Di negara kita, terdapat banyak pusat ikan hiasan berskala besar, seperti yang terdapat di Langkawi, Aquaria KLCC dan Oceaniarium di The Shore Melaka. Semuanya memang hebat-hebat dengan pelbagai jenis pameran ikan hiasan, kalau masuk, anak-anak memang puas menengok, cuma poket kita yang tak tahan dengan belanja beli tiket.
Hari ni, saya nak kongsi satu tempat yang memang sesuai untuk para ibu bapa membawa anak-anak pergi tengok ikan laut secara percuma, iaitu pusat ikan hiasan yang diuruskan oleh Jabatan Perikanan di Port Dickson ( Depan pangkalan nelayan Telok Kemang). Baru-baru ini, saya telah melawat ke pusat tersebut, pusat tersebut bukannya besar sangat, tetapi, kepelbagaian koleksi spesies ikan di dalam pasti dapat memuaskan para pengunjung. Yang pentingnya, pusat ini dibuka kepada orang awam secara PERCUMA. Memang berbaloi dan menambah pengetahuan kita setelah berkunjung ke sini.
Saya telah melawat ke pusat tersebut sebanyak 2 kali, kali pertama, saya telah pergi pada hari sabtu pagi dan telah dilayan oleh seorang kakitangan yang amat peramah, beliau telah mengiringi saya melawat ke semua tempat dalam pusat ini termasuk ke incubator/ hatchery pusat tersebut dan menerangkan segala-galanya yang terdapat di dalam pusat ini dengan betul-betul teliti kepada kami sekeluarga. Kali kedua, pun pada hari sabtu, tetapi sebelah tengahari, masa tu, dalam pusat tiada kakitangan, rasanya telah balik makan tengahari, jadi, saya cuma sekadar bawa anak untuk masuk dan jalan di tempat pameran sahaja untuk memuaskan anak-anak saya yang minat sangat dengan ikan.
Disebabkan oleh lokasinya yang agak terpencil, saya rasa ramai yang tidak tahu mengenai kewujudan pusat ini di Port Dickson yang biasa dikunjungi ramai pelancong. Fungsi pusat ini adalah 3 dalam 1, iaitu merupakan pusat pameran ikan laut, pusat untuk program pembiakan dan konservasi batu karang, kuda laut dan clown fish selain merupakan tapak incubator untuk usahawan penternakan batu karang komersil. Di sini, saya kongsikan gambar-gambar yang diambil ketika melawat ke pusat tersebut.
Pintu masuk ke Pusat Ikan Hiasan.
Pameran tumbuhan hiasan untuk aquarium.
Staf yang melayan kami telah mengambil keluar star fish ini untuk disentuh oleh anak saya.
Ikan pari ini menurut staf adalah hasil tangkapan nelayan di belakang pusat ini yang disumbangkan untuk pameran.
Pameran kombinasi ikan laut dengan batu karang di kaunter.
Pameran threespot domino damselfish. Ikan kecil sangat, tidak dapat dilihat dengan jelas dalam gambar ini.
Anemone yang melekat pada kaca aquarium.
Foxface rabbitfish.
Ikan yu kecil dalam akuarium.
Ikan yang hidup di sekitar batu karang yang namanya tidak diketahui.
Galeri gambar ikan dan hidupan laut.
Akuarium khas untuk batu karang. Warna biru daripada grow light ini khas untuk pertumbuhan batu karang.
Blue tag dalam akuarium.
Leafy Filefish (Chaetodermis penicilligera)
Mantis shrimp yang comel.
Nemo dengan sahabat karibnya anemone yang membekalkan perlindumgan kepada clown fish dengan keadaan yang dikenali sebagai symbiosis.
Pop kuiz hari ini:
Sila bulatkan ikan yang terdapat dalam gambar berikut.
Ikan batu: Dimanakah saya?
Hairy jelly fish.
Ribbon eel.
Zebra moray.
Banggal cardinalfish.
Blue tang.
Frogfish.
Spicy puffer fish
Three stripe damselfish.
Pameran ikan laut yang saya tidak sempat tangkap gambar namanya.
Program pembiakan kuda laut.
Program pembiakan clown fish.
Program pembiakan batu karang dalam hatchery.
Pada pendapat saya, program yang dijalankan di pusat ini perlu disokong dan diteruskan supaya generasi yang akan datang dapat menikmati khazanah alam yang unik di lautan. Semua ikan laut batu karang (coral reef fish) yang dipamerkan merupakan spesies yang terdapat di kawasan perairan batu karang di Malaysia yang amat memerlukan perlindungan. Diharapkan program-program yang dijalankan oleh pusat ini akan membuahkan hasil yang lumayan samada dari segi pendedahan maklumat berkenaan di kalangan masyarakat mahupun penghasilan benih yang dilakukan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan