Isnin, 15 Jun 2015

PENANAMAN DAISY DALAM POLIBAG

Bunga daisy yang ditanam ini berasal daripada biji benih daisy yang diambil ketika makan angin di Cameron Highland setahun lepas.  Telah disemai dalam polibag dan dibiarkan kat luar kena hujan panas.  Taklah dijaga sangat.  Cuma masa bila terlampau panas dan layu, saya akan jiruskan sikit air dan bagi sikit baja sekiranya teringat.  Selepas setahun lebih ditanam, daisy ini telah mengeluarkan pucuk bunga dan mula berbunga.  Mula-mulanya 1, lepas tu diikut dengan 3 kuntum bunga lagi, bunga warna merah dengan hanya 1 lapisan kelopak.  Dulu, pernah tanam juga dari biji benih, namun, dijaga rapi sangat dan akhirnya mati tanpa berbunga.  Ini merupakan kali pertama Daisy saya berbunga.  Cuma batang bunganya panjang, barangkali variati untuk orang untuk jual bunga kut.









2 ulasan:

HuNNy berkata...

Hai. Masih menanam daisy lg ke? Berminat untuk beli sekiranya nak jual. Nak tukar2 pon boleh

Weekend Farmer berkata...

Hai, Puan Hunny,

Pokok daisy dah lama tiada sejak mula berpindah tempat. Terima kasih kerena melawat ke blog ini.