Jumaat, 28 November 2014

FIG MANIA

Buah fig atau lebih dikenali sebagai buah tin atau buah ara di kalangan rakyat Malaysia merupakan sejenis pokok buah yang telah lama ditanam oleh manusia.  Saya telah berpeluang untuk merasai buah tersebut ketitka berkursus di Mesir.  Bijinya telah dibawa balik dan disemai namun tidak dapat hidup.  Saya telah membiarkan saje sehingga kebelakangan ini, apabila saya melawat ke Floria 2014 (Pesta bunga Putrajaya) saya telah dapati bahawa pokok tin ini mempunyai nilai jualan yang tinggi.  Ini telah menyebabkan minat terhadap buah ini meningkat.  Daripada itu, saya telah pun membuatkan kaji selidik dari internet mengenai pasarannya dan dapati memang amang berpotensi di Malaysia dan masa sekarang tak ramai yang menjualya di Malaysia.

Pokok fig ini boleh ditanam dengan menggunakan keratan dan adalah tidak dicadangkan untuk menanamnya menggunakan biji benih.  Dikatakan hasil tanaman daripada biji benih kualitinya adalah tidak konsisten dan kemungkinan besar tidak sama dengan induknya kecuali kita ini bertujuan untuk membangunkan variati baru.  Pokok tin ini merupakan species pokok yang mempunyai beratus-ratus/ beribu-ribu variati dalam dunia ini dan pelbagai nama untuk variati yang sama.  Ini kadang -kadang memang mengelirukan.

Memandangkan nilainya amat tinggi, saya telah mencuba nasib dengan membelinya dari ebay dengan harapan keratan sampai dengan selamat ke tangan saya. 

Pembelian pertama saya adalah merupakan variati Dottato. 2 keratan - selamat sampai dan telah disemai, hidup seketika sebelum terlebih air dan 1 keratan telah terus tak tumbuh-tumbuh, 1 lagi sekarang tinggal nyawa-nyawa ikan.

Pembelian kedua merupakan variati Petrovacha,  semua telah disemai dan telah pun mengeluarkan pucuk baru.

Pembelian ketiga, Dwarf honey fig small starter plant dengan akar, telah ditanam dan tumbuh dengan baik.

Pembelian keempat Panache Tiger fig, baru disemai.

Pembelian kelima, Turkish green fig, masih dalam perjalanan.


Bagi sesiapa yang ingin nak dapatkan pokok fig dengan cepat tanpa melalui proses menunggu keratan dipos, menyemai dan membesar, boleh beli terus dengan penjual-penjual fig tempatan yang telahpun menyemai atau tutkan pokok mereka.  Bila keratan dah siap berakar , confirm hidup dan tak payahlah pening-pening macam saya.
  
Dan setelah lebih kurang 6 bulan menyemai pokok fig ini dengan ratus-ratus ringgit dibelanjakan, saya hanya berjaya menghidupkan dua anak pokok fig Goutter d'or.  Yang lain semua telah hangus , so, kalau dah dibahagikan nilai wang yang dibeli keratan dengan harga pokok fig, saya rasa saya dah dapat paling kurang 8 variati yang pasti hidup dah...yang ini untuk kalian chongak chogak mana yang berbaloi, cuma bila semai keratan , saya ni menikmati proses yang menguji kesabaran dan kepuasan ketika keratan tu mengeluarkan akar.  Apa yang  saya belajar adalah sekiranya nak beli keratan, jangan semai habis sekaligus, simpanlah sikit dalam chiller peti ais sebagai stok spare, sekiranya apa yang disemai tidak hidup, ada lagi stok untuk dicubakan lagi. (14/4/15)

Satu perkara lagi, nak ia berakar memang senang, proses pertumbuhan selepas berakar tu yang biasanya membunuh keratan yang baru tumbuh akibat kelembapan tanah yang terlampau tinggi akibat tangan gatal saya yang takut tanahnya kering, tambah terlebih air akan menyebabkan akarnya reput dan keratan pun layu dan mati.  (18/5/15)

Tiada ulasan: