Jumaat, 30 Ogos 2024

PERCUBAAN AQUAPHONIK DALAM AKUARIUM IKAN

 Akuaphonik merupakan kaedah penanaman sayuran disekalikan dengan penternakan ikan.  Air dari penternakan ikan dengan tahi ikan akan dijadikan air baja kepada sayur yang ditanam.

Saya telah setup satu pasu hydrophonik dan menyemai biji salad dalam pasu tersebut. Pasu tersebut telah digantung pada tepi akuarium ikan. Akuarium ini terletak di tepi tingkap dan menerima pencahayaan matahari secara tidak langsung. Saya telah alihkan lampu LED akuarium pada atas pasu dan set timer 2jam pada sebelah pagi dan 2jam pada sebelah petang.  Menurut sumber internet, salad memerlukan minimum 4 jam cahaya sehari dan merupakan sayuran yang boleh hidup tanpa cahaya terus.

Hari ini merupakan usia benih tersebut seminggu. Dan harap dalam tempoh 3 bulan saya akan mendapat hasilnya.






               Keadaan salad pada 6/9/2024

Sabtu, 24 Ogos 2024

PERCUBAAN MENANAM KELADI DENGAN KAEDAH NUTRIPOT

Hari ini saya telah mengalihkan satu pokok keladi yang disemai dan stabil setelah sebulan dalam pasu kecil ke pasu besar.  Kaedah tanaman adalah dengan NUTRIPOT DIY dengan baja AB. Pasu digunakan merupakan pasu yang digunakan untuk menanam pokok tin. Saya telah letakkan atas balkoni di lokasi yang tidak kena matahari secara terus tetapi terang. Lokasi ini juga akan terkena tempias dan air hujan apabila hujan lebat dan menyebabkan tanah sentiasa lembap dan basah.  Memandangkan keladi jenis tumbuhan yang tahan basah, maka, kita mencuba dan tengok hasilnya dalam tempoh beberapa bulan.


Keadaan pokok keladi pada pagi ini apabila dialihkan ke pasu besar.