Jumaat, 27 November 2020

PERCUBAAN UNTUK MENANAM HAMI MELON

 Saya telah membeli hami melon yang menyerupai rock melon tetapi bentuk macam bola rugby dari gerai buah-buahan apabila tertarik dengan taglinenya yang menyatakan ia amat manis.  Lepas dimakan, saya pun simpan sebahagian bijinya dan cuba menanamnya.  Kaedah penanaman sama seperti tanam musk melon cuma kali ini saya telah tukarkan media daripada tanah kepada hydroton (bola tana liat) yang digunakan untuk hydrophonik.  

Dengan kaedah yang sama iaitu kaedah kratky.  Kali ini saya telah membiarkan rotan pokok melon menjalar tanpa mengawal atau potongkan tunas yang tidak dikehendaki.  Cuma setelah pendebungaan tangan, hanya satu buah yang membesar dengan paling cepat ditinggalkan, buah yang lain berserta bunga yang tidak dikehendaki akan dipetik dan dibuangkan.  Baja AB akan ditambah ke dalam bekas setiap hari bagi memastikan pokok sentiasa segar.

Hasil kali ini amat memuaskan bagi saya.  Buah yang dipetik melebihi 2 kg walaupun dengan rupa bentuk yang kurang cantik.  Gambar buahnya adalah seperti dibawah.



Buah melon yang sedang membesar.



Perbandingan saiz buah melon dengan pisang montel yang dibeli.


Keadaan buah melon yang telah masak kekuningan.

                                                           Berat melon adalah 2.116 kg.  

Dengan keadaan buah yang telah masak ranum di atas pokok, melon ini memang amat manis dengan aroma melon yang wangi dan berisi kejinggaan seperti apa yang dibeli dari gerai buah-buahan. 

Sabtu, 2 Mei 2020

PENGALAMAN MENANAM BUAH MUSK MELON PUSINGAN 2

Untuk pusingan penanaman musk melon ke 2, setelah mengambil pengalaman daripada pusingan 1, sedikit pengubahsuaian telah dijalankan.

1.  Pasu tanaman telah digantikan dengan pasu orkid dengan banyak lubang di tepi pasu supaya pertumbuhan akar musk melon tidak terhalang dengan hanya sedikit lubang air pada pasu bunga biasa.

2.  Mengalihkan tanaman di lokasi yang boleh kena cahaya matahari semaksimumnya.

3.  Mengambil pengalaman penanaman melon dari you tube. 

4.  Bagi sesiapa yang alegi terhadap bulu pokok melon, sila pakai baju lengan panjang sebelum menguruskan pokok bagi mengelakkan gatal gatal pada tangan.

Musk melon telah ditanam pada permulaan PKP dan telah mula berbunga pada hujung bulan April.  Pada 30hb April 2020, pendebungaan tangan telah dilakukan memandangkan lokasi tanaman tiada agen pendebungaan.  Kaedahnya adalah seperti dibawah:



 Bunga betina dengan rupa bentuk buah atau perut buncit akan mula berbunga pada awal pagi.
 Rupa bentuk bunga jantan musk melon.
Petik bunga jantan, buangkan petal bunga jantan untuk mendedahkan debunga di dalam.


Dengan hati-hati, sapukan debunga pada bunga betina dekat dengan stigmanya untuk membolehkan pendebungaan berlaku.  Bagi memastikan kejayaan, saya telah menyapukan 3 bungan jantan kepada 1 bunga betina.

Setelah selesai pendebungaan tangan, kita kena tunggu beberapa hari, sekiranya berjaya, buah akan lekat dan membesar dan sekiranya gagal, buah akan menjadi rosak dan gugur.

Pada 7/5/2020, saya telah membuangkan buah yang kecil dan tinggalkan buah yang besar.  Adalah disyorkan supaya setiap pokok hanya ditinggalkan sebiji buah supaya buah menjadi besar.

Pada 23/5/2020, buah sudah separuh bertukar warna dari hijau ke kuning keemasan seperti gambar di bawah.  Setiap hari saya akan tambah 1.25l hingga 2.75l air baja hidrophonik kepada botol air mineral yang digunakan bergantung kepada keadaan cuaca bagi mengelakkan tanah daripada terlampau kering.



Saya akan kongsikan lagi hasil pusingan ini sekiranya ada masa lapang mengambil gambar melon yang dihasilkan.

Ahad, 16 Februari 2020

PENGALAMAN MENANAM YELLOW MUSK MELON

Yellow musk melon merupakan salah sejenis buah melon bagi saya lebih kurang sama dengan honey dew ataupun rock melon dengan teksture yang lebih kurang sama.  Saya telah berpeluang untuk memakan musk melon yang ditanam secara komersial dengan kaedah fertigasi. Menurut tuan punya ladang, jangka hayat melon ini adalah 75 hari daripada menanam sehinggalah menuai hasil dengan kos pengeluaran dalam RM5 per pokok dan sekilo dijual dalam RM8/kg.  Tuan ladang juga membela lebah madu sebagai agen pendebungaan kepada pokok melonnya.  Menurut beliau, lebah adalah lebih berkesan dari segi pendebungaan untuk mendapatkan buah yang bulat dan cantik berbanding dengan pendebungaan secara manual oleh orang. Oleh sebab rasanya yang enak, manis, crunchy dan wangi, saya telah mengambil biji daripada melon ini untuk ditanamkan.  Biji ini merupakan biji benih F2 kiranya yang kualitinya tidak dapat dijaminkan.

Saya telah menyemai dan menanam melon ini dengan kaedah nutri pot DIY.  Berikut adalah cara saya :
1.  Sediakan nutripot DIY.  Dlm kes ini, pasu bunga plastik  dengan diameter lebih kurang 4 inci dan botol air mineral 9 liter digunakan.   Tali atau wick yang boleh menyerap air perlu diikat pada bahagian lubang keluar air pasu supaya air baja dari nutripot boleh diserap ke dalam pasu.  Botol air mineral 9L dipotong bahagian muncungnya sehingga pasu boleh sangkut kat atas.  Botol mineral perlu ditutup dengan kertas atau plastik supaya lumut tidak tumbun dalam botol.
2.  Masukkan tanah semaian ke dalam pasu dan semaikan biji benih.  Jirus air untuk membasahkan tanah dan menggalakkan pertumbuhan  biji benih.
3.  Isikan air baja AB yang siap dibancuh ke dalam botol air mineral dalam ketinggian 1 suku sebagai sumber air dan nutrien selain sebagai pemberat supaya botol tidak tumbang apabila angin kencang.
4.  Dalam masa beberapa hari, biji benih akan tumbuh dan mula menjalar.  Pada masa ini, perlu membimbing rotan musk melon ke arah yang dikehendaki dengan mengikat rotan dengan tali pada struktur penyokong yang disediakan.  Panjang rotan yang dicadangkan adalah dalam 6 kaki.  Pucuk yang tidak dikehendaki juga dibuang supaya semua nutrien disalurkan kepada rotan utama.
5.  Setelah rotan mula mengeluarkan bunga, saya telah belajar untuk kenalpasti bunga jantan dan bunga betina memandangkan  saya perlu menjalankan pendebungaan secara manual.  Bunga betina merupakan bunga dimana terdapatnya struktur seperti buah  di belakang kelopak bunga.  Struktur ini akan berkembang menjadi buah apabila pendebungaan berjaya. Saya tekah membuangkan kelopak bunga jantan bagi memudahkan debunga digosok dan lekat pada bunga betina.  Bagi memastikan kejayaan,  saya telah melakukan pendebungaan kepada 2 -3 bunga betina pada satu pokok dan hanya meninggalkan sebiji  buah yang paling besar pada setiap pokok untuk memastikan kualiti buah.
6.  Pada masa yang sama,  air campuran baja AB perlu diperiksa setiap minggu untuk memastikan pokok mendapat sember nutrien dan air yang mencukupi.  Air boleh diisikan sebanyak 2/3 mengikut anggaran tapak pasu.  Ruang sebanyak 1/3 dibiarkan supaya akar dapat bernafas.
7.Saya telah mengikatkan tali penyokong pada buah untuk memberi sokongan kepada buah sekiranya buah tersebut besar.
8.  Setelah cukup tempoh, buah telah dituai fan sedia untuk dimakan.  Untuk 2 pokok saya, saya telah mendapat 2 biji buah dengan berat dalam 400gram lebih.

Di bawah merupakan gambar yang diambil semasa buah dipetik untuk kongsi bersama.



Berat buah dalam 400 gram lebih.


Keadaan akar pada hujung pusingan.


Dua pokok berkongsi dalam satu pasu plastik.

Keadaan daun pada hujung pusingan.


Keadaan buah sebelum dipetik.

Warna buah yang kurang kuning berbanding dengan buah asal yang dipetik.

Buah yang telah rosak sebelah tetapi masih dapat dirasa lagi.


Buah yang tergantung tepi pagar sebelum dipetik.