Sabtu, 16 Julai 2022

PENGALAMAN MENANAM POKOK TIN VARIATI PANACHEE TIGER

Pokok tin VARIATI PANACHEE TIGER merupakan jenis pokok tin dengan buah berbelang yang unik.  Pernah menjadi salah satu variati yang menjadi rebutan para peminat pada suatu ketika dulu.  Saya telah memiliki variati ini dari dua sumber. Satu dari sumber eBay pada peringkat awal pokok tin mula popular di Malaysia dan satu lagi dari sumber tempat apabila pokok tin telah mula menjadi biasa. 

 Sumber eBay merupakan keratan batang yang dimaklumkan oleh seller sebagai Jolly Tiger reverted, dengan erti pokok tin Jolly Tiger yang sudah kembali ke bentuk asalnya, iaitu telah kehilangan daun batiknya.  Tujuan beli adalah dengan harapan mendapat Jolly Tiger kalau berlaku mutasi semula tetapi setelah bertahun menanam hingga berbuah baru tahu rupanya mendapat Panachee Tiger.  Sumber kedua dari penjua tempatan  apabila saya telah pindah ke Johor Bahru .

Pokok Panachee Tiger saya hanya ditanam dalam pasu plastik dengan sistem hidropot.  Pokok boleh membesar dan membuah dengan elok dengan syarat keperluan baja kena mencukupi. Saya hanya menggunakan baja AB saja untuk pokok Panachee Tiger dan bila baja cukup.  Pokok akan berbuah secara lebat untuk setiap musim. 

Apabila buah sudah masak dan telah habis dipetik, saya akan cantaskan semua dahan sehingga ke ketinggian yang saya ingin.   Bahagian cantas akan disapukan dengan sealant pokok bagi mengelakkan jangkitan penyakit dan mereput sekiranya terkena hujan dan air.  Tanah dalam pasu akan digemburkan dan saya akan menggunakan gunting pokok untuk memutuskan akar akar pada bahagian atas tanah hingga ke tahap maksimum gunting boleh masuk ke dalam tanah dengan tujuan supaya akar baru boleh tumbuh.

Selepas itu, saya akan pastikan air baja dan tahap air dalam hydropot adalah mencukupi untuk keperluan pokok yang telah dicantaskan. Pokok akan dibiarkan berkembang semula untuk musim buah yang seterusnya.  
















Tiada ulasan: