Isnin, 26 Disember 2016

PERCUBAAN UNTUK MENCAMBAHKAN BIJI SWEET CHERRY

Biji benih sweet cherry saya diperoleh daripada sweet cherry yang diberi dari supermarket untuk dimakan.  Kulit keras biji telah dibuangkan sebelum saya mencambahkannya dalam peti sejuk dilapiskan dengan tisu lembap dalam cawan plastik yang ditutup dengan cling wrap.  Setelah dekat 5 bulan, biji tersebut baru menunjukkan kesan bercambah.  Mengikut rekod saya, saya telah semaikan biji tersebut pada 2/7/2016.  Satu biji biji benih yang telah bercambah awal sekali telahpun ditanam dan sekarang telah mengeluarkan daun muda.

Biji benih bersaiz kecil merupakan biji benih sweet cherry yang telah bercambah.  Biji yang bersaiz  bersar merupakan biji benih peach.


Pokok sweet cherry yang disemai pada January 2017.  Daripada banyak biji benih yang bercambah, hanya pokok ini yang masih hidup, yang lain semua telah mati.

Tiada ulasan: