Jumaat, 8 Mei 2015

PASAR BORONG BUNGA CHAT TU CHAK BANGKOK

Pada Mac lepas, saya telah diberi peluang untuk menghadiri konferens di Bangkok Thailand.  Memandangkan saya jarang-jarang mendapat peluang untuk ke luar negara, maka, saya telah mengambil peluang untuk melawat pasar Chak Tu Chat yang terkenal di Bangkok.  Orang Thailand panggil pasar ini sebagai JJ market. Memandangkan saya peminat tumbuhan, jadi, saya telah pergi pada hari selasa petang yang merupakan hari peniaga membuat persiapan untuk menjual bunga dan tumbuhan pada keesokan harinya.  Ketika sampai di situ, memang ramai peniaga telah memunggahkan pelbagai jenis tumbuhan turun daripada lori mereka.  Pasar itu betul-betul besar dan bayangkan semua dipenuhi dengan pelbagai jenis bunga.  Saya tidak pernah jumpa lagi pasar borong bunga sebesar itu di Malaysia. Saya rasa kalau jalan betul-betul dan tengok bunga kat tiap-tiap gerai, 4-5 jam pun tak habis jalan lagi pasar bunga ni.

Saya telah ke sana menggunakan perkhidmatan skytrain.  Harganya memang murah berbanding dengan teksi dan dapat mengelakkan jam di jalan raya.  Ikut catatan saya, saya naik dari station Phrom Phong ke station Chatuchak Park ( 46 bath).  Keluar dari station, tak tahu arah nak ke Chatucak, jadi, telah ke MRT berdekatan dengan sky train, naik MRT dari situ ke station Kampaenphet (16 bath) yang sampai betul-betul di pintu pagar pasar Chatucak.  Balik, pakai skytrain saja, dari Chatucak Park ke Chit Lom (42 bath) lepas dipimpin oleh kawan ke station skytrain.

                                       

                                          

Peta dan station skytrain Bangkok.

                                         Pemandangan pasar bunga yang besar melampau.

Lorong dalam pasar yang sunyi.  Jualan bunga hanya menggunakan kaki lima dan tepi jalan, gerai biasa memang satu pun tak buka.



Kereta peniaga dan pelawat.

Peniaga sedang menyusun bunga-bunga untuk dijual.

Dah ada pelawat seperti saya pergi pada petang tersebut.  Pasar bunga ikut jadual hanya akan dibuka mulai Rabu awal pagi, namun, sekiranya berminat, sudah boleh beli bunga-bunga yang diminati.

Gerai jualan benih buah.

Gerai jualan benih pokok fig.  Pelbagai variati boleh didapati di sini.  Sesiapa yang berminat bolehlah beli.  Harga antara 300 bath hingga 500 bath bergantung kepada variati.  Yang peliknya, variati fig yang buahnya kecik dijual dengan mahal sedangkan variati buah bersiaz besar dijual pada harga 300 bath.





Bunga orkid yang dijual.

Pandangan pasar bunga chak tu chat pada sebelah malam.

Pelbagai orkid dan bunga yang dijual.

Lumut pun ada dijual di sini.  Bayangkan kreativiti orang Thailand untuk buat bisness.

Tumbuhan udara yang dijual.

Bagi peminat bunga dan tumbuhan yang berkesempatan untuk melawat Bangkok pada hari selasa dan rabu, jangan lepaskan peluang untuk jalan-jalan di pasar borong bunga ini.  Saya pasti semua pasti akan bawa balik banyak hasil, hahaha....... :-)

Tiada ulasan: