Sabtu, 23 Julai 2022

PENGALAMAN MENANAM POKOK TIN VARIATI MASUI DAUPHINE

Pokok tin variati Masui Dauphine merupakan salah satu pokok tin yang diperkenalkan di Malaysia pada peringkat permulaan penanaman pokok.  Masui Dauphine merupakan pokok tin dengan buah merah besar.  Pokoknya senang untuk dijaga dan senang untuk berbuah sekiranya kehendak pokok dipenuhi.  Benih pokok yang saya tanam merupakan hasil daripada pertukaran pokok tin dengan peminat tin yang lain.  

Seperti biasa,pokok tin ini ditanam dalam pasu bunga kedai eco dengan sistem hydropot.  Air baja AB dengan sukatan yang lebih tawar akan diberikan kepada pokok ini apabila didapati tong takungan air kering dengan samada jirus terus atau ruang ke dalam tong.   Pada hujung minggu, pokok akan diberikan baja seaweed extract untuk menambahkan zat kepada pokok.

Pokok ini antara pokok saya yang produktif dan tidak kedekut untuk berbuah.  Pokok ini pun rajin menghasilkan anak dari tunas bawah tanahnya.  Sekiranya ingin pokok induk rimbun, kena rajin alihkan anaknya atau buangkan sekiranya tidak berminat untuk semai.  Saya sekarang menggunakan anak benih dari variati ini untuk dijadikan sebagai pokok penanti untuk pokok tin lain yang akarnya sensitif.  Bagi saya, Masui Dauphine ini kekurangannya adalah bila buah sudah ranum kena petik cepat kalau tidak akan cepat rosak atas pokok. 






Saiz buah Masui Dauphine dibandingkan dengan apple kecil.






 



Tiada ulasan: