Saya telah membeli hami melon yang menyerupai rock melon tetapi bentuk macam bola rugby dari gerai buah-buahan apabila tertarik dengan taglinenya yang menyatakan ia amat manis. Lepas dimakan, saya pun simpan sebahagian bijinya dan cuba menanamnya. Kaedah penanaman sama seperti tanam musk melon cuma kali ini saya telah tukarkan media daripada tanah kepada hydroton (bola tana liat) yang digunakan untuk hydrophonik.
Dengan kaedah yang sama iaitu kaedah kratky. Kali ini saya telah membiarkan rotan pokok melon menjalar tanpa mengawal atau potongkan tunas yang tidak dikehendaki. Cuma setelah pendebungaan tangan, hanya satu buah yang membesar dengan paling cepat ditinggalkan, buah yang lain berserta bunga yang tidak dikehendaki akan dipetik dan dibuangkan. Baja AB akan ditambah ke dalam bekas setiap hari bagi memastikan pokok sentiasa segar.
Hasil kali ini amat memuaskan bagi saya. Buah yang dipetik melebihi 2 kg walaupun dengan rupa bentuk yang kurang cantik. Gambar buahnya adalah seperti dibawah.
Perbandingan saiz buah melon dengan pisang montel yang dibeli.
Berat melon adalah 2.116 kg.
Dengan keadaan buah yang telah masak ranum di atas pokok, melon ini memang amat manis dengan aroma melon yang wangi dan berisi kejinggaan seperti apa yang dibeli dari gerai buah-buahan.
1 ulasan:
Terima kasih atas perkongsian anda! Anda boleh pesan hami melon dari GoFruits Malaysia.
Catat Ulasan