Saya telah membeli biji benih sayur dan bunga daripada internet, antaranya adalah bunga borage. Menurut sumber internet, borage merupakan tumbuhan herba yang diminati oleh lebah madu. Saya telah cuba menanamnya, namun, disebabkan oleh penjagaan yang kurang, borage saya hidup taklah subur sangat, sekadar hidup, keluarkan bunga dan lepas tu ghaib dari mata saya bila saya pergi tengok ia lagi pada Februari 2015.. Huhuhu.....
Saya kongsikan gambar borage yang ditanam.
Saya kongsikan gambar borage yang ditanam.
Biji benih disemai pada 15/10/2014
Biji benih sudah mula bercambah pada 20/10/14
4 Biji benih telah berjaya bercambah daripada 15 biji benih yang disemai.
Saya telah alihkan ke square foot garden saya yang telah ditanam dengan keladi. Hanya 1 pokok borage saja yang berjaya hidup sampai berbunga. Kutum bunga mula diperhatikan pada 19/12/14 dan mula berbunga pada 28/12/14. Saiz pokok kecik comel, tak sampai sekaki pun. Bunga biru kecik lebih kurang saiz 5 sen saje.
Bunga borage .
Pokok borage lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan