PENEMUAN SARANG NIGHTJAR

Ketika saya sedang mencari batu sepadan untuk menentukan sempadan antara tanah pejabat dan tanah orang di bawah pokok besar yang penuh dengan daun kering, saya telah dikejut oleh seekor burung yang tiba-tiba terbang di depan mata saya.  Rupanya Nightjar yang hanya aktif ketika malam. Nightjar tersebut telah pun memilih kawasan tersebut untuk bersarang dan mengeramkan telurnya.  Sebanyak 2 biji telur telah dijumpai, nasib baik saya tidak terpijak atas telur tersebut. Pengalaman saya bertemu dengan nightjar sebelum ini pun sama, iaitu secara mengejut kerana ia berwarna coklat seperti daun dan hanya akan terbang apabila kita betul-betul dah dekat terpijat atas ia, kalau tak, ia memang duduk senyap kat situ saje.  Di sini, Saya kongsikan gambar telur dan anak yang diambil.  Ini merupakan kali pertama saya berpeluang untuk menjumpai anak nightjar yang comel walaupun dah banyak kali dikejutkan oleh nightjar dewasan dan menjumpai telurnya.

Telur dijumpa pada 12/1/15.
 Anak yang telah mati dan dimakan semut.  16/1/15
 Anak yang berlindung di antara daun kering dan rehat dekat sarang.
 Anak ni langsung tak bergerak walaupun saya berdiri depannya dan ambil gambar, ia buat tak tahu saje.  Ini mungkin merupakan anak yang baru menetas sehari dua berdasarkan bulunya.

Kalau minat nak tengok burung dewasa, bolehlah search di internet.  Salah satu site adalah http://www.malaysianbirds.com/bird-family/nightjar.htm.

Tiada ulasan: