Kratky method merupakan salah satu cara penanaman tumbuhan secara hidroponik yang mudah, murah dan senang untuk diuruskan bagi penanaman kecil-kecilan dan secara suka-suka. Kaedah ini tidak melibatkan perolehan keperluan hidroponik yang biasanya memerlukan seseorang untuk melaburkan sedikit modal bagi mendapatkan material yang diperlukan seperti paip pvc, pam air, net pot dan sebagainya seperti yang dilakukan oleh penanam komersial. Bagi saya, ini merupakan satu kaedah yang amat sesuai untuk saya memandangkan kos pelaburan adalah teramat rendah. Apa yang saya laburkan untuk projek ini hanya sekadar membeli larutan baja A dan B sahaja. Yang lain semua guna barangan recycle.
Konsep "Kratky Method" adalah penanaman tumbuhan secara hidroponik secara pasif tanpa memerlukan pump angin untuk pengudaraan dan pump air untuk pergerakan air seperti yang ada pada sistem hidroponik tertentu. Konsepnya agak senang, dapatkan botol dengan saiz yang bersesuaian dengan kitaran tanaman tumbuhan, isikan air baja yang diperlukan ke paras pangkal akar benih sayur dan melalui masa, air baja akan disedut oleh sayur dan menwujudkan bahagian akar atas air yang digunakan oleh sayur untuk bernafas dan bahagian bawah akar yang digunakan untuk mendapatkan air dan nutrien dari air baja. Sepanjang tempoh pengeluaran, air baja tidak perlu ditambah sehingga sayur dituai.
Cara saya adalah seperti dibawah:
Bahan yang diperlukan: benih sayur, botol plastik, baja A dan B, sponge filter aquarium, cawan sukatan, penyodok kecil, gunting, surat khabar, air.
Akar sayur dalam botol. Perhatikan bahawa akar pada bahagian atas sayur adalah terdedah pada udara apabila air baja telah diserap oleh sayur apabila sayur membesar. Akar yang terdedah ini akan berfungsi sebagai bahagian akar untuk bernafas. Pastikan ruang ini sentiasa ada untuk mengelakkan sayur daripada lemas.
Pokok tomato Kratky Method dalam botol air mineral 9l. Saya menggunakan botol besar sebab mengambil kira jangka hayat tomato yang panjang. Untuk tomato, air baja akan sentiasa ditambah untuk memastikan air sentiasa cukup.
Pokok tin variati black genoa dan Australia dalam botol 1.5l. Air baja perlu ditambah selalu sebab kuat serap air.
Cara saya adalah seperti dibawah:
Bahan yang diperlukan: benih sayur, botol plastik, baja A dan B, sponge filter aquarium, cawan sukatan, penyodok kecil, gunting, surat khabar, air.
- Semai benih sayur yang hendak ditanam dalam pasu dengan tanah. Biarkan semaian tersebut tumbuh sehinga mempunyai 3-4 daun.
- Dapatkan botol plastik yang sudah tidak diperlukan seperti botol air mineral, botol air cola-cola, 7up atau botol minyak masak, semua boleh, setelah cuba beberapa kali, saya berpendapat adalah lagi elok gunakan botol yang kapasitinya besar sikit seperti 3L, 5L dan 9L sekiranya sayur tersebut akan ditanam dalam jangkamasa yang panjang , contohnya seperti melebihi 1 bulan. Saya telah menggunakan botol 1.5L untuk tanam dan mendapati airnya hanya bertahan dalam lebih kurang 1 bulan sahaja. Dan seeloknya gunakan botol yang lutsinar dan keras. Cuba elakkan menggunakan botol air mineral 1.5L yang jenis lembik sebab akan menambahkan risiko air tumpah apabila kita pegang dengan tidak elok.
- Bila benih sayur dah cukup umur, iaitu dengan 3-4 daun, kita sudah boleh pindahkan benih tersebut ke botol yang telah disediakan.
- Botol perlu diisi air dan baja A & B dengan sukatan yang telah ditetapkan. Untuk larutan Baja A & B yang saya beli, 1 L air akan memerlukan 3.0ml . Biasanya saya akan penuhkan air dalam botol dulu, kemudian baru sukatkan baja A & B yang diperlukan. Pastikan jangan terlebih masuk baja A & B bagi mengelakan benih layu terus, biasanya saya akan cuba kurangkan sedikit kepekatan baja bagi mengelakkan benih sayur daripada mati akibat terlebih baja.
- Guntingkan sponge filter akuarium dalam bentuk memanjang supaya boleh digunakan untuk digulungkan pada pangkal benih sayur yang akan digunakan sebagai penahan supaya sayur tidak jatuh ke dalam larutan baja apabila disumbat masuk ke dalam botol pada muncung botol.
- Cabut keluar benih sayur secara hati-hati dengan penyodok kecil tanpa memutuskan akar benih sayur. Pastikan akar benih sayaur kekal panjang supaya boleh direndamkan dalam air.
- Gulungkan pangkal sayur dengan sponge filter akuarium tanpa mencederakan atau memutuskan akar benih sayur.
- Masukkan benih sayur yang telah digulung sponge ke dalam botol pada muncung botol dan selaraskan kedudukan benih supaya sebahagian besar akar terendam dalam larutan baja dan sebahagian akar dengan dengan pangkal pokok terdedah atas larutan untuk membolehkan akar bernafas.
- Tutup botol dengan surat khabar supaya tiada cahaya yang boleh masuk ke dalam botol untuk mengelakkan lumut dan alga tumbuh dalam botol dan mengambil nutrient daripada larutan baja.
- Benih sayur dibiarkan di lokasi dengan pencahayaan dan dibiarkan sehingga cukup saiz untuk dituai. tanpa buat apa-apa.
- Seeloknya kita elakkan untuk tambah larutan baja dalam botol sediaada untuk mengelakkan kejutan kepada sayur yang akan menyebabkan sayur layu dan kadang-kadang mati. Namun, sekiranya botol kecil telah digunakan, kita masih boleh tambah larutan baja ke dalam botol sekiranya didapati larutan tidak mencukupi dan sayur masih belum cukup besar untuk dituai. Pastikan larutan baja yang ditambah adalah kurang pekat, contohnya untuk larutan yang saya guna, saya akan kurangkan kepada 2 ml/ L air dan bukannya 3ml/ L seperti larutan asal pada peringkat permulaan untuk mengurangkan kejutan pada sayur.
Keadaan sayur bila dilihat secara dekat.
Bahagian akar yang berfungsi sebagai akar pernafasan.
Kobis dalam botol 9l.
Kobis dan pak choy dalam botol 5 l.
Pokok tin dan sayur dalam botol 1.5l. Sayur kelihatan terbantut akibat persaingan oleh pokok tin.
Sekian, perkongsian maklumat untuk " Kratky Method" dan selamat mencuba.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan