Isnin, 15 Jun 2015

PUSAT KONSERVASI DAN PENERANGAN PENYU KARAH PADANG KEMUNTING

Pada sabtu lepas, saya telah membawa anak saya ke pusat tersebut yang berada di Padang Kemunting, Pangkalan Balak untuk tengok penyu.  Pusat ini mempunyai satu bilik pameran mengenai penyu yang mempamerkan spesimen pelbagai jenis penyu dan satu kolam khas untuk pameran penyu hidup.  Selain itu, apabila tiba musim anak penyu menetas, siapa-siapa yang berminat boleh berdaftar untuk melepaskan anak penyu di pantai Pangkalan Balak.

Menurut risalahnya:
Pusat ini merupakan pusat konsevasi untuk penyu karah/ hawksbill turtle (Eretmochelys imbricata) yang merupakan antara penyu yang tercantik di dunia.  Dikenali sebagai "hawksbill turtle " kerana keunikan mulutnya yang menyerupai paruh burung helang.

Waktu operasi :  Selasa - Ahad 10am-5pm

Pusat pengeramannya boleh menampung 300-600 sarang telur penyu pada satu-satu musim bertelur.  Setiap sarang penyu adalah sedalam 45cm dan telur penyu biasanya akan mengambil masa lebih kurang 60 hari untuk menetas.    Anak penyu yang menetas perlu dilepaskan ke laut dan akan kembali ke pantai kelahiran apabila matang.

Penyu karah adalah dilindungi di bawah Akta Perikanan 1985.  Mengikut akta ini, hanya pemungut telur berlesan yang boleh memindah atau mengambil telur.  Penyu Karah merupakan spesies yang sangat terancam.  Kawasan pantai Pasang Kemunting merupakan salah satu kawasan pendaratan penyu karah yang penting di Melaka.

Sekiranya terdapat anak penyu yang menetas ia akan dilepaskan pada hari yang sama sebelum matahari terbenam.













Sesiapa yang melawat ke pantai Pangkalan Balak, bolehlah ambil peluang untuk melawat ke pusat ini dan melepaskan anak penyu karah sekiranya terdapat anak penyu menetas ketika musim menetas dan dimaklumkan bulan ini, iaitu Jun masih merupakan musim menetasnya.  Dan marilah sama-sama melindungi penyu karah yang comel ini dengan tidak mengambil dan memakan telurnya.  Dan jangan membuang sampah merata-rata contohnya ketika berkelah di pantai, sampah sarap ni kadang-kadang akan dimakan oleh penyu terutamanya beg plastik yang penyu salah anggap sebagai obor-obor dan mati akibat beg plastik yang kita buang.


7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Pusat konservasi kini menjalankan renovasi. Cuma kolam penyu boleh dilawati.

Weekend Farmer berkata...

Terima kasih tuan atas makluman tersebut.

Unknown berkata...

Assalamualaikum..saya safwan pelajar pelancongan..saya ingin bertanya pusat konservasi mengambil budak praktikal untuk bidang pelancongan??

Unknown berkata...

Assalamualaikum..saya safwan pelajar pelancongan..saya ingin bertanya pusat konservasi mengambil budak praktikal untuk bidang pelancongan??

Weekend Farmer berkata...

Salam sejahtera, En Safwan,

Minta maaf, lambat jawab, pada pendapat saya, elok tuan tanyakan terus kepada Jabatan Perikanan ataupun secara terus tanya pengawai yang menguruskan pusat tersebut.

Turtle Conservation and Information Center Malacca berkata...

Assalamualaikum dan salam Sejahtera, Kami dari pihak Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu Padang Kemunting Masjid Tanah Melaka ingin memaklumkan bahawa waktu operasi pusat telah dipinda seperti berikut :-

JADUAL HARI LAWATAN
ISNIN TUTUP
SELASA - KHAMIS 10.00 AM - 4.30 PM (WAKTU LAWATAN) & 1.00 PM - 2.00 PM (REHAT)
JUMAAT 10.00 AM - 4.30 PM (WAKTU LAWATAN) & 12.15 PM - 3.00 PM (REHAT)
SABTU - AHAD 10.00 AM - 4.30 PM (WAKTU LAWATAN) & 1.00 PM - 2.00 PM (REHAT)

JADUAL PEJABAT OPERASI
ISNIN - KHAMIS 9.00 AM - 5.00 PM & 1.00 PM - 2.00 PM (REHAT)
JUMAAT 9.00 AM - 5.00 PM & 12.15 PM - 3.00 PM (REHAT)
SABTU - AHAD 9.00 AM - 5.00 PM & 1.00 PM - 2.00 PM (REHAT)

SEBARANG PERTANYAAN BOLEH TERUS HUBUNGI KE TALIAN TEL PEJABAT : 06-3846754 @ EMAIL KEPADA KAMI DI pkppmlk@gmail.com


Weekend Farmer berkata...

Ribuan terima kasih kepada Turtle Conservation dan Information Center Melacca kerana sudi memaklumkan waktu lawatan yang terbaru di blog saya.

Semoga usaha pihak tuan yang amat mulia dan bermakna ini dapat menambahkan lagi populasi penyu yang amat unik dan terancam ini.