Pagi ini weekend farmer nak berkongsi sedikit pengalaman mengenai penanaman sayuran dengan konsep SFG. SFG adalah singkatan untuk Square Foot Garden, atau senang cerita, menanam menggunakan petak dan bukannya batas. Samaada penggunaannya sesuai untuk penanaman secara skala besar/ kormesil, saya tak pasti, yang pastinya ia amat sesuai digunakan bagi kawan-kawan yang ingin tanam macam-macam benda dalam kawasan yang terhad terutamanya mereka yang duduk di rumah teres.
Dan ini adalah SGF di tepi rumah saya.
Sekarang saya tidak mengikut cadangan Mr Mel untuk susun cantik, saya tanam mengikut cara orang tanam atas batas sebab dapati cara Mr Mel susah nak mencabut rumput. Petak seelok-eloknya di buat di kawasan yang jauh daripada pokok besar, kalau tak, akar pokok akan menjalar masuk ke dalam petak.
Tanah yang saya gunakan adalah tanah biasa yang telah saya campurkan dengan baja tahi ayam sahaja dan sehingga ke hari ini, hasilnya tetap memuaskan.
Bayam merah ( red amaranth) merupakan sayur yang paling mudah ditanam dan paling awal dituai dari SFG sebelum sayur lain membesar. 18/4/15
Konsep SFG telah diperkenalkan oleh Mel Bartholomew. Saya telah berpeluang untuk membaca buku beliau iaitu: " All New Square Foot Gardening, Grow more in less space" dan tertarik dengan idea tersebut. Maka, saya pun melakukan percubaan dan mendapati ianya sesuai. saya sekarang mempunyai 5 petak sedemikian bagi penghasilan sayuran untuk keperluan keluarga. 1 petak disusun daripada batu bata dan yang 4 lagi dipaku dengan papan.
Inilah buku yang diceritakan:
Kebaikan utama bagi menggunakan konsep ini adalah senang untuk mengatasi masalah rumput yang suka untuk menjalar masuk ke dalam batas tanaman. Dulu, saya menggunakan batas untuk tanam sayur, yang tak tahannya adalah kena rajin merumput supaya rumput tidaklah menjalar masuk, kalau tak free untuk 2 -3 minggu, confirm batas sayur dah jadi semak dengan keadaan di Malaysia yang sentiasa panas dan lembap, tambah lagi dengan baja tahi ayam yang dibubur, akhirnya yang gemuk rumput.
Saiz petak yang sesuai adalah bergantung kepada minat individu dan bentuk kawasan penanaman, sebagai contoh, 1'x2', 2'x4',3'x3' dan 4'x4'. Cadangan dalam buku adalah petak tersebut jangan lebih daripada 4'x4' bagi menyenangkan pengurusan tanaman dan merumput. Saya telah pun mencuba petak 3'x3' dan 4'x4' dan dapati petak 4'x4' yang dicadangkan memang sesuai digunakan oleh orang dewasa dengan panjang tangan kita untuk mencapai ke dalam pusat petak tersebut. 3'x3' adalah terhad dari segi hasil tanaman.
Kos untuk menghasilkan petak tersebut hanyalah kos untuk papan. Saya telah membuatkan petak 4'x4' pada tahun 2012 dengan kos papan RM1/kaki, iaitu hanya RM16 untuk satu petak. Petak -petak ini masih bertahan lagi walaupun sudah 2-3 tahun kena hujan panas dan serangan anai-anai dan dah banyak hasil yang telah diperoleh daripada petak - petak ini.
Saya kongsikan gambar petak dari internet bagi memberikan gambaran kepada kawan-kawan tentang SFG ini.
Dan ini adalah SGF di tepi rumah saya.
Sekarang saya tidak mengikut cadangan Mr Mel untuk susun cantik, saya tanam mengikut cara orang tanam atas batas sebab dapati cara Mr Mel susah nak mencabut rumput. Petak seelok-eloknya di buat di kawasan yang jauh daripada pokok besar, kalau tak, akar pokok akan menjalar masuk ke dalam petak.
Tanah yang saya gunakan adalah tanah biasa yang telah saya campurkan dengan baja tahi ayam sahaja dan sehingga ke hari ini, hasilnya tetap memuaskan.
Bayam merah ( red amaranth) merupakan sayur yang paling mudah ditanam dan paling awal dituai dari SFG sebelum sayur lain membesar. 18/4/15
Menyemai keratan rose pada SFG. (17/5/15)
Menyemai keratan fig pada SFG. (17/5/15)
Hasil halia dari SFG. (16/5/15)
Hasil keladi dari SFG. (16/5/15)
Menanam jagung Manis dalam SFG. (4/7/15)
Menanam kacang panjang dan petola pada SFG. (30/10/15)
Menanam jagung manis pada SFG untuk kali kedua (30/10/15)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan