Bila sistem pengairan buatan sendiri tersilap diselaras di mana kurang air diberikan kepada pokok fig pada getah hose di sebelah hujung, inilah kesannya; pokok fig yang separuh kering dan separuh hidup seperti gambar di bawah:
Selasa, 29 Mac 2016
Khamis, 24 Mac 2016
PERCUBAAN UNTUK MELAKUKAN TEKNIK "APROACH GRAFTING" PADA POKOK MANGGA
Aproach graft merupakan salah satu teknik cantuman yang mempunyai kadar kejayaan yang tinggi. Teknik aproach graft terus mencantumkan pokok penanti kepada dahan pokok induk yang dikehendaki. Sepanjang masa cantuman dilakukan, pokok induk masih membekalkan segala nutrien kepada dahan yang dicantumkan kepada pokok penanti. Apabila cantuman telah menjadi kuat, baru dahan tersebut akan dipisahkan daripada pokok induk dan pucuk pokok penanti akan dibuang untuk menggalakkan pertumbuhan dahan yang telah dicantumkan.
Bagi saya, ini merupakan teknik yang paling senang digunakan bagi newbie untuk melakukan cantuman pokok tanpa merasa kecewa terhadap cantuman yang tidak dapat hidup.
Saya telah melakukan aproach graft kepada pokok mangga yang saya tanam seperti gambar dibawah.
Pokok induk telah dicantumkan kepada pokok penanti dalam polibag dan dibiarkan sehingga cantuman menjadi kuat.
Kemungkinan besar minggu depan saua akan memisahkan cantuman dengan pokok induk memandangkan tempoh cantuman telah mendekati sebulan.
Update 11/4/2016
Pokok yang dibuat percubaan telah layu mati setelah dicantas dari induk. Kemungkinan kegagalan adalah dari cantuman yang kurang bercantum dan belum sampai lagi masa untuk dicantas walaupun sudah dekat sebulan dicantumkan.

Keadaan tunas yang telah layu dan kering.
PERCUBAAN MELAKUKAN TEKNIK"BUD GRAFTING" PADA POKOK FIG
Bud grafting merupakan cara cantuman mata tunas kepada pokok penanti yang juga biasa digunakan untuk menambahkan bilangan pokok yang dikehendaki. Cara ini dikata dapat menjimatkan sumber scion yang diperlukan untuk cantuman. Untuk cantuman baji, sebatang scion akan diperlukan bagi cantuman tersebut, tetapi, bagi cantuman mata tunas, hanya satu mata tunas daripada scion tersebut yang diperlukan, jadi, cara ini dikatakan menjimatkan sumber dan lebih banyak pokok penanti boleh dilakukan cantuman dengan bilangan scion yang terhad.
Untuk bud grafting, peralatan yang digunakan adalah pisau dan clip wrap lebar 1".
Kaedah saya adalah:
1. Gunakan pisau tajam untuk mengerat pada kulit pokok penanti supaya berbentuk " I".
2. Kopekkan kulit pokok berbentuk "I" untuk dedahkan cambium di dalam.
3. Gunakan pisau tajam untuk mengerat pada sekeliling mata tunas yang dikehendaki dalam bentuk
empat segi dan kopok keluar mata tunas tersebut secara hati-hati. Pastikan tangan dan bahan lain
tak terkena permukaan dalam mata tunas tersebut.
4. Tampalkan mata tunas tersebut pada bahagian cambium pokok penanti yang kulitnya telah
dikopek.
5. Gunakan kulit yang dikopek untuk tutupkan mata tunas yang telah ditampal untuk memberi
perlindungan kepada mata tunas yang baru ditampalkan.
6. Balutkan mata tunas dengan clip wrap dari arah bawah ke atas supaya menutupi semua bahagian
mata tunas. Tujuan balut dari bawah ke atas untuk mengelakkan air daripada masuk.
7. Mata tunas dibiarkan selama 3 minggu sebelum clip wrap dibuka.
8. Mata tunas yang berjaya dicantumkan akan menunjukkan tunas yang hijau dan parut pun akan
tumbuh di sekeliling kawasan yang ditampal.
Cara ini bukannya susah sangat, malah, pada pendapat saya, cara ini amat senang dan jimat masa sekiranya dibanding dengan cantuman baji yang kena memastikan lapisan cambium scion dan pokok penanti adalah selari sebelum dicantumkan.
Di sini, saya kongsikan gambar bud grafting yang telah saya cuba atas pokok fig.

Mata tunas yang telah menjadi. Cuma tak ada parut yang diperhatikan di sekeliling kawasan cantuman.
Mata tunas yang telah berjaya dicantumkan. Perhatikan parut telah tumbuh di sekeliling kawasan cantuman.
Tempat pada pokok induk di mana mata tunas dikopek juga akan mengalami proses sembuh dengan pertumbuhan parut.
Mata tunas yang sesuai digunakan untuk bud grafting.
Mata tunas telah mati dan kulit pokok penanti yang sedang sembuh dengan pertumbuhan parut.
Langgan:
Catatan (Atom)