Isnin, 1 Ogos 2022

PENGALAMAN MENANAM POKOK TIN VARIATI BLACK GENOA

 Pokok tin variati Black Genoa merupakan salah satu variati yang dimiliki saya pada peringkat awal menceburi dalam bidang penanaman pokok tin pada tahun 2014.  Pada peringkat mula tanam, kebanyakan pokok tin saya memang rajin berdaun sahaja akibat salah guna baja.  Hanya setelah mula menetap di Johor Bahru saya mula membela pokok ini balik dari induk yang pernah ada.  Dan sekarang black Genoa ini merupakan salah satu pokok yang paling produktif.  

Disebabkan oleh kawasan yang terhad, semua pokok tin saya termasuk pokok ini ditanam dalam pasu plastik dengan kedalaman sekaki dan bukanya juga sekaki. Sumbu atau wick akan  dipasang di bawah tapak pasu bagi membolehkan pokok menyerap air dari bekas plastik yang disarungkan pada pasu dengan kaedah hydropot.  Media yang digunakan merupakan tanah yang dibeli dari Mr DIY.  Saya tidak menggunakan tanah biasa yang dibeli dari nursery sebab pernah terjadi pokok dijangkiti nematode yang dipercayai dari tanah yang telah tercemar.


Baja AB digunakan pada kebiasaannya apabila air dalam bekas telah kering dengan kepekatan kurang daripada yang dicadangkan, iaitu biasanya saya akan tabah lebih air sebab baja AB ini saya akan tambahkan apabila didapati bekas plastik kering.  Pada setiap hujung minggu, saya akan memberi baja seaweed extract kepada pokok.  

Kemungkinan kaedahan pembajaan saya ini bersesuaian dengan black Genoa, jadi, pada musim ini, buahnya agak banyak, disebabkan ditanam dalam pasu yang kecil, saya menjangka saiz buahnya akan menjadi kecil apabila berbuah dengan banyak.  Buah black Genoa apabila sudah ranum berwarna hitam di luar dengan isinya berwarna putih kekuningan.

Black Genoa merupakan salah satu pokok tin yang senang untuk tumbuh dan senang untuk dijaga kalau berbanding dengan variati Martinenca Rimada.  Saya juga mendapati black Genoa senang untuk tumbuh dengan keratan kalau berbanding dengan variati seperti Panachee Tiger.

Bagi saya, black Genoa merupakan antara pokok tin senang tumbuh yang boleh dicuba oleh sesiapa yang ingin memulakan minat dalam dunia penanaman pokok tin.



Buah musim lepas yang mula ranum.





Buah musim ini yang masih hijau.

Benih black Genoa yang tumbuh dari keratan 

Sabtu, 23 Julai 2022

PENGALAMAN MENANAM POKOK TIN VARIATI MASUI DAUPHINE

Pokok tin variati Masui Dauphine merupakan salah satu pokok tin yang diperkenalkan di Malaysia pada peringkat permulaan penanaman pokok.  Masui Dauphine merupakan pokok tin dengan buah merah besar.  Pokoknya senang untuk dijaga dan senang untuk berbuah sekiranya kehendak pokok dipenuhi.  Benih pokok yang saya tanam merupakan hasil daripada pertukaran pokok tin dengan peminat tin yang lain.  

Seperti biasa,pokok tin ini ditanam dalam pasu bunga kedai eco dengan sistem hydropot.  Air baja AB dengan sukatan yang lebih tawar akan diberikan kepada pokok ini apabila didapati tong takungan air kering dengan samada jirus terus atau ruang ke dalam tong.   Pada hujung minggu, pokok akan diberikan baja seaweed extract untuk menambahkan zat kepada pokok.

Pokok ini antara pokok saya yang produktif dan tidak kedekut untuk berbuah.  Pokok ini pun rajin menghasilkan anak dari tunas bawah tanahnya.  Sekiranya ingin pokok induk rimbun, kena rajin alihkan anaknya atau buangkan sekiranya tidak berminat untuk semai.  Saya sekarang menggunakan anak benih dari variati ini untuk dijadikan sebagai pokok penanti untuk pokok tin lain yang akarnya sensitif.  Bagi saya, Masui Dauphine ini kekurangannya adalah bila buah sudah ranum kena petik cepat kalau tidak akan cepat rosak atas pokok. 






Saiz buah Masui Dauphine dibandingkan dengan apple kecil.






 



Sabtu, 16 Julai 2022

PENGALAMAN MENANAM POKOK TIN VARIATI PANACHEE TIGER

Pokok tin VARIATI PANACHEE TIGER merupakan jenis pokok tin dengan buah berbelang yang unik.  Pernah menjadi salah satu variati yang menjadi rebutan para peminat pada suatu ketika dulu.  Saya telah memiliki variati ini dari dua sumber. Satu dari sumber eBay pada peringkat awal pokok tin mula popular di Malaysia dan satu lagi dari sumber tempat apabila pokok tin telah mula menjadi biasa. 

 Sumber eBay merupakan keratan batang yang dimaklumkan oleh seller sebagai Jolly Tiger reverted, dengan erti pokok tin Jolly Tiger yang sudah kembali ke bentuk asalnya, iaitu telah kehilangan daun batiknya.  Tujuan beli adalah dengan harapan mendapat Jolly Tiger kalau berlaku mutasi semula tetapi setelah bertahun menanam hingga berbuah baru tahu rupanya mendapat Panachee Tiger.  Sumber kedua dari penjua tempatan  apabila saya telah pindah ke Johor Bahru .

Pokok Panachee Tiger saya hanya ditanam dalam pasu plastik dengan sistem hidropot.  Pokok boleh membesar dan membuah dengan elok dengan syarat keperluan baja kena mencukupi. Saya hanya menggunakan baja AB saja untuk pokok Panachee Tiger dan bila baja cukup.  Pokok akan berbuah secara lebat untuk setiap musim. 

Apabila buah sudah masak dan telah habis dipetik, saya akan cantaskan semua dahan sehingga ke ketinggian yang saya ingin.   Bahagian cantas akan disapukan dengan sealant pokok bagi mengelakkan jangkitan penyakit dan mereput sekiranya terkena hujan dan air.  Tanah dalam pasu akan digemburkan dan saya akan menggunakan gunting pokok untuk memutuskan akar akar pada bahagian atas tanah hingga ke tahap maksimum gunting boleh masuk ke dalam tanah dengan tujuan supaya akar baru boleh tumbuh.

Selepas itu, saya akan pastikan air baja dan tahap air dalam hydropot adalah mencukupi untuk keperluan pokok yang telah dicantaskan. Pokok akan dibiarkan berkembang semula untuk musim buah yang seterusnya.  
















Jumaat, 15 Julai 2022

PENGALAMAN MENANAM POKOK TIN VARIATI MARTINENCA RIMADA

 Atas minat ingin memiliki pokok tin variati berbelang, maka, saya telah membelikan sepokok pokok tin Martinenca Rimada daripada seorang trusted seller apabila keratan yang dibeli gagal berakar dan telah menjadi kayu api.

Setelah dibeli, bagi memastikan variati ini sentiasa ada dalam koleksi saya. Saya telah titian pokok tersebut.  Hasil daripada Tut, saya sekarang dah ada 3 pokok Martinenca Rimada.  Seperti biasa, saya tanam menggunakan sistem hydropot dengan penjagaan seperti pokok tin yang lain.   Namun, didapati pokok sentiasa dalam keadaan daun kering hangus dengan tumbesaran yang tidak begitu memberangsangkan berbanding dengan pokok tin Masuk Dauphine dan Black Genoa saya.  Sehingga kini, iaitu selepas lebih  setahun saya membela pokok ini, saya hanya dapat merasai 2 biji buah sahaja.  

Kemungkinan jenis tin ini merupakan cari yang agak sensitif dengan kadar baja dan air selain mungkin kaedah penanaman saya kurang sesuai.  Jadi, perancangan seterusnya adalah saya akan cuba grafkan tunas Martinenca Rimada pada pokok Masuk Dauphine dengan harapan pokok Masuk Dauphine dengan akar yang tahan lasak boleh meningkatkan produktiviti Martinenca Rimada saya.