Lebah madu tempatan (Apis cerana) merupakan lebah yang kecil berbanding dengan lebah madu komersil yang diimport dari luar negara. Lebah ini biasanya suka bersarang di dalam celah-celah pokok, rumah terbiar dan juga di dalam bumbung rumah orang. Saya bertuah boleh duduk di bawah satu bumbung bersama dengan lebah madu ini selama 2- 3 tahun. Sekarang masih terdapat 2 koloni lebah madu tempatan yang mendiami di bawah bumbung rumah saya. So far, tak ada masalah dengan lebah tersebut, cuma pada awal pagi ia minat keluar main-main dekat lampu kalimantan yang telah dihidupkan.
Lebah madu tempatan di bawah bumbung atap genting.
Koloni lebah madu yang baru sedang masuk ke dalam ruang siling untuk membuat sarang.
Semenjak kedatangan serangga yang berfaedah ini, saya telah berpeluang untuk memerthatikan bunga-bunga yang diminati oleh lebah tersebut. Sebelum ini, saya memang minat untuk membela lebah madu, kursus pun telah hadir, cuma last minute disebabkan tiada kawasan yang sesuai sebab duduk kawasan perumahan, takut kena complaint orang, itu yang tak jadi membela. Melalui pemerhatian saya, terdapat banyak bunga di sekeliling rumah kita yang diminati oleh lebah, namun, bukan semua koloni lebah akan minat pada semua bunga yang bermadu, setengah koloni minat bunga ini dan sesetengah minat bunga itu. Bagi sesiapa yang ingin membela lebah, tanamlah pelbagai jenis bunga supaya lebah adalah pilihan. Bunga-bunga ini, ada yang lebah akan mengambil debunganya dan ada yang lebah akan ambil nektar bunga tersebut.
Bunga pisang. Lebah minat terhadap nektar bunga pisang. Namun, seelok-eloknya buangkan jantung pisang sebagai salah satu langkah pengurusan pisang yang baik sebab lebah dipercayai merupakan pembawa penyakit moko pisang (banana wilt) yang menyebabkan kematian pokok pisang dan kerosakan pisang. Pisang nipah, pisang berangan dan pisang kapas didapati boleh dijangkiti penyakit ini dan menyebabkan kematian pokok pisang tersebut.
Bunga pengantin. Lebah minat terhadap debunga dan nektar bunga pengantin. Saya percaya bunga ini merupakan punca utama lebah madu memilih untuk menduduki di bawah bumbung rumah saya. Saya pernah cantaskan bunga ini atas sebab tertentu dan didapati tidak lama kemudian, koloni pertama yang menduduki di rumah saya telah berpindah. Apabila bungan ini tumbuh balik dan mula berbunga, koloni lain telah pindah masuk ke dalam bumbung rumah saya.
Lebah sedang mencari debunga dan nektar dari bungan pengantin.
Kelulut pun datang mencari makan.
Bunga yang nama saya tidak tahu, daripada keluarga kekacang. Lebah minat terhadap nektar bunga ini.
Lebah yang sedang sibuk mendapatkan nektar.
Bunga yang namanya tidak diketahui. Lebah juga minat terhadap bunga ini. Bunga ini biasanya ditanam sebagai bungan hiasan di tepi jalan. Lebah didapati mendapatkan debunga dan nektar dari bunga ini.
Bunga yang sama seperti atas cuma warna berbeza. Lebah sedang mencari debunga.
Bunga kelapa. Lebah minat terhadap bunga ini disebabkan oleh pollennya yang banyak.
Lebah yang sedang sibuk mengumpulkan pollen daripada bunga kelapa.
Bunga limau kasturi. Lebah madu dan kelulut minat untuk datang sekiranya limau kasturi dalam musim berbunga.
Bunga belimbing. Terdapat koloni lebah yang minat terhadap nektar bunga belimbing, namun pemerhatian saya terhadap koloni lebah yang menduduki di bumbung rumah saya adalah mereka kurang minat terhadap bunga belimbing ini walaupun sentiasa berbunga, cuma kadang -kadang diperhatikan pergi ke bunga belimbing untuk dapatkan nektar. Ketika pergi kursus lebah, pokok belimbing merupakan antara pokok yang dikatakan sesuai untuk lebah. Itulah sebabnya saya telah tanam pokok belimbing tersebut.
Bunga rumput Isreal juga didapati akan dikunjungi oleh lebah.
Bungan nenas juga merupakan salah satu bunga yang diminati lebah madu. Ketika menghadiri kursus di pusat apiari negara di Parit Botak (kalau tak silap nama), penanam nenas memang membelah lebah madu di tepi kebun nenas mereka.
Menurut sumber internet, bunga borage juga dikatakan diminati oleh lebah madu. Namun, saya tidak perasan ada lebah yang pergi ke bunga borage saya, barangkali hanya sepokok saje kut.
Bunga liar yang namanya tidak diketahui didapati juga diminati oleh lebah madu.
Tualang sedang mencari debunga dari pokok semalu.
Selain itu, bunga longan, bunga jambu air, bunga jagung juga didapati diminati oleh lebah madu. Semasa menghadiri kursus, tenaga pengajar juga memberi tahu bahawa pokok gelam, pokok kelapa sawit dan getah juga diminati oleh lebah madu pada musim pokok ini berbunga.
Update 2/6/2016
Didapati lebah madu tempatan juga minat terhadap bunga sayur bayam (amaranth).
Update 21/6/2016
Lebah madu didapati melawati bunga ros jepun di nursery bunga di kawasan bandar.
Update 1/1/2017
lagi bunga di taman yang dikunjungi oleh lebah madu bagi mendapatkan nektar dan pollen.
Lebah tengah minum dan dapatkan air dari longkang. Jadi, bagi siapa-siapa yang membela lebah, sila pastikan bekalkan air bersih sentiasa dibekalkan kepada lebah.
Bunga jambu air juga diminati oleh lebah madu. 8/11/15.
Koloni lebah madu ini didapati menjadikan pisang masak ini sebagai sumber makanan mereka. Gambar ini telah diambil di Pasar Awam Seremban. Ini menunjukkan kehebatan lebah untuk menyesuaikan diri di mana-mana sahaja termasuk di pusat bandar yang telah membangun. (gambar diambil pada 18/9/15)
Didapati kelulut juga minat terhadap Bunga tanjung(29/11/15)
Debunga jagung yang diminati oleh lebah madu. (5/12/15)
Update 2/6/2016
Didapati lebah madu tempatan juga minat terhadap bunga sayur bayam (amaranth).
Update 21/6/2016
Lebah madu didapati melawati bunga ros jepun di nursery bunga di kawasan bandar.
lagi bunga di taman yang dikunjungi oleh lebah madu bagi mendapatkan nektar dan pollen.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan