Jumaat, 28 November 2014

FIG MANIA

Buah fig atau lebih dikenali sebagai buah tin atau buah ara di kalangan rakyat Malaysia merupakan sejenis pokok buah yang telah lama ditanam oleh manusia.  Saya telah berpeluang untuk merasai buah tersebut ketitka berkursus di Mesir.  Bijinya telah dibawa balik dan disemai namun tidak dapat hidup.  Saya telah membiarkan saje sehingga kebelakangan ini, apabila saya melawat ke Floria 2014 (Pesta bunga Putrajaya) saya telah dapati bahawa pokok tin ini mempunyai nilai jualan yang tinggi.  Ini telah menyebabkan minat terhadap buah ini meningkat.  Daripada itu, saya telah pun membuatkan kaji selidik dari internet mengenai pasarannya dan dapati memang amang berpotensi di Malaysia dan masa sekarang tak ramai yang menjualya di Malaysia.

Pokok fig ini boleh ditanam dengan menggunakan keratan dan adalah tidak dicadangkan untuk menanamnya menggunakan biji benih.  Dikatakan hasil tanaman daripada biji benih kualitinya adalah tidak konsisten dan kemungkinan besar tidak sama dengan induknya kecuali kita ini bertujuan untuk membangunkan variati baru.  Pokok tin ini merupakan species pokok yang mempunyai beratus-ratus/ beribu-ribu variati dalam dunia ini dan pelbagai nama untuk variati yang sama.  Ini kadang -kadang memang mengelirukan.

Memandangkan nilainya amat tinggi, saya telah mencuba nasib dengan membelinya dari ebay dengan harapan keratan sampai dengan selamat ke tangan saya. 

Pembelian pertama saya adalah merupakan variati Dottato. 2 keratan - selamat sampai dan telah disemai, hidup seketika sebelum terlebih air dan 1 keratan telah terus tak tumbuh-tumbuh, 1 lagi sekarang tinggal nyawa-nyawa ikan.

Pembelian kedua merupakan variati Petrovacha,  semua telah disemai dan telah pun mengeluarkan pucuk baru.

Pembelian ketiga, Dwarf honey fig small starter plant dengan akar, telah ditanam dan tumbuh dengan baik.

Pembelian keempat Panache Tiger fig, baru disemai.

Pembelian kelima, Turkish green fig, masih dalam perjalanan.


Bagi sesiapa yang ingin nak dapatkan pokok fig dengan cepat tanpa melalui proses menunggu keratan dipos, menyemai dan membesar, boleh beli terus dengan penjual-penjual fig tempatan yang telahpun menyemai atau tutkan pokok mereka.  Bila keratan dah siap berakar , confirm hidup dan tak payahlah pening-pening macam saya.
  
Dan setelah lebih kurang 6 bulan menyemai pokok fig ini dengan ratus-ratus ringgit dibelanjakan, saya hanya berjaya menghidupkan dua anak pokok fig Goutter d'or.  Yang lain semua telah hangus , so, kalau dah dibahagikan nilai wang yang dibeli keratan dengan harga pokok fig, saya rasa saya dah dapat paling kurang 8 variati yang pasti hidup dah...yang ini untuk kalian chongak chogak mana yang berbaloi, cuma bila semai keratan , saya ni menikmati proses yang menguji kesabaran dan kepuasan ketika keratan tu mengeluarkan akar.  Apa yang  saya belajar adalah sekiranya nak beli keratan, jangan semai habis sekaligus, simpanlah sikit dalam chiller peti ais sebagai stok spare, sekiranya apa yang disemai tidak hidup, ada lagi stok untuk dicubakan lagi. (14/4/15)

Satu perkara lagi, nak ia berakar memang senang, proses pertumbuhan selepas berakar tu yang biasanya membunuh keratan yang baru tumbuh akibat kelembapan tanah yang terlampau tinggi akibat tangan gatal saya yang takut tanahnya kering, tambah terlebih air akan menyebabkan akarnya reput dan keratan pun layu dan mati.  (18/5/15)

PENANAMAN KOBIS DALAM POLIBAG

Weekend farmer telah cuba menanam kobis dalam polibag, peringkat persediaan polibag hanya dengan tanah biasa campur dengan baja tahi ayam.  Baja jangan terlebih, kena ikut ratio konventional yang telah dicadangkan.  Jangan lebih-lebih, kalau tak, sayur akan mati terlebih baja.  Setelah polibag siap dengan tanah dan baja disediakan, polibag disiram dengan air supaya menjadi basah dan dibiarkan selama 2 minggu.  Langkah ini adalah amat penting untuk penguraian baja berlaku bagi memastikan benih yang ditanam akan bercambah dan mendapat nutrient terus.  Ini akan menjadikan benih kita menjadi kuat dan besar dengan cepat.  Penanaman kobis amat mudah diuruskan, hanya dengan pembajaan yang konsiten dalam kuantiti yang rendah pada selang 2 minggu adalah memadai.  
Kita akan mendapat hasil dalam masa lebih kurang 3 bulan sekiranya pertumbuhan dan pembajaan berlaku dengan lancar.   



Kobis yang telah ditanam dalam polibag.

Ahad, 23 November 2014

KUMBANG PENGERAT DAUN POKOK MANGGA (Deporaus marginatus Pasc.)

Kumbang kecil ini dipercayai merupakan perosak utama yang mengguntingkan daun muda pokok mangga selain memakan daun muda dan menyebabkan daun menjadi kering.  Kumbang ini panjang lebih kurang dalam 2-3 mm sahaja, amat kecil.  Kumbang dewasa boleh ditangkap pada sebelah awal pagi pada daun muda sebelum cuaca menjadi panas dan kumbang menjadi aktif.

Daun muda yang telah digunting.


Pasangan kumbang sedang mengawan.

Menurut buku panduan penanaman mangga daripada MARDI, Kumbang betina akan bertelur pada daun muda dan kemudian memotong bahagian daun yang mempunyai telur untuk jatuh ke tanah bagi menghasilkan generasi yang baru.  Mendedahkan keratan daun di atas tanah kepada cahaya matahari dapat membunuh ulat dan kepompong kumbang ini.  

Biasanya saya akan pergi tangkap dan bunuh kumbang ini pada awal pagi bila ia masih tidak aktif pada daun-daun muda pokok mangga.


Sabtu, 22 November 2014

PEMERHATIAN MENGENAI BUNGA-BUNGA YANG DIMINATI OLEH LEBAH MADU TEMPATAN (Apis cerana)

Lebah madu tempatan (Apis cerana) merupakan lebah yang kecil berbanding dengan lebah madu komersil yang diimport dari luar negara.  Lebah ini biasanya suka bersarang di dalam celah-celah pokok, rumah terbiar dan juga di dalam bumbung rumah orang.  Saya bertuah boleh duduk di bawah satu bumbung bersama dengan lebah madu ini selama 2- 3 tahun.  Sekarang masih terdapat 2 koloni lebah madu tempatan yang mendiami di bawah bumbung rumah saya.  So far, tak ada masalah dengan lebah tersebut, cuma pada awal pagi ia minat keluar main-main dekat lampu kalimantan yang telah dihidupkan.

Lebah madu tempatan di bawah bumbung atap genting.

Koloni lebah madu yang baru sedang masuk ke dalam ruang siling untuk membuat sarang.


Semenjak kedatangan serangga yang berfaedah ini, saya telah berpeluang untuk memerthatikan bunga-bunga yang diminati oleh lebah tersebut.  Sebelum ini, saya memang minat untuk membela lebah madu, kursus pun telah hadir, cuma last minute disebabkan tiada kawasan yang sesuai sebab duduk kawasan perumahan, takut kena complaint orang, itu yang tak jadi membela. Melalui pemerhatian saya, terdapat banyak bunga di sekeliling rumah kita yang diminati oleh lebah, namun, bukan semua koloni lebah akan minat pada semua bunga yang bermadu, setengah koloni minat bunga ini dan sesetengah minat bunga itu.  Bagi sesiapa yang ingin membela lebah, tanamlah pelbagai jenis bunga supaya lebah adalah pilihan.  Bunga-bunga ini, ada yang lebah akan mengambil debunganya dan ada yang lebah akan ambil nektar bunga tersebut.

Bunga pisang.  Lebah minat terhadap nektar bunga pisang.  Namun, seelok-eloknya buangkan jantung pisang sebagai salah satu langkah pengurusan pisang yang baik sebab lebah dipercayai merupakan pembawa penyakit moko pisang (banana wilt) yang menyebabkan kematian pokok pisang dan kerosakan pisang.  Pisang nipah, pisang berangan dan pisang kapas didapati boleh dijangkiti penyakit ini dan menyebabkan kematian pokok pisang tersebut.


Bunga pengantin.  Lebah minat terhadap debunga dan nektar bunga pengantin.  Saya percaya bunga ini merupakan punca utama lebah madu memilih untuk menduduki di bawah bumbung rumah saya.  Saya pernah cantaskan bunga ini atas sebab tertentu dan didapati tidak lama kemudian, koloni pertama yang menduduki di rumah saya telah berpindah.  Apabila bungan ini tumbuh balik dan mula berbunga, koloni lain telah pindah masuk ke dalam bumbung rumah saya.

Lebah sedang mencari debunga dan nektar dari bungan pengantin.

Kelulut pun datang mencari makan.


Bunga yang nama saya tidak tahu, daripada keluarga kekacang.  Lebah minat terhadap nektar bunga ini.

Lebah yang sedang sibuk mendapatkan nektar.

Bunga yang namanya tidak diketahui.  Lebah juga minat terhadap bunga ini.  Bunga ini biasanya ditanam sebagai bungan hiasan di tepi jalan.  Lebah didapati mendapatkan debunga dan nektar dari bunga ini.

Bunga yang sama seperti atas cuma warna berbeza. Lebah sedang mencari debunga.



Bunga kelapa.  Lebah minat terhadap bunga ini disebabkan oleh pollennya yang banyak.  

Lebah yang sedang sibuk mengumpulkan pollen daripada bunga kelapa.



Bunga limau kasturi.  Lebah madu dan kelulut minat untuk datang sekiranya limau kasturi dalam musim berbunga.



Bunga belimbing. Terdapat koloni lebah yang minat terhadap nektar bunga belimbing, namun pemerhatian saya terhadap koloni lebah yang menduduki di bumbung rumah saya adalah mereka kurang minat terhadap bunga belimbing ini walaupun sentiasa berbunga, cuma kadang -kadang diperhatikan pergi ke bunga belimbing untuk dapatkan nektar.  Ketika pergi kursus lebah, pokok belimbing merupakan antara pokok yang dikatakan sesuai untuk lebah.  Itulah sebabnya saya telah tanam pokok belimbing tersebut.  

Bunga rumput Isreal juga didapati akan dikunjungi oleh lebah.


Bungan nenas juga merupakan salah satu bunga yang diminati lebah madu.  Ketika menghadiri kursus di pusat apiari negara di Parit Botak (kalau tak silap nama),  penanam nenas memang membelah lebah madu di tepi kebun nenas mereka.

Menurut sumber internet, bunga borage juga dikatakan diminati oleh lebah madu.  Namun, saya tidak perasan ada lebah yang pergi ke bunga borage saya, barangkali hanya sepokok saje kut.

Bunga liar yang namanya tidak diketahui didapati juga diminati oleh lebah madu.

Tualang sedang mencari debunga dari pokok semalu.

Bunga pokok gelam juga dikatakan diminati oleh lebih madu.

Selain itu, bunga longan, bunga jambu air, bunga jagung juga didapati diminati oleh lebah madu.  Semasa menghadiri kursus, tenaga pengajar juga memberi tahu bahawa pokok gelam, pokok kelapa sawit dan getah juga diminati oleh lebah madu pada musim pokok ini berbunga.



Lebah tengah minum dan dapatkan air dari longkang.  Jadi, bagi siapa-siapa yang membela lebah, sila pastikan bekalkan air bersih sentiasa dibekalkan kepada lebah.

Bunga jambu air juga diminati oleh lebah madu.  8/11/15.

Koloni lebah madu ini didapati menjadikan pisang masak ini sebagai sumber makanan mereka.  Gambar ini telah diambil di Pasar Awam Seremban.  Ini menunjukkan kehebatan lebah untuk menyesuaikan diri di mana-mana sahaja termasuk di pusat bandar yang telah membangun.  (gambar diambil pada 18/9/15)


Didapati kelulut juga minat terhadap Bunga tanjung(29/11/15)



 Debunga jagung yang diminati oleh lebah madu. (5/12/15)


Update 2/6/2016

Didapati lebah madu tempatan juga minat terhadap bunga sayur bayam (amaranth).



Update 21/6/2016
Lebah madu didapati melawati bunga ros jepun di nursery bunga di kawasan bandar.





Update 1/1/2017
lagi bunga di taman yang dikunjungi oleh lebah madu bagi mendapatkan nektar dan pollen.










Ahad, 16 November 2014

HEBAHAN JUALAN PUYUH KOTA KINABALU SABAH

Hari ini saya telah mendapat 1 sms mengenai jualan puyuh proses, telur puyuh, puyuh segar, bibit puyuh dan puyuh dewasa  daripada En Nazlie daripada KK Sabah.  So, bagi siapa-siapa yang duduk di KK Sabah dan berminat pasal puyuh ini bolehlah hubungi En Nazlie, no tel 013-5599431.

Sesiapa yang berminat, sila hubungi terus En Nazlie, saya cuma bantu menghebahkan berita ini sahaja.

Lain hari saya akan cuba masukkan mengenai bidang penternakan puyuh ini, memandangkan itu memangpun kerja saya.