Ahad, 23 November 2014

KUMBANG PENGERAT DAUN POKOK MANGGA (Deporaus marginatus Pasc.)

Kumbang kecil ini dipercayai merupakan perosak utama yang mengguntingkan daun muda pokok mangga selain memakan daun muda dan menyebabkan daun menjadi kering.  Kumbang ini panjang lebih kurang dalam 2-3 mm sahaja, amat kecil.  Kumbang dewasa boleh ditangkap pada sebelah awal pagi pada daun muda sebelum cuaca menjadi panas dan kumbang menjadi aktif.

Daun muda yang telah digunting.


Pasangan kumbang sedang mengawan.

Menurut buku panduan penanaman mangga daripada MARDI, Kumbang betina akan bertelur pada daun muda dan kemudian memotong bahagian daun yang mempunyai telur untuk jatuh ke tanah bagi menghasilkan generasi yang baru.  Mendedahkan keratan daun di atas tanah kepada cahaya matahari dapat membunuh ulat dan kepompong kumbang ini.  

Biasanya saya akan pergi tangkap dan bunuh kumbang ini pada awal pagi bila ia masih tidak aktif pada daun-daun muda pokok mangga.


Tiada ulasan: