Pada 2 minggu yang lepas, ketika sedang menghapuskan perosak iaitu ulat bulu yang memakan daun limau bali yang ditut, tiba-tiba ada pula niat untuk melihat apa jenis rama-rama yang akan jadi daripada ulat bulu tersebut. Maka, salah seekor ulat bulu telah dibiarkan pada pokok limau bali untuk membolehkan pemerhatian ini dilakukan.
Telur rama-rama yang lekat pada bahagian bawah daun limau bali. 21/7/2015
Ulat bulu berwarna coklat putih yang dijumpai. Sebenarnya taklah berbulu sangat ulat rama-rama ini. 21/7/2015
Ulat bulu semakin membesar dan menukar warna menjadi warna hijau. 28/7/15.
Ulat hijau dah nak jadi kepompong dan mula melekat pada dahan pokok limau Bali.30/7/2015
Kepompong berwarna hijau dah terbentuk. 31/7/2015.
Rama-rama muncul daripada kepompong dan rehat atas daun sebelum terbang. 10/8/15.
Rama-rama ini memang cantik dilihat. Lain kali, kalau keadaan mengizinkan, saya akan membiarkan seekor atau 2 ekor ulat bulu ni hidup supaya adenya rama-rama yang berterbangan di taman saya. Yang penting daun limau saya sentiasa rimbun, cukup untuk photosintesis, sekadar beberapa helai daun yang dikorbankan adalah berbaloi dengan rama-rama yang diperoleh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan