Khamis, 24 Mac 2016

PERCUBAAN UNTUK MELAKUKAN TEKNIK "APROACH GRAFTING" PADA POKOK MANGGA

Aproach graft merupakan salah satu teknik cantuman yang mempunyai kadar kejayaan yang tinggi.  Teknik aproach graft terus mencantumkan pokok penanti kepada dahan pokok induk yang dikehendaki.  Sepanjang masa cantuman dilakukan, pokok induk masih membekalkan segala nutrien kepada dahan yang dicantumkan kepada pokok penanti.  Apabila cantuman telah menjadi kuat, baru dahan tersebut akan dipisahkan daripada pokok induk dan pucuk pokok penanti akan dibuang untuk menggalakkan pertumbuhan dahan yang telah dicantumkan.

Bagi saya, ini merupakan teknik yang paling senang digunakan bagi newbie untuk melakukan cantuman pokok tanpa merasa kecewa terhadap cantuman yang tidak dapat hidup.

Saya telah melakukan aproach graft kepada pokok mangga yang saya tanam seperti gambar dibawah.



Pokok induk telah dicantumkan kepada pokok penanti dalam polibag dan dibiarkan sehingga cantuman menjadi kuat.  

Kemungkinan besar minggu depan saua akan memisahkan cantuman dengan pokok induk memandangkan tempoh cantuman telah mendekati sebulan.

Update 11/4/2016
Pokok yang dibuat percubaan telah layu mati setelah dicantas dari induk.  Kemungkinan kegagalan adalah dari cantuman yang kurang bercantum dan belum sampai lagi masa untuk dicantas walaupun sudah dekat sebulan dicantumkan.


Keadaan tunas yang telah layu dan kering.

2 ulasan:

kepala2desa berkata...

Pengalaman dan kerajinan menghasilkan yg terbaik ahirnya..
Teruskan berxperimen!
Syabas diucapkan.

Nak tau nama tuan.. Melaka kek mano?
Saya Sahal Jaman, Tmn Kosas, Ampang.
HP 0192285795

Weekend Farmer berkata...

Terima kasih tuan. Saya dulu kerja di Melaka, kat Masjid Tanah. Boleh panggil saya lo. Selamat berkenalan.