Bongkah tersebut telah diletakkan di atas rak di dalam tandas sebab memikirkan tandas memang merupakan tempat yang paling lembap dalam rumah saya. Namum, disebabkan oleh musim kemarau dan angin yang kuat, kain buruk yang dibasahkan sentiasa menjadi kering dengan cepat dan setiap hari saya kena basahkan kain tersebut dan tutup diatas bongkah tersebut. Oleh sebab keadaan kemarau yang berpanjangan, saya tetpaksa menutup rak dengan beg plastik dengan harapan dapat mengekalkan kelembapan sekeliling bongkah setelah bongkah ditutup dengan kain lembap. Setelah dekat sebulan percubaan, salah satu bongkah cendawan telah mula tumbuh namun telah menjadi kering sebelum sempat membesar akibat kemarau.
Satu lagi bongkah langsung tiada apa apa pertumbuhan. Saya telah membuangkan cendawan yang kering dengan mencabut dan mengeluarkan pangkalnya dari muncung bongkah dan menutup semula bongkah untuk menunggu pertumbuhan yang seterus. Salah satu lagi bongkah langsung tidak menunjukkan apa apa pertumbuhan.
Oleh sebab kesibukan dengan kerja, bongkah tersebut telah dibiarkan atas rak tanpa banyak perhatian dan kain buruk hanya dilembapkan apabila didapati kering. Apabila mendapati bahawa hypha cendawan telah memenuhi seruluh bongkah termasuk muncung bongkah setelah 3 bulan menanti, saya telah membuka penutup muncung dan membiarkannya dengan harapan cendawan akan tumbuh dengan bisikan dalam hati sekiranya tidak tumbuh lagi pada masa terdekat, saya akan membuangkan kedua dua bongkah tersebut.
Pada bulan oktober, dengan bermulanya musim tengkujuh, maka turunlah hujan, dengan rahmat hujan ini dan tanpa disangka, cendawan telah muncul di salah satu bongkah dan diikuti dengan cendawan pada bongkah yang lain.
Setelah memetik dan membersihkan pangkal pada muncung bongkah, sekarang saya menunggu lagi kemunculan cendawan baru sebab dimaklumkan oleh penjual cendawan ini boleh muncul sebanyak 6-8 kali bagi setiap bongkah.
Harap harap dengan musim hujan ini saya dapat merasa cendawan yang ditanam sendiri lagi. Dan pendapat saya adalah sekiranya pada musim hujan kita tidak dapat tanam sayur sayur lain di luar akibat hujan, mungkin kita boleh tanam cendawan di dalam rumah sebab cendawan ini betul betul macam pepatah Melayu " bagai cendawan tumbuh selepas hujan".
Cendawan yang telah besar sedia untuk dipetik. Sebelahnya merupakan bongkah yang telah dipetik, dibersihkan pangkal dan kini ditutup dengan penutup untuk diperam supaya hyphanya boleh tumbuh semula dan membentuk cendawan baru.
4 ulasan:
Teruskan penulisan encik. Banyak benda baru Saya dapat belajar dari blog ni
Terima kasih, Tuan Soul 7, memang harap harap begitu lah.
AsSalam.. Maaf soalan lari dari tajuk di atas..
Bolehkah pokok avocado berbuah bila ditanam dalam pasu besar..
Salam sejahtera, Tuan,
Untuk makluman, secara realitinya saya tidak pernah lagi melihat pokok avocado yang ditanam dalam pasu besar lagi. Pada pendapat saya, sekiranya pokok avocado itu merupakan pokok yang digrafkan dengan tunas matang, kemungkinan berbuah memang ada. Sebagai contoh, saya telah menyaksikan pokok mangga chokanan saya yang digraf dan ditanam dalam polibag besar dengan keadaan air yang sentiasa mencukupi mengeluarkan bunga dan berbuah hanya dalam beberapa bulan setelah berjaya digrafkan dengan syarat segala keperluan seperti air, baja dan sebagainya mencukupi. Sekadar pendapat saya, mungkin tuan boleh buat percubaan dan berkongsi pengalaman pula.:-) Terima kasih.
Catat Ulasan