Ahad, 1 Mac 2015

PERCUBAAN UNTUK MENYEMAI FIG DALAM KOTAK PLASTIK BESAR

Cara menyemai fig dalam kotak plastik besar merupakan salah satu teknik yang biasa digunakan oleh peminat fig luar negara bagi mencepatkan proses penakaran keratan fig dan mengekalkan kelembapan sekeliling keratan.

Saya telah berpeluang untuk mencuba teknik ini sebab cuti panjang balik kampung, berikut adalah penemuannya:

4 keratan yang telah disemai telah dimasukkan ke dalam kotak plastik besar ketika balik untuk cuti raya cina, selama 6 hari memandangkan cuaca adalah panas dan kering. Bagi mengatasi masalah kelembapan rendah yang akan melayukan daun fig, saya menyediakan kotak plastik dengan memasukkan surat khabar basah dibawah lantai kotak selain surat khabar lembap yang digulung didirikan di tepi keratan bagi membekalkan kelembapan supaya daun tidak layu.  Sebelum balik kampung, semua keadaan adalah elok dan RH adalah dalam 80%.   Penutup kotak dinaikkan dengan dilapiskan kayu untuk tinggalkan celah bagi pertukaran udara berlaku.

Setelah balik dari kampung, saya dapati 3 keratan fig yang disimpan dalam kotak plastik telah layu habis hanya tinggal 1 saje yang masih bertahan. Rasanya suhu panas ditambah dengan kelembapan yang tinggi telah membunuh keratan tersebut.

Menurut sumber daripada internet, apabila suhu adalah tinggi, ditambah dengan kelembapan (RH) yang tinggi, pokok akan mati kepanasan.  Mekanisma untuk menyejukkan pokok adalah melalui evapotranspirasi, iaitu dengan menghilangkan air melalui lubang pernafasannya bagi menyejukkan suhu pokok, apabila, suhu panas, kebiasaannya kelembapan akan menjadi rendah dan membolehkan pokok menurunkan suhu dalam badannya.  Apabila kelembapan adalah tinggi, evapotranspirasi tidak dapat berlaku akibat wap air disekeliling adalah tinggi, ini akan menyababkan pokok mati akibat terlampau panas.

Sekian, penemuan saya yang menyedihkan ini........

Tiada ulasan: