Pokok tin MARTINECA RIMADA telah ditanam oleh saya sejak dua tahun lepas. Baru baru ni pokok telah berbuah setelah sekian lama dijaga. Bagi memastikan pokok sentiasa segar, saya telah mengisikan hydropot dengan air baja yang penuh. Apabila musim hujan menjelang, keperluan air pokok telah berkurangan tetapi saya masih sentiasa memastikan hydropot adalah pada paras yang penuh. Kesannya adalah apabila buah sudah dekat ranum dan berubah warna, buah tin tersebut telah meletup buka seperti bunga. Saya kongsikan gambar seperti dibawah. Bagi sahabat yang menanam pokok tin, sila pastikan air yg mencukupi dan bukannya berlebihan diberikan kepada pokok tin apabila buah sudah dekat ranum bagi mengelakkan gejala buah meletup.
Saiz buah adalah dalam 84 gram dan telah menjadi masam setelah buah pecah. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan