Jumaat, 5 Disember 2014

PEMBELIAN ANAK POKOK MANGGA DARI PUSAT PERTANIAN PULAU GADONG

Pusat Pertanian Pulau Gadong berada di kawasan Pulau Gadong, Melaka.  Saya telah mengambil kesempatan untuk melawat ke pusat tersebut apabila mengetahui bahawa pusat tersebut menjualkan benih pokok mangga dengan harga yang murah sekali.  Di sini, ada menjual anak pokok mangga Melaka Delight dengan cara cantuman baji.  Harga hanya RM3/ pokok.  Ada pokok yang dah siap berbunga, namun, menurut kakitangan sana, mereka nasihatkan supaya membeli pokok yang belum berbunga sebab apabila kita tanamkan anak pokok yang dah bunga, pertumbuhan baru akan menyebabkan bunga dan buahnya gugur. Dan ini akan menyebabkan kita terpaksa menunggu pusingan baru untuk pokok mangga tersebut berbunga lagi.  Dengan membeli anak pokok tanpa bunga bermaksud anak pokok memang dalam keadaan persiapan untuk berbunga dan apabila kita tanamkannya, akar baru akan tumbuh dan pucuk dengan bunga akan berkembang matang, sampai masa ia akan keluarkan berbunga terus dari pucuk tunas lama.  

Saya telah membeli anak pokok Melaka Delight (a.k.a Chukonan) dan golden mangoes dari pusat tersebut bagi tujuan tanam dalam pasu bunga besar. Menurut kakitangannya lagi, jika kita tanam pokok mangga dalam pasu bunga, kita kena rajin siram supaya pokok mendapat air yang mencukupi sebab akarnya tidak dapat keluar dari pasu untuk mencari air, jadi kita kena rajin siram supaya pokok tidak kering layu akibat cuaca panas.   

Di sini juga ada menjualkan anak pokok ciku yang telah ditutkan.  Juga dengan harga RM3/ pokok.  

Bagi sesiapa yang berminat untuk mananam pokok mangga dan ciku, bolehlah ke Pusat Pertanian Pulau Gadong bagi mendapatkan benih yang murah.  Borong pun tak apa, stok banyak.

Kemaskini 20/06/2016

Jualan benih hanya dimulakan pada 2.30pm pada hari bekerja sebab pada sebelah pagi, kakitangan pusat kena menguruskan ladang.

Kemaskini 9/2/2017
Harga jualan satu pokok mangga Melaka Delight telah dinaikkan ke RM4.50.


2 ulasan:

BKN berkata...

Assalamualaikum Tuan,
Alhamdulillah terjumpa blog tuan ini. Menarik sekali, banyak juga info yg dapat saya kutip - terima kasih. Saya ingin bertanya; dinpusat pertanian Pulau Gadong tu, selain dari ciku n mangga, adakah pokok2 lain? Terima kasih n teruskan perkongsian

Weekend Farmer berkata...

Salam sejahtera, Tuan,

Terima kasih kerana melawat blog saya. Setahu saya, hanya 2 jenis benih itu semasa lawatan pertama saya, benih lain macam tak ade, tetapi, untuk keterangan yang lanjut, elok tuan terus menanya staf di sana, mereka lebih arif tentang apa yang ada. Terima kasih sekali lagi dan selamat menyambut Hari Raya.