setahun lebih kurang sebelum pindahkan ke tanah. Buahnya jenis bulat dan besar. Saya tak pasti dari jenis yang mana. Setakat ini lebih kurang 2 bulan sudah, pokok2 ini kelihatannya subur dan mengeluarkan pucuk2 dan dahan baru. Saya berikan baja organik setiap 2 minggu dan siram air setiap hari. Alhamdulillah... semoga umur panjang dapat melihat pokok2 ini berbuah 6@7 tahun lagi..,

nur izan ismail berkata...

Saya ada sepohon pokok avocado yg saya tanam dalam pasu dari anak pokok avocado yg tumbuh dari akarnya sejak 3 tahun yg lalu. Sekarang ketinggian mencapai 4 kaki. Pokok elok hidup subur. Dalam penantian utk berbunga... Entah bila....

nur izan ismail berkata...

Anak benih ini saya ambil dari kebun kawan yg terletak di Bukit Kangkar, Muar, Johor

Weekend Farmer berkata...

Tuan Broery,
Semoga tuan dikurniakan kesihatan, keceriaan dan umur yang panjang. Moga agar pokok avocado tuan cepat berbunga dibawah jagaan rapi tuan. :)

Weekend Farmer berkata...

Tuan Nur Izan Ismail,

Kalau pokok sudah 3 tahun, rasanya tambah lagi sikit masa mesti akan berbunga. Saya pun tunggu lama juga sebelum pokok saya berbunga, tetapi tidak sempat nak merasa hasilnya sebab hasil tak menjadi-jadi. Terima kasih kerana melawat ke blog saya. :)

Fadzil berkata...

Tuan Broergy, menjadi ka buah avokado tu? Rasa mcm nk tanam pula pokok ni..

Weekend Farmer berkata...

Tuan Faszil,

Untuk makluman tuan, pokok saya tu sampai tumbangn akibat ribut pun saya tidak sempat nak rasa buahnya. Tetapi memang ada orang yang menanam dan menjadi, cuma kena bersabar dan menunggu lama bagi pokok yang disemai dari biji benih. Kalau nak cepat rasa buahnya, adalah disyorkan supaya beli benih yang telah dikahwinkan atau yang telah digrafkan dengan pokok yang telah berbuah.
Terima kasih tuan kerana melawat ke blog saya.

Deasy berkata...

Sy sudah berhasil semai dari biji, dan sy juga berhasil kaedah graffting avocado Lam Hass, pucuk sy beli dari indonesia dan sy juga mempunyai hasil graffting pokok avocado munthu, avocado munthu ini hanya ada 1 pokok di depok Indonesia, karena sudah terlalu banyak benih avocado yg berhasil sy semai dari biji, bila ada yg berminat sila hub ; 011-62820582, 010-801789, 03-89595152, bandar 16 sierra south puchong, selangor

io..one and only berkata...

adesss...byk plk variati ...saya pon ada 2pokok .asalnya org yg nak x jd ambik..saya x smpai hati kesian org yg bg mcm sedih bila x jd ambik.ktinggian lbih kurang 2hasta. sbb x pndai sgt dlm penjagaan ank pokok ni...skadar bila rajin bubuh baja tinja arnab n jika perlu siram.tp mmbsar bagai johan jerk...dh pnh petik pucuk utk bg bercabang tp bila naik pucuk baru tetap lurus mninggi juge.tp xpe lah jika smpai msanya nnti alihkan ke tnh .jika x bbuah pon xpe bole buah peneduh laman.jika brbuah syukur dgn rezekinya.sbb bila baca jika tnm dr biji makn masa 6/7 thn lama tuuu...

Elys berkata...

Saya ada menanam avocado drpd biji. Biji tu saya ambil dari filipina. Hanya sepokok sahaja yg hidup dan sekarang ni dah setinggi 2 tingkat. Pokok dah berbunga 3 kali. kali pertama hannya sebiji yang menjadi buah sehingga saiz pemumbuk kemudian gugur. kali kedua pun camtu juga. kali ketiga takda satu pun yang menjadi. kenapa agaknya? Adakah perlu lebih dari 1 pokok agar ada pendebungaan? Adakah baja tak cukup/sesuai? Harap dapat info. TQVM in advance kpd yg respon

gman berkata...

saya ada tanam dari biji jugak..ada dlm 20 pokok yg hidup..sesapa berminat nk beli boleh wasap saya nnt sy bagi gambar 011 16332320 tq

Unknown berkata...

saya ada tnam pokok avokado dlm 10 pokok..semuanya dari biji..klu x silap sy tnam dlm sept 2016.1 pokok ni tgh berbunga skg,thun lepas dia brbunga ckit tapi yg jadinya 4 biji sja..alhamdulillah,kesemua pokok avokado sy ni tumbuh cntik dan makin meninggi..rasanya pokok ni ikut kesesuaian tanah dan cuaca jga.sy tnam bbrpa pokok dkt tnah agak keras,berbatu dan tnah hitam brpasir..dkt tnah hitam brpasir tu dia tumbuh lg cntik dan cepat..

Unknown berkata...

Saya baru Saja tanam Dari Biji..alhamdulillah....sedang Nak hid up..lama juga Nak keluar tunasnya

Weekend Farmer berkata...

Avocado Kalau semai dari biji memang akan mengambil masa lebih kurang 1bulan baru akan bercambah.

nur izan ismail berkata...

Apakah baja yg paling sesuai untuk pokoknavocado berbunga

Weekend Farmer berkata...

Tuan Izan,

Untuk makluman, sepanjang saya menanam pokok avocado saya, saya hanya menggunakan baja tahi ayam sebab itu merupakan sumber percuma terus dari ladang. Jadi saya kurang pasti apa baja komersil yang sesuai sebab tidak pernah guna.

Unknown berkata...

As salam, sy ada sepohon avocado rasanya umur dh lbih dr 5 tahun...pokok nya amat subur ,dh taruk baja buah tp tak juga nampak hasil...boleh tau mcm mna cara pembajaan pokok tuan..

Tedin berkata...

Tuan Weekend Farmer. Saya ingin berkongsi pandangan sikit. En Deasy memberitahu bahawa keratan yang ditanam sudah berpucuk baru.. pengalaman saya dan kawan2 begitu jugak akan tetapi ia tidak bermaksud sudah berakar juga. Keratan memang boleh tumbuh lembar daun baru tetapi masih tidak berakar dan akan kering dan mati kemudiannya.

Zura berkata...

Salam Tuan,

Sy baru nk berjinak dgn tanam tanaman. Saya baru lepas tanam avocado dlm pasu depan rumah. mksdnya lagi setahun lah ye nak berbuah.

Tapi apa apa pun, sy terhibur dengan posting cik.

Terima kasih atas perkongsian yg menarik ;)

Al walid berkata...

Boleh tut tuan cima susah nk berakar @ lmbt. Sy dh tut & berhasil

Al walid berkata...

Slm tuan. Sy dr mlka. Blh sy tau pokok avoc tuan dr jns apa & tuan mlka dimn?.

2, blh sy beli entres dr tuan kiranya. Tqvm

@ tuan blh direct wasap sy
0129117208.

Unknown berkata...

Assalam...saya mula menanam pokok avokado sejak PKP 2020... Tanam drpd biji sahaja.
Sekarang pokok dah membesar lbh kurg 2 kaki tinggi.
Sebelum ni prnh terus tanam di tanah yp tak menjadi.
Thn lepas try rendam biji dia.
Mmg teruja bila nmpk akar mula tumbuh.
Ada juga terbaca, kna tunggu 12 thn baru berbuah?

Weekend Farmer berkata...

Salam sejahtera, Tuan
Pokok yang saya tanam berbuah dalam tempoh 6 tahun, namun buah tidak lekat. Kalau tuan nak cepat merasa buah dari pokok sendiri, cadangan saya adalah dapatkan benih yang telah digrafkan. Tempoh matang pokok mungkin boleh dipendekkan sekiranya semua syarat dipenuhi, kalau tanam dari biji, memang memerlukan tempoh masa yang agak panjang sebelum pokok menjadi matang dan berbunga.

Weekend Farmer berkata...

Tuan Zura,

Pokok avokado biasa akan ambil masa lama untuk berbuah sekiranya tanam dari biji dan merupakan pokok yang besar, mungkin tuan perlu pertimbang untuk alihkan pokok tu ke tanah bila dah besar sikit.

Weekend Farmer berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Weekend Farmer berkata...

Tuan Tedin,

Salam sejahtera, saya pun setuju dengan pandangan Tuan berpucuk tak semestinya berakar. Mungkin kena tunggu En Deasy untuk memaklumkan penemuan terkini beliau tentang keratan yang disemai tu.

Weekend Farmer berkata...

Tuan Al Walid

Terima kasih atas minat, untuk makluman, pokok avocado tersebut ditanam dari buah avocado yang dibeli dan saya pun tak pasti variati apa dan pokok avocado tersebut telah tumbang apabila kerja pembinaan saluran paip kumbahan dijalankan di kuarters yang saya duduk suatu ketika dulu.

Nur haura afeeya berkata...

Salam

Tanpa Nama berkata...

Assalam. Bolehkah dahan pokok avocado dicantas. Saya tanam ditepi rumah dan tumbuh membesar. Hendak dicantas bagi mengelakkan pokok dari terus meninggi. Terima kasih atas bimbingan

Weekend Farmer berkata...

Salam sejahtera, pada pendapat saya, boleh dicantas untuk melatih pokok supaya mengikut rupa bentuk yang dikehendaki.

Tanpa Nama berkata...

Hari ni 18hb Mac 2023... baru perasan pokok avocado yang saya tanam kira2 5 tahun yang lalu mula berbunga. Daripada 5 pokok, hanya 1 pokok saja yang keluarkan bunga. Harap sihat dan dapat merasa buahnya setelah lama menanti...

Tanpa Nama berkata...

Assalamu'alaikum. Sy tanam 5 pokok dr biji tapi hanya satu yg hidup..kwn sy ada bbrape pokok Avocado berbuah lebat, masalahnya tak tahu bila boleh petik buahnya.. kdg tak masak, kdg² isi disekeliling buah berwarna kehitaman..apa ciri² buah yg sudah boleh dipetik? Mohon jawapan dr sahabat² yg arif. Terima kasih.