TIPS PEMBELIAN KERATAN FIG DARI INTERNET

1. Pastikan dipos menggunakan air mail/ priority mail yang cepat.  Terdapat pelbagai cara bungkusan untuk keratan. (Dengan kitchen towel lembap, surat khabar lembap, hantar dalam keadaan kering saje, disembur dengan air dalam beg plastik, dan lain-lain cara yang saya belum jumpa).  Dan kalau boleh dengan pos berdaftar yang kita boleh trace keratan dah sampai ke mana. Mengikut pengalaman saya, biasanya bungkusan akan sampai dalam masa 2 minggu walaupun bungkusan itu dihantar dari tempat yang berbeza-beza.

2.Sekiranya dihantar dengan cara dibungkus kitchen towel lembap, keratan akan mula mengeluarkan pucuk dan akar apabila sampai ditangan kita, biasanya dalam tempoh 3 minggu. Sekiranya pakai kitchen towel lembap, pastikan seluruh keratan dibungkus dan bukannya sebahagian, saya pernah menerima keratan yang dibungkus sebahagian sahaje dalam keadaan seolah-olah menerima jeruk dari luar negara akibat lembap dan panas dalam beg plastik.

3.  Sekiranya dihantar dalam bentuk kering, maka, kita kena bungkuskan keratan dengan wet kitchen towel dan disimpan dalam bag plastik untuk mencepatkan proses pertumbuhan akar.  Sekiranya ingin tanam sedikit demi sedikit, bolehlah di simpan dalam peti sejuk bahagian yang kita tak nak tanam.

4.  Sila beli mengikut kemampuan sebab senang tertagih bila beli pakai kad kredit.  Semua urus niaga adalah dalam USD untuk pembelian online luar negara, disebabkan oleh pertukaran wang asing, memang kita akan rasa mahal.  Biasanya yang buat kita rasa mahal adalah bayaran pos untuk keratan yang kebanyakan penjual tidak akan pulangkan sekiranya kita tidak berpuas dengan keratan yang diterima.

5.  Daftarkan akaun dengan platform jual beli seperti Ebay dan Ali express.  Mereka telah menyediakan 1 platform supaya kedua-dua pihak boleh berurusan secara selamat iaitu tanpa melalui bayaran terus kepada penjual  yang kita tidak tahu identitinya.

6.  Saya telah menggunakan Ebay dulu  dan so far ok.  Ebay boleh ke ebay di pelbagai negara dan kadang-kadang kita akan dapat mencari keratan  yang kita minati dengan harga yang ok.  

7. Sekiranya menggunakan Ebay, sila daftarkan paypal untuk menyenangkan segala urusan pembelian dan yang penting sekali menjimatkan kos pengurusan (USD 1 per transksasi).  

8.  Sekiranya menggunakan aliexpress, semua barangan adalah dari China, proses lebih kurang sama dengan ebay cuma kita boleh bayar pakai kad kredit terus.  Namun, pembelian lepas saya adalah tidak lancar, keratan fig telah diserah balik kepada pembekal oleh pos China sebab katanya merupakan tumbuhan hidup dan tidak boleh dihantar keluar.:(.  Duit dikembalikan sepenuhnya termasuk bayaran pos tetapi rasanya disebabkan oleh kadar pertukaran, saya tidak mendapat balik duit saya sepenuhnya dalam RM.

9.  Transkasi pembelian kedua di Aliexpress adalah amat lancar dan saya telah terima keratan yang dibeli  tanpa apa-apa masalah.  





Tiada ulasan: