Untuk bud grafting, peralatan yang digunakan adalah pisau dan clip wrap lebar 1".
Kaedah saya adalah:
1. Gunakan pisau tajam untuk mengerat pada kulit pokok penanti supaya berbentuk " I".
2. Kopekkan kulit pokok berbentuk "I" untuk dedahkan cambium di dalam.
3. Gunakan pisau tajam untuk mengerat pada sekeliling mata tunas yang dikehendaki dalam bentuk
empat segi dan kopok keluar mata tunas tersebut secara hati-hati. Pastikan tangan dan bahan lain
tak terkena permukaan dalam mata tunas tersebut.
4. Tampalkan mata tunas tersebut pada bahagian cambium pokok penanti yang kulitnya telah
dikopek.
5. Gunakan kulit yang dikopek untuk tutupkan mata tunas yang telah ditampal untuk memberi
perlindungan kepada mata tunas yang baru ditampalkan.
6. Balutkan mata tunas dengan clip wrap dari arah bawah ke atas supaya menutupi semua bahagian
mata tunas. Tujuan balut dari bawah ke atas untuk mengelakkan air daripada masuk.
7. Mata tunas dibiarkan selama 3 minggu sebelum clip wrap dibuka.
8. Mata tunas yang berjaya dicantumkan akan menunjukkan tunas yang hijau dan parut pun akan
tumbuh di sekeliling kawasan yang ditampal.
Cara ini bukannya susah sangat, malah, pada pendapat saya, cara ini amat senang dan jimat masa sekiranya dibanding dengan cantuman baji yang kena memastikan lapisan cambium scion dan pokok penanti adalah selari sebelum dicantumkan.
Di sini, saya kongsikan gambar bud grafting yang telah saya cuba atas pokok fig.
Mata tunas yang telah menjadi. Cuma tak ada parut yang diperhatikan di sekeliling kawasan cantuman.
Mata tunas yang telah berjaya dicantumkan. Perhatikan parut telah tumbuh di sekeliling kawasan cantuman.
Tempat pada pokok induk di mana mata tunas dikopek juga akan mengalami proses sembuh dengan pertumbuhan parut.
Mata tunas yang sesuai digunakan untuk bud grafting.
Mata tunas telah mati dan kulit pokok penanti yang sedang sembuh dengan pertumbuhan parut.
3 ulasan:
Ok.. saya pun ingin mencuba nanti.
Tkasih info tuan.
Sya ad try 3 kaedah utk pokok tin sya
Cantuman kulit sisi
Cantuman baji
Cantuman apa ntah, tapi guna batang dan letak di tepi jgk
Salam sejahtera dan selamat pagi,
Tuan azizi,
Memang itu saje kaedahnya. Cuma bergantung kepada kemahiran masing masing samada cantuman itu boleh hidup atau tidak.
Terima kasih kerana melawat ke blog saya.
Catat Ulasan