Sabtu, 20 Disember 2014

PEMERHATIAN MENGENAI PENYEMAIAN KERATAN FIG

Saya telah membeli keratan fig dan menyemai keratan fig sejak mula berminat dengan fig dan mula membeli keratan fig dari internet pada 2 bulan lepas.  Daripada pemerhatian terhadap penyemaian keratan yang saya beli, saya dapati bahawa :


  1. Keratan adalah amat sensitif terhadap kelembapan tanah, terlampau basah, keratan akan lemas dan layu.  Akar-akar akan menukar warna daripada akar muda warna putih kepada akar berwarna hitam dan seterusnya terurai.  
  2. Kalau terlampau kering, panas dan terkena aliran angin yang kuat, tunas baru akan layu dan sekiranya keadaan teruk sangat, keratan akan layu, gugur daun, tunas menjadi kering dan mati.
  3. Sekiranya air tidak cukup, daun baru akan gugur walaupun daun kelihatan sihat dan hijau.
  4. Pertumbuhan tunas adalah amat lambat, kena ambil masa lebih kurang 1 bulan baru tunas baru akan muncul.
  5. Pertumbuhan tunas dan daun baru tidak bermaksud akar telahpun tumbuh.  Hasil daripada gali dan tanam semula keratan saya telah menunjukkan walaupun dah berdaun, namun, masih terdapat keratan yang tidak berakar, kalau adapun 1-2 akar kecil sahaja.  
  6. Keratan adalah amat sensitif kepada keadaan sekeliling, kena semai di kawasan yang kurang kena angin, dengan pengudaraan yang baik, air yang disiram dikawal supaya tanah tidak terlampau basah.
  7. Keratan fig adalah amat berbeza daripada keratan pokok lain yang biasa kita cucuk, jirus air dan dibiarkan hidup.
Keratan berdaun adalah keratan yang disemai 11/11/14, masih tiada akar lagi pada 13/12/14.  Keratan yang di depan sekali merupakan keratan yang telah layu kering akibat cuaca panas.

Keratan disemai pada 11/11/14 telah layu terkena angin kuat dan keadaan kering panas.  Daun telah layu dan gugur.

Keratan disemai pada 11/11/12 yang telah dipindahkan ke polibag besar, hanya 2 batang akar kecil ditemui ketika memindahkannya ke polibag besar ini pada 13/12/14.


Tiada ulasan: